Pages

27 October 2011

Demam lagi


Ukasyah is now seven months old. Sejak lahir, this is the third time dia demam. The first time masa tiga bulan. Teruk juga time tu since ukasyah batuk n selsema.

The second time, very mild fever. Demam nak tumbuh gigi. Panas sekejap je. Tak meragam sangat.. Sehari je pun.

Kali ni rasanya sebab nak tumbuh gigi lagi. Pastu pulak tengah ligat nak merangkak. Memanjat pun dah pandai. Kalau mummy daddy duduk sebelah je, terus panjat nak berdiri.

Paling suka kalo berdiri kat sofa, main langsir. Lagi suka kalo dapat notebook..

Kesian.. Demam kali ni meragam banyak. Dah besar pun ya. Pandai merengek2 dan pandai demand! Untunglah kamu anak, mummy mu ini bekerja di rumah.

Posted via Blogaway

22 October 2011

Kekuatanku


Zaman muda remaja dulu, macam2 masalah menimpa.. Siapa tak de masalah ye tak? Biasanya diri sendiri la yang menjadi penyebabnya.. Kerap  kali rasa sangat-sangat down sampai kadang-kadang dah tak tahu dah nak menempuh hari2 mendatang macam mana.. Menangis sepuas hati, simpan rasa sendiri.. Ye lah, takkan nak jaja masalah yang kita create sendiri kan? Terang-terang jalan depan mata.. Cumanya diri ni tak cukup tabah nak lari pergi jauh-jauh.. Saban hari berdoa padaNya "ya Allah, kurniakanku KEKUATAN".. Dan sungguh-sungguh tak disangka, 'kekuatanku' ada depan mata selama ini..

Sejak awal perkenalan, saya memang senang dengannya.. Bila mula  bercinta, baru tahu  AZRI maknanya KEKUATANKU... Thanks Allah... Dan saya seharunya mesti terus berdoa.. Semoga Engkau kurniakan kekuatan kepada kami berdua dalam menempuh ujian Mu ya Allah.... Amin...

Good night all!...

Posted via Blogaway

13 October 2011

Surprise surprise!!



Posted via Blogaway

08 October 2011

Gohed gostan


Ukasyah dah mula angkat-angkat bontot since semalam.. Dua tiga minggu ni dia makin rajin meniarap.. Semalam dia meniarap terus angkat tottot.. Muka sungguh gembira! Giler achievment la tu konon.. ;p

Ni ukasyah tdo dah.. Dinner kul 8 tadi.. Pastu main-main.. Kul 9.00 menyusu.. Tengok macam dah mengantuk sangat dah.. Tapi dok main gohead gostan lagi..

Angkat tottot kejap, sengih2.. Pastu terus pejam mata, tdo.. Kejap lagi bangun balik.. Pastu tdo... Macam tu la dia dekat setengah jam..

Tengok tok batuk, mummy tinggalkan dia kejap. Tengok-tengok dah gostan smpai bawah meja.. Tu pun benti sebab kepala dah sangkut.. Uhuhu..

Excited kot ari ni baru dpt skill baru.. Tu yg susah sangat nak tdo..



Posted via Blogaway

06 October 2011

My first tooth



See!! Gigi dh terkeluar sket dah.. Sikit sangat sebenarnya. Tak nampk pun dlm gambar.. ehehe.. tapi mummy terlebih xcited, post la jugak ek?.. ahaha..
Ukasyah start teething lama dah.. tapi perasan bengkak kat gusi tu dalam dua tiga minggu lepas.. cuma minggu ni dia terlebih menggigit pulak..

Lagi satu, vocab Ukasyah dah makin banyak dah.. dah start bunyik yang susah-susah pulak tuh.. dua hari lepas, Voooddd.. dok ulang vood tu je la.. semalam banyak main dengan huruf W, D, L.. Buat bunyi voood... wooodd.. doodaaa doodaaaa.. buuulaa... ahaha.. bukan daddy.. tp doodaa ya kawan-kawan.. :p makin meriah lah hidup mummy lepas ni..

Posted via Blogaway

05 October 2011

Ukasyah masuk syurga tanpa dihisab

Ibnu Abbas R.A ada menceritakan bahawa nabi SAW pernah berkata:

Semasa aku naik ke langit di malam isra' dan mikraj, aku telah dipaparkan mengenai keadaan umat-umat Islam.

Pada mulanya aku melihat seorang nabi bersama umatnya, kemudian seorang nabi bersama beberapa pengikutnya, kemudian seorang nabi dengan 10 orang pengikutnya, kemudian pula seorang nabi dengan 5 orang pengikutnya dan akhirnya seorang nabi tanpa seorang pengikut pun.

Tiba-tiba aku melihat kumpulan manusia yang banyak bagai awan yang kehitaman, lalu aku bertanya kepada Jibril: “Adakah mereka itu umatku?”. Jawab Jibril: “Bukan... Tetapi lihatlah di ufuk sana.” Lalu aku pun nampak dari jauh kumpulan-kumpulan hitam yang banyak.

Kata Jibril: “Itulah umatmu! Di barisan hadapan mereka ada kumpulan seramai 70 ribu orang semuanya yang tidak akan dihisab dan diazab oleh SWT.”

Aku bertanya kenapa?

Jawab Jibril: “Mereka itu semasa hidup di dunia tidak berubat menggunakan besi panas yang dibakar (wara’) , tidak meminta untuk dibaca mentera-mentera sihir ketika mereka sakit (sabar) , tidak melakukan tilikan mengunakan jin dan bomoh (tidak syirik) dan mereka hanya bertawakkal kepada Allah dalam setiap perkerjaan yang telah mereka usahakan.””

Lalu bangun Ukasyah bin Muhsin yang telah mendengar kata-kata itu dan berkata: "Wahai Rasulullah doakan kepada Allah agar aku bersama mereka ini."

Lalu berdoalah nabi: "Ya Allah jadikan Ukasyah bersama mereka".

Kemudian bangun pula lelaki lain dan berkata: "Wahai Rasulullah doakan kepada Allah agar aku juga bersama mereka ini."

Kata Rasulullah: "Ukasyah telah pun mendahului kamu!"

(Sahih Bukhari dengan Sarh Fath Al-Bari, Kitab al-Riqaq, Bab no. 50, hadis no. 6541)

InsyaAllah.. semoga Ukasyah menjadi orang soleh dan sentiasa berpegang pada alQuran dan hadis rasulnya... amin...

TQ dear for this link.

01 October 2011

Makan2 @ d'village view, bangi


Saya sangat mengantuk.. Jadik saya updet esok hokehh?

Posted via Blogaway