sebenarnya posting yang ni saya pindahkan dari blog lama saya (yang baru pun berusia 2 hari... ahahaha) This entry was posted on December 26, 2007 at 2:56 pm
cerita #1
sampai rumah dekat maghrib.. hujan mmg lebat sangat… berlari la bukak gate umah.. memula kanda suh pakai payung..tapi rasa macam hujan tak lebat plus malas nk bukak payung yang besonya macam payung pasar malam.. uhuu.. tak pe ler.. basah la sket.. nasibla orang ‘rajin’… memandangkan kanda ajak keluar semula lepas maghrib.. so malas la saya nak tutup gate.. memang jarang la tinggalkan gate ternganga macam tu… tapi ni sebab hujan makin lebat, so tinggal je la sekejap…
hari ni tak payah nak masak.. kanda blikan nasi lemak sebab dah lewat sangat sampai umah… selalu tak la selewat ni.. dekat 7.30 malam baru sampai umah.. lepas mandi, makan, solat.. kanda kata tak jadik la keluar.. hujan lebat sangat.. ok.. tak kesah..
tengah2 tengok berita tv3 dengar ada orang ketuk tingkap.. tak sure la tingkap ke pintu.. macam ketuk pintu.. tp sebab dah biasa main ketuk-ketuk tingkap ngan jiran sebelah, so asume jiran sebelah yang mengetuk tingkap… oleh kerana husband dia keluar negeri, kitorang asume si isteri la yang mengetuk, nak mintak tolong ke apa ke.. (semalam baru dapat keropok leko sedap.. kopok leko ganu..) jadi pergila trus bukak pintu… zruppppp!!! terkejut giler tgk ada orang berpayung, bersongkok dok tercongok betul2 depan pintu rumah malam2.. trus cek mangga gril.. alhamdulillah berkunci… nyesal btul tak tutup gate.. dah la tak pakai tudung…sebab mmg tak kan ade orang yang akan sampai tangan dia ketuk pintu kalo diri dari gate… grrr… rasa geram plak…
bagi isyarat kat kanda suh take over… “assalamualaikum, kami dari surau…..” tak abis bicara, kanda dh potong “wslm! ni apa citer sampai masuk rumah orang ni?” huhh.. garangnyer.. mesti diorang ingat kitorang ni sombong…
tak kesah la.. ni bukan cerita pertama.. sblom ni pun penah jadik jugak..
cerita #2
masa tu petang2 ahad ke sabtu macam tu la.. kanda tdo kat atas.. so tinggal la sorang kat bawah dok ngadap tv… terdengar orang bagi salam, berkali-kali.. tengok2 ada la 3 orang jejaka berkopiah berdiri kat gate.. yang sorang beria2 menjenguk ke dalam umah ikut celah2 langsir yang memang sengaja diikat tepi nak bagi angin masuk… rimas plak tengok mamat tu.. bior beno mamat ni.. berani dia jenguk2 umah orang macam tu.. mula2 macam nak wat dek sebab kanda tdo kat atas.. kesian plak nak kejut.. tapi tengok gaya macam tak mo pegi je diorang ni…(ada la bagi salam dlm 7-8 kali…) sergah diorang dari celah langsir yang mamat tu dok jenguk.. ahaha… dengan terkejutnya tapi masih mengekalkan gaya waraknyer terus dia tundukkan kepala dah beristighfar (kuat-kuat plak tu)… ahaha… orang pakai tudunglaa!! jenguk kepala je pun…
tau la niatnyer memang baik.. nak ajak orang ramaikan jemaah surau dekat rumah tu.. kadang2 tengok diorang ni bersemangat sangat sampai tak kene caranye.. tak pasti la kedua-dua cerita tu melibatkan orang yang sama atau tak… tapi cerita #1 tu baru jadik maghrib tadik.. cerita #2 awal tahun ni kalo tak silap… tgk gaya macam budak2 muda lagi.. macam awal 20-an..
macam tu, macam mana ek??.....
No comments:
Post a Comment