Pages

29 June 2008

me@UiTM Shah Alam

Hari ni registration Nabilah. Habis matrik masuk UiTM.. kali pertama keluar Johor kan?.. eheh welcome to KL!.. Semua anak-anak mama babah dah kat KL dah ni.. bila mama babah nak pindah sini pulak?.. Mesti lepas ni lagi selalu naik KL!

Ni kiranya adik beradik kitorang yang ketiga masuk UiTM Shah Alam! Abang sorang Hotel Catering n Management.. tapi sekarang 'memasak' kat celcom daaa.. :p pastu yana civil engineering ni yang last nabilah amik multimedia.. ok la.. sesuai la dengan dia yang suka lukis-lukis tuh..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Senang je.. tak la rumit proses registration diorang. Tak sampai 15 minit semua dah selesai. Cuma kene angkut barang jauh sikit la... Daftar, dapat bilik, masuk bilik, siap.. petang tu aktiviti dah mula.



Ni masa tunggu nabilah hantar borang kat pejabat asrama. Tang ni kene tunggu lama sket.. tapi tak pe la.. sebab bilik sumer dah siap kemas dah. Selesai nabilah hantar borang, hujan pun turun la dengan lebatnya.. Payung tak de, so yana tunjukkan jalan alternatif nak ke kolej nabilah.. Mak aiihhh.. sket punyer curam jalan tuh.. nak pergi boleh la.. nak keluar balik, giler semput waja mendaki dengan 5 orang kat dalam tu..sebenarnya tak boleh lalu situ untuk keluar.. tapi taram je la.. memang giler merbahaya jalan tuh.. taubat tak nak lalu situ lagi..uhuhuu...

28 June 2008

Rumah Baru!

Rumah baru?.. ehehe bukan rumah kitorang!.. rumah baru kitorang nanti ek.. :) ni rumah abang amin.. Baru beberapa bulan lepas pindah ke rumah baru diorang. Alhamdulillah dah ada umah sendiri.. Bawak mama babah tengok umah baru anak sulung diorang..

Sampai-sampai lepak kat bawah. Bagi dak-dak ni main-main dulu. Hanis plak mengantuk. Tengah-tengah main, dia tunjuk perasaan tidur atas jongkang-jungkit.. ekekeke.. lepas tu, start ngamuk, nangis aje.. syian.. Ibu dia bagi tidur, bangun dah ok dah..

Soleh makin tinggi.. padahal hari tu baru je jumpa lepas abang amin pindah umah. budak-budak cepat je nampak diorang membesar. Macam iman, rasa macam baru je dukung iman masa baby, bulat rambut cacak-cacak, sekarang?.. dah darjah dua dah.. 8 tahun!.. kejap je masa berlalu.. ni nak start la tingat cerita-cerita lama.. uhuhu..

Stop!! Citer pasal berjalan ke cheras jek!..

Ni gambar ramai-ramai kat bawah

Ni dah start hangin dah.. kene kidnapped ngan atuk!.. ahaha.. hanis ada masa anti ngan atuk, nenek.. asyik melekat ngan ude e, mama fara.. sampai atuk dia pesan kat kitorang, "kalo sampai rumah hanis, jangan kawan dengan dia!.." ekekeke... atuk jeles!! Tapi bila atuk dah siap-siap nak balik, nenek dah mula amik tudung, baru la dia nak datang kawan, meleset-leset.. eheheh.. Pandai sungguh amik hati.

Ni pulak soleh yang dah tinggi. Menangis.. uhuhuu sedihnya.. bukan apa.. abang iman dan abang harrith main-main terlanggar dia rasanyer. tu yang dia menangis.. menangis terkejut!.. syiann.. tapi kejap je.. Soleh senang dipujuk.. budak baikkkk.. :*

Side Mirror

Side mirror?? Nak cerita apa kali ni?..

Kali ni saya rasa nak menulis pasal kereta plak la.. Macam mana korang set kan side mirror korang?.. Biasanya kita akan setkan side mirror supaya kita nampak terus ke belakang.. dan biasanya akan terlihat la sedikit bahgian kiri kanan badan kenderaan kita. Kan?..

Sebenarnya cermin pandang belakang dah cukup untuk lihat pandangan belakang kenderaan kita.

Side mirror pula? uhuhuuu.. biasanya ia disalah guna untuk melihat pandangan yang sama. Tak ke membazir namanyer?.. :p

Okeh, cam ner nak guna side mirror sebetul-betulnya?.. Sepatutnya side mirror kita gunakan untuk mengurangkan blind spot semasa memandu. Bila side mirror tidak di setkan dengan betul, selalu terjadi keadaan di mana kita tak perasan ada kenderaan lain di sisi kenderaan kita semasa kita nak menukar lorong atau membelok.

Gambar ni saya pinjam dari Popular Mechanics. Bagus artikel-artikel yang ada dalam tu. Azri yang bagi.



Senang faham kan?.. aa sebetul-betulnya macam ni la kita kene setkan side mirror kita. Mula-mula memang rasa pelik sikit sebab kita dah biasa dengan cara yang salah. Tapi sebenarnya ianya memang memudahkan.

Macam mana nak set side mirror?

Macam ni:



  1. Betulkan kedudukan kerusi
  2. Untuk betulkan cermin kanan, sengetkan badan sampai kepala cecah cermin tingkap. (Buat je! jangan banyak songeh! :p) Dalam keadaan macam ni, dengan setting cermin sisi yang salah, cermin sisi kita akan penuh dengan bahagian sisi kenderaan. Kan?..
  3. Ok, betulkan cermin sisi kanan ke luar sampai kita nampak sipi-sipi bahagian sisi belakang kenderaan kita dalam cermin.
  4. Untuk cermin sisi kiri, sengetkan badan ke kiri dalam jarak yang lebih kurang dengan tadi.
  5. Betulkan cermin sisi kiri ke luar juga sampai kita nampak sedikit bahagian sisi belakang kenderaan dalam cermin sama macam cermin sisi kanan.
  6. Duduk tegak, nah!! dah siap.. macam tu la sepatutnya. Kenderaan lain yang memotong dari belakang yang kita nampak dalam cermin pandang belakang, akan masuk terus ke cermin sisi kiri/kanan bila kenderaan tersebut lalu di sebelah kenderaan kita.
Cubalah!.. memang memudahkan.. tak perlu lagi menoleh-noleh ke kiri kanan kalau nak tukar lorong. Nak keluar parking pun senang.

Ok.. semoga artikel ni memberi manfaat kepada semua. :)

25 June 2008

Farewell Party

Office buat farewell party untuk dak2 praktikal.. Yummy!! KFC... sebelum-sebelum ni makan dua ketul pun dah kenyang.. tp sebab makan free empat ketul pun boleh masuk.. ahahaha.. tiga masuk stret, satu lepas rehat! Memula kitorang plan nak makan pizza, tp sebab big bos suka la sangat makan KFC, dia gunakan kuasa veto dia.. "KFC! Take it or leave it!!" ahahahaha.... no komen!


From left; Lin, nisha, CK (berdiri) n Miza.. nun kat belakang Udin

Kanda! Tengok dengan baju mancingnyer ngan glove nyer..

Lin, nisha, dijah n miza (yang kuat makan! :p)

Me, Mr. Foo n Wardah

Dee, Anne and Lynn

Yang praktikal: Anne, Lynn n Dijah
CK ngan Miza, persediaan untuk praktikal je..
sumer dak UTM
Yang tak de, Din ngan En Cairul..

Cerita Tag lagi

Tag telah diambil oleh Jijah dengan jayanyer!


24 June 2008

Dapat Tag dari Jas



Ahaha.. dapat tag dari Jas.. uhuhuu.. kene ker?.. tak pe ler.. kita layan ajer.. :)
tapi kalo tak sampai 7 okeh kan?.. setiap satu, satu jek.. selebihnya simpan untuk diri sendiri.. eheheh...

7 Tentang Diriku
  1. Biasa-biasa ajer, semuanya sederhana
  2. Percaya tak?.. Kalau boleh semua perkara nak buat sendiri.. daripada menjahit baju anak patung kepada menyusun batu bata nak besarkan porch! (kalau boleh!!)
  3. Dah lama tak bersenam, badan pun rasa tak fit dah..
  4. Tak suka jogging, suka main basikal, badminton, squash.. tennis tak suka penat! kene lari banyak sangat!
  5. Dah lama teringin kamera SLR, percaya tak?... dari zaman sekolah menengah lagi! so?? donate me to buy SLR! ekekeke...
  6. Tak pernah ke Cameron Highland! Genting dah 3 kali naik! Percaya tak?? kelaka kan?
  7. Belajar bawak kereta dari Tingkatan Satu dengan abang yang giler stereng!!. ahaha...

7 Yang menakutkan aku
  1. mati.. :( ramai dah kawan-kawan yang meninggalkan kita.. tak sangka kan.. bila-bila masa aje..
  2. lipas.. especially yang suka terbang-terbang tu.. hiyerrkkk...
  3. hilang kereta! na'uzubillah.. tapi selalu mimpi hilang kereta :(
  4. pergi interview.. ahaha.. tak tau la apa yang takut sangat.. walaupun sekarang ni dok kerja interview orang, bila turn sendiri pergi interview cuak la sangat-sangat!..
  5. habis minyak tengah-tengah malam buta, dekat jalan-jalan kampung ntah mana-mana.. Kitorang ke utara dan selatan, memang tak ikut highway.. ikut jalan biasa je.. Lagi la bila operasi stesen minyak dah tak 24 hours nih.. ngeri ngeri!...
  6. takut lemas.. tak kisah la lemas dalam air ke, asap ke, tempat sesak.. tempat ramai orang.. apa-apa yang melemaskan
  7. Silap cakap... terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata?.. sadiss.. Kene mintak maaf kat ramai orang ni sebab suka laser orang.. uhuhu.. (Sorry ek korang!)
7 Lagu yang aku suka
  1. Ella - Jujur Takkan Melupakanmu
  2. Enya - Orinoco Flows
  3. The Corrs - What Can I Do
  4. Christina Arguilera - Hurt
  5. Christina Arguilera - Fighter
  6. Dewa - Kosong
  7. Rossa - Atas Nama Cinta
7 Perkara yang aku suka sebut
  1. Have fun!!
  2. All Right!
  3. Good Luck!!!
  4. Sukati laa (yang ni guna time nak sakitkan hati orang! Hanya digunakan dengan kanda tersayang! :p)
  5. Tengok la... (ni selalu guna kalo ada orang mintak tolong)
  6. Hushhh tak skola!! (kepada orang-orang yang bawak kereta tak pakai indicator!..orang yang brek dulu baru nak signal bila nak masuk simpang, bikin gua panas!!)
  7. Tonyottt!! Ni untuk tabu dan sekutu-sekutunya, kalo kepoh sangat!...
7 Perkara yang amat bernilai
  1. AZRI!!
  2. Family.. mama babah mak pak adik-adik abang-abang, kakak-kakak ipar, pakcik makcik sepupu sepapat.. bak.. sumer-sumer la..
  3. My JGQ (both version even yang satu lagi tu tak de depan mata dah.. tapi dikau tetap ku kenang!)
  4. kenangan-kenangan lepas (yang manis-manis ajer.. )
  5. Notebook! sumer kerja office, personal tasks sumer ada dalam tu..
  6. Website alamhamil.com! Tak ternilai segala menda yang boleh dapat kat situ..
  7. Pengalaman mengandungkan Muhammad Aliff Ikhwan.. (walaupun 15 minggu je) Cinta Aliff!!
7 Perkara pertama berlaku dalam hidup
  1. Kereta pertama - Opel Kadett yang hampir seusia saya!.. tua dia setahun! Ada lagi kat kampung tengah memujuk ayahnda nak bawa ke KL!
  2. Pertama kali jahit baju sekolah sendiri masa tingkatan 4.. Mula dari ikut mama shopping kain, ukur sendiri, potong sendiri, naik basikal p jahit tepi dan jahit! sebelum-sebelum tu tolong jugak.. tapi tolong cantum je, dah siap potong dan jahit tepi!
  3. Pertama kali naik bas sorang-sorang! Warrant ticket masa sekolah kat Kajang dulu.. Form one. Duit dalam poket betul-betul ada 5 sen!! Mujur sampai-sampai je babah dah ada! kalo tak.. nak tepon cam ner pagi2 buta tu!
  4. Pertama kali naik keretapi masa First Year di UTM. Jalan-jalan ke perlis dengan Awin syok sungguh!.
  5. Pertama kali dapat kamera masa pergi rombongan darjah 5 ke Pulau Pinang! Macam-macam gambar amik.. tapi gambar diri sendiri tak ada sangat... mana tak nyer, ayahnda pesan "Jangan bagi orang lain pakai kamera nih!" Sadis! sadis!
  6. Pertama kali naik flight dari KL ke Sarawak! Masa tu tingkatan empat kalau tak silap. Program keluarga angkat Kg. Rayang di Padawan.
  7. Pertama kali kene saman sebab langgar speed trap masa tahun pertama dapat kereta! Ala.. flyover yang dekat Angsana tu!.. Lepas tu tak ada dah.. memang memandu secara berhemah dan terkawal!..
OK Jas?? puas ati?.. ehehe... memula macam malas nak pikir banyak-banyak, dah mula menulis, macam syok plak.. :)

Urus niaga beli minyak guna kad kredit dihenti

Huh!!... lari la budget!...



Rujuk: B. Harian

20 June 2008

Bila hati rasa sunyi

Browsing internet, tengok gambar kawan-kawan lama. Lepas satu blog, ke satu blog yang lain.. Puas mengadap blog merayau-rayau ke fotopage. Apa khabar la kawan-kawan lama? Teringat kisah-kisah masa belajar dulu, dari zaman sekolah rendah, sampai la ke tempat kerja... Macam-macam dalam kepala.. Entah.... tak terluah rasa hati...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rahmatNya..

19 June 2008

Rush Hour

Uhuhu.. this week no more wedding dash, no more zuma, no more tumblebugs!.. sumer tak de! NO NO NO!! Big no-no for games!! uhuhuu.. Kerja memang berlambak-lambak.. Sakit kepala nk uruskan kerja..

Balik umah rasa lega sket.. tu pun dok teringat2 kat kerja.. Ni depan notebook.. tadik dok ngadap kejap.. Jenuh nak handle menda rush cam ni.. Sambil masak sambil coding.. ahaha.. Multitasking! percaya tak?.. percaya lah sebab ni memang kisah benar.. lalalala...

kul 10 dah pusing dah.. macam nak migrain je nih.. uhuhu.. kene bertenang!.. makin pressure, makin senang la migrain nak datang.. :(

bukak blog.. teringat tadik time masak, sambil2 tengok kucing kat luar.. dok snap gambar sekeping dua.. ehehe. dengan gambo kuali skali masuk.. masak apa?.. ni sambal telur express.. senang je.. nak resepi ker?.. ahahah.. tengok la kalo rajin nak bagi kat bawah nnt.. ;p

tapi ni resepi giler ekspress, tapi rasanya boleh la nak kata OK.. :) favourite kanda! tu belum masak yang resipi betul2 nyer lagi tuh.. (dah lama tak masak guna resepi betul, ntah luper dah.. )



Sambal Telur
Cara-caranya
Bawang putih 2 ulas diketuk dan dihiris halus
Bawang merah 3 biji dihiris halus
Tumis bawang merah dan putih
Masukkan 2 sudu besar serbuk lada yang dibancuh dengan sedikit air
Masukkan belacan Megi 1 sudu kecik
Campur 2 sudu gula
Garam secukup rasa
Masak hingga kurang air
Masukkan air asam jawa
Tambah kicap, sos cili, sos tomato ikut suker
Pecahkan telur
Hiris bawang besar bulat-bulat dan tabur..

Siap!..
Ada bantahan?... Ok dah ngantuk! kerja?.. Tata!! jumpa esok jek.. nite...

15 June 2008

Penangan si Wedding Planner

Minggu ni minggu games.. start dari minggu lepas lagi sebenarnya.. dalam banyak-banyak kerja, misi tetap diteruskan!.. Tumblebugs tak puas hati sungguh tak lepas2 sumer level lagi.. dok sangkut kat situ jugak.. Selagi tak abis sumer level, selagi tu la dok main..

Tengok Dee kat sebelah dok main Wedding Dash.. macam syok jek.. Dinner Dash pernah la main.. nak kene try nih!.. uhuhu.. tak per tunggu weekend. :)

Sabtu semalam, dari pagi sampai la ke malam dok ngadap Dinner Dash.. ehehe.. addicted sungguh! Gamenyer senang je, pilih menu dan tempat honeymoon based on wedding couple request, then serve all guests yang datang. Bagi tempat duduk, bagi makan 3 jenis makanan, bagi minum, jaga makcik Ethel yang emosi, pakcik Ernie yang kepoh.. ehehe.. macam-macam karenah.. Berkejar-kejar si waitress ngan si Quinn ke sana sini..

Dekat kul 12 baru boleh berhenti.. Quinn dah naik kapal.. :) buat event atas kapal pulak!

Pejam je mata, kuar muka Quinn! ah sudah!!. ni mesti dah masuk dalam mimpi dah ni.. uhuhu.. penatnyer!! mimpi berkejar-kejar serve orang makan kat wedding.. ahaha.. rasaler jadik waitressnyer! Dah la malam tadik sikit punya panas! Tido pun terjaga-jaga. Bila tido balik, aiseh.. Quinn lagi.. uhuhu.. sampai ke pagi la dok mimpi si Quinn..

Bangun pagi tingat nk sambung game.. ehehe.. tak pe ler.. tak de komitmen lain :p Tu dok tunggu baju siap.. :) Breakfast ari ni kat Equine!.. lalalala.. Teh tarik satu, Kosong satu, telur satu, potong ya!.. ehehehe... tu ler sarapan favourite sekarang ni.. terpengaruh ngan azri..

ok ok.. nak sambung wedding dash. Quinn dah tunggu!..

PS "Dee, dah sampai level mana?.. ekekeke"

13 June 2008

Double JGQ

Tetiba teringat kat Iswara lama nih.. Ni masa kat TTDI Jaya amik waja tu.. Tu dua-dua pakai plat no yang sama.. bukan senang nak dapat gambar macam ni.. sayangnyer, pakai kamera telefon jek..

06 June 2008

Shopping lagi

ehehe.. shopping apa kali ni?.. tak de la.. bukan shopping sangat pun.. hari ni tak pergi kerja.. start dari semalam dok sakit kepala.. :( pagi2 bangun rasa tak larat la nak p opis.. kalo p opis ni mesti tak leh buat kerja.. semalam pun petang tu dok tido jek kat opis..

pagi tak buat apa.. sempat basuh baju je dua bakul.. :p sementara tu, lepak jek.. tv pun citer tak best.. ye la.. hari jumaat.. ada ape jek... astro pun dok ulang2 citer yang sama jek..

tengah hari kuar kejap, teringat nk carik belt sewing machine tu.. pastu lagi satu nak kene isi minyak.. uhuu.. kalo biasa isi RM80, calculate balik, untuk mendapatkan liter yang sama, kene isi RM115.. uhuuu.. isi RM100 je la.. nangis!! tu pun dapat 37 liter lebih sket jek... nangis nangis!..

Kedai tu kat Puchong Perdana.. memula nak carik kedai Singer.. dapat info dari Is kat Puchong Perdana ada satu kedai Singer.. ikut instruction dia senang jek.. tapi pusing punya pusing terjumpa Kedai Menjual Alatan Jahitan.. whoaa.. ini lebih menarik!.. ekeke.. trus carik parking, masuk kedai tu.. uhuhuu.. bestnyer!! macam2 ada..

alhamdulillah, dapat la belt tu.. RM6.50 jek.. pastu tengok reben2 yang ada sungguh la rambang mata.. reben dan renda.. cantiknyer. lepas ni dah tau dah nak carik kat mana.. tak la jauh sangat.. lebih kurang 15km dari umah.. tu pun tak tolak pusing dua tiga round carik kedai singer.. cumanyer kene bayar tol RM1.60 la kat LDP puchong selatan tuh.. pergi balik jadik RM3.60.. nak skip tol boleh, ikut kinrara, tapi malas la.. jauh.. dah la minyak mahal!..

shopping apa?.. tak la banyak sangat.. beli ikut keperluan jek.. next time, kalo ada apa2 lagi, bleh la tuju ke kedai tu trus.. Beli belt tu, ngan renda pink dan putih untuk projek Blouse tu.. :)

05 June 2008

Kek Coklat Kukus

Semalam balik kerja, shopping barang dapur kat Jusco.. banyak pulak barang dapur yang abis.. timing baik punyer...list panjang berjela.. teringat plak hari tu dok cerita ngan dak2 opis pasal kek coklat kukus... boleh la buat sekali.. so masuk la dalam shopping list susu pekat, susus cair, cooking coklat.. rasanyer coklat van houten tu banyak lagi.. so tambah coklat rice je sket..

malam tadik, dalam kul 11.40 baru start masak.. azri kat luar dok godeh keter dia.. katanye free play cluth tu banyak sangat..

kukus sejam, 12.40 dah siap dah.. uhuu.. alhamdulillah jadik.. dah lama tak buat, main taram jek.. :) tp memang senang pun nak buat.. pagi-pagi tadi siapkan topping nyer..

Ok ini resepinyer.. (salin semula dari fotopage)

KEK COKLAT


Bahan A

1. 1 cwn serbuk koko
2. 1 cwn gula pasir
3. 1 cwn susu cair
4. 1 cwn minyak masak
5. 1/2 cwn susu pekat

Bahan B

1. 1 1/4 cwn tepung gandum
2. 1 sudu teh soda bikarbonat
3. 1 sudu teh baking powder
4. 1 sudu teh esen vanila
5. 3 biji telur

ayakkan bahan B- 1,2,3 bersama

Cara² nya

1. masak dan cairkan bahan A di atas api kecil hingga sebati
2. sementara bahan A masak, pukul telur hingga kembang
3. campur bahan A yang tlh dimasak ke dalam telur yang sudah kembang
4. tambah sedikit esen vanila
5. pukul hingga sebati
6. masukkan bahan B yang telah diayak bersama dan kacau hingga sebati
7. masukkan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam adunan kek
8. kukus selama 1 jam

Topping

Gunakan kaedah double boiling, masukkan cooking coklat, sedikit planta, dan sedikit air.
Setelah cair sekata, ratakan atas kek, dan taburkan coklat rice.

Variasi
Boleh tabur apa2 pun ikut suka ... nak letak coklat chip dalam kek pun ok jek...



dah try, bagi tau ek?.. Good Luck!!

04 June 2008

Projek jahitan tergendala

Ahad hari tu lepas tengok fighter jet TUDM, azri bawak p Mid Valley plak.. memang berjalan sakan weekend lepas... alang2 dah sampai sana tingat la nak beli kain cotton untuk buat blouse biasa2..

punya la bersemangat nak menjahit.. kain dah potong semalam dah.. sambil2 tengok berita tu, tangan dok menggunting kain.. time tu la carik patern, time tu la ukur, time tu la jugak terus potong..



hari ni memang bersemangat sungguh nak mula menjahit.. baru je mula jahit sket, tusss!!! aisehhh... belt mesin jahit tu putuss plak.. frustnyerr.. nak pusing pakai tangan bleh jek.. larat tak larat la.. kang jenuh memusing manually, tangan dah lenguh jahit nyer baru baper cm jek nnt.. ahaha..

mesin jahit ni mesin Raleigh hitam tu.. cuma pasang mesen siap2.. kalo ada kaki dia, macam mesin jahit tradisional lama dulu2, senang la.. ada option.. kalo motor rosak, leh kayuh pakai kaki.. ni tak dak kaki. alamatnyer tergendala la projek nih.. sdey sdey..

tu satu hal, satu hal lagi, area sini memang tak pernah pasan pun ada kedai jahitan.. ni yang dok teringat kedai mesin jahit yang kat skudai tuh.. mana ek nak carik?.. any info?.. bleh tolong ek?.. :) thank you!!

02 June 2008

Baby Tabu

Tabu dah beranak dah!! uhuu ingat ramai la sangat.. 3 ekor jek.. tapi lawa2 sumer..
color tone.. putih, klabu coklat ngan hitam.. ehehe.. cute sungguh.. mata tak tau lagi kaler apa.. nama pun tak de lagi..




Ni gambo sebelum...

Tabu ni memang perangai tak snonoh.. macam ni la dia tido ari2... apa pesen pun tak tau.. uhuhuu... skang ni kat umah ada jenny, tabu, baby 3 ekor.. sumer skali 5 ekor tak termasuk boipren2 tabu n jenny... ensem sungguh.. macam-macam perangai.. penakut giler.. macho giler.. muka tak malu sumer ada.. yang ensem.. yang kerek...

lepas ni try capture gambo bf diorang plak.. :)

More pictures

Workspace

Just to update.. this is my messy workspace.. tak dak mood nak makeup/kemas..
noticed the brown glove? ahaha.. sejuk giler macam dok dalam kontena ais.. memang kekadang kene pakai glove tu nak bagi panas sket.. aircond tak leh control sbb centralized.. (diorang la kata tak boleh nk control..)


01 June 2008

TUDM Open Day

Sebelum tidur semalam, azri dah pesan, esok kul 8 kita kuar ek.. uhuhu.. nak p mana lagi?.. surprise lagi jawabnyer..

pagi kul 8.45 baru kuar umah.. ye la.. tak basuh baju, tak de la baju kerja hari isnin nanti.. ekekeke... Masuk LDP, masuk Federal, mmm.. nak p mana ni?.. "ayang tolong carik signboard TUDM".. haa?? buat aper... ooo rupa2 nyer ada TUDM open day.. syiok gak tengok fighter dekat2 nih.. biler lagi.. very rare opportunity.. ni pun sebab sambutan Jubli Emas TUDM.. tapi tu ler.. tak bersedia.. tak pakai sunblock pun.. moisturiser pun ala kadar je pakai... huhh.. terbakar la lepas nih..

memang panasss sungguh.. ramai betul orang yang datang.. tak sangka sungguh.. macam-macam ada.. :)