Pages

10 October 2008

Fine Bone China

Balik raya hari tu, mak azri tunjukkan satu keronsang yang jiran dia bagi..souvenir dari London... Keronsang seramik.. memang cantik.. tapi bile tengok kat kotak tu ada 'Fine Bone China' jadik ragu-ragu plak..Selalu dengar pasal pinggan mangkuk, rupa-rupanya ada jugak keronsang.. mesti ada produk lain jugak..

Teringat dengan emel-emel yang pernah diterima.. Dok buat research gak kat internet.. sikit-sikit je.. mana-mana yang boleh kongsi, kat bawah ni petikan artikel berkaitan.. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya..


Bone China is porcelain that contains animal ash, mostly ox bone, The bone is burned and ground to a fine powder. This gives the ware strength and whitens it. The only difference between porcelain and bone china is the whiteness of bone china.


Sumber: Wiki Answer

Sebab ada abu tulang haiwan.. dia declare ox bone.. tp takut yg 'ox oink oink' pun masuk jugak.. kita pakai buat p solat kat masjid.. uhuhu.. kalo pinggan mangkuk plak?.. uhuhu ngeri ngeri.. baik pakai pinggan claytan air hitam jek.. :p



Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.


Selanjutnya...


Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.

Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumsalam,
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.

Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj yang bererti :

Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.


Sumber: Jabatan Mufti Selangor

No comments: