Pages

09 June 2010

Siakap Steam

Had Siakap Steam for dinner last night.. dah lama dah tak masak siakap steam ni.. dah berbulan rasanyer kanda request.. ehehe.. lately ni mood masak kureng sket lah..



Siakap Steam

  1. Bersihkan siakap, cuci dengan tepung gandum dan lumur dengan asam jawa dan garam
  2. Sedikan bekas kukus, didihkan air kukusan
  3. Masukkan ikan dalam bekas yang sesuai - untuk kukus dan hidang terus
  4. Tambah dua sudu sos tiram atas ikan
  5. Ketuk serai, hiris/potong halia, carrot, kubis bunga dan taburkan di atas ikan
  6. Kukus ikan
  7. Agak2 ikan dah masak, masukkan bancuhan pekat tepung jagung - untuk pekatkan kuah
  8. Masukkan brokoli tunggu 5-7 minit
  9. Masukkan perahan limau sedia dihidang..
  10. Taburkan daun bawang, saderi dan bawang goreng dan sedia dimakan... nyum nyum...

Masak ni je... kiranya hidangan sepinggan lengkap... masuk sayur siap2..

No comments: