Ukasyah dah lama dah pandai meniarap dan sekarang boleh duduk tegak dah.. tapinyer tak baper suka nak meniarap.. maka, untuk menggalakkan Ukasyah supaya lebih rajin berguling-guling, mummy letak la Ukasyah kat living room dan mummy terpaksa carik sudut baru utk SOHO mummy..
Sebelum ni kitorang sumer dok kat atas je. Kitorang buat kerja kat family hall atas, Ukasyah dok layan mobile dan mainan-mainan lain dalam cot.. cot dalam master bedroom kitorang tarik sampai dekat-dekat pintu. Senang nak tengok kalo dia menjerit bosan..
Sejak lepas raya, mummy and Ukasyah lepak bawah. Bagus jugak, dah jimat satu kipas. Kipas bilik tak yah on dah la.. Ukasyah lepak dalam rocker atau bergelimpangan tengah laman layan tv. Mummy dok kat coffee table. Tapi rasa tak efisyen plak kerja cam tuh.. Tu yang ligat je kepala otak ni dok pk cam ner nak buat sudut SOHO yang baru.
Akhirnya mummy decide untuk bawak turun meja jahit ke sudut bawah tangga belakang love seat. At least kalo ada orang datang mengejut, tak la nampak meja kerja mummy yang semestinya sentiasa bersepah tu.. Meja jahit tu sebenarnya meja belajar biasa. Beli masa bujang lagi. Beli kat giant ke kat jusco ntah.. lupa dah.. kalo ikut tahun, rasanyer beli masa 2002 dulu. Meja tu masih cantik lagi sebenarnya.. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (masa naik lori pindah dari JB ke KL) ada beberapa bahagian yang dah tercalar dan nampak lah serpihan chip wood nyer.. Lagi pun tak match la plak meja kayu budak belajo tu nak letak kat hall yang elegent tuh.. keh keh keh...
|
Keadaan asal meja. |
Makanya timbul idea untuk balut meja tersebut dengan baki kain langsir tahun lepas.. Sebenarnya bukan baki, tapi langsir tersebut juga adanya. Langsir tu dah kene trim sebab pindah masuk bilik atas. Kalo tak trim, panjang berjela la jawabnyer. So yang lebih-lebih tu boleh la guna buat projek DIY.
|
Yang diperlukan: kain, gunting dan stapler tembak. |
|
Tara!!! Macam meja receptionist hotel kan? ;p Kalo nak lagi lawa supposedly laykan dengan span nipis.. tapi maleh nak mencari dan yang penting kene jimat kos!! :) bagus kan?? Pandai berjimat cermat! Pastu belah dalam tu biarkan aje sebab masih lawa.. nanti kalo orang datang, kerusi tu rapat, tak pasan sangat la dalam tu.. :) |
|
Pastu melarat ke kusi kecik ni pulak. Gambo before lupa nak capture.. Tapi burukla.. Kain asal elok lagi, tp coraknyer really not my taste!! Yang baru ni match ngan langsir.. keh keh keh.. (pstt.. sila abaikan habuknyer yang enam inci tebalnyer.. :p) |
Seterusnya meja kerja kat atas. Ni sebenarnya meja makan zaman bujang2 dulu.. Elok je lagi.. Sebenarnya nak jahit alas tu macam biasa. Tapi since mesin jahit tak berapa sihat dan diri ini tengah seronok menembak, akhirnya terstapler la kain tu terus ke meja. Bagus jugak.. Nmpk neat la sket..
Kain masih berbaki sket.. Dah ada plan dh nak buat apa. Just wait ya?? Ehemm.. :-D
No comments:
Post a Comment