Pages

20 September 2010

Oh! Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...
- Untukmu Ibu - Exist

"Mama kalau dengar lagu ni, rasa sayu aje.... kadang-kadang bergenang air mata, meleleh teringat arwah embah"... teringat kata-kata bonda.. berkongsi rasa bila terdengar lagu ni di radio dapurnya... kebetulan lagu ni mula popular selepas arwah Embah meninggal...

Embah meninggal tak lama sebelum dijadualkan ke tanah suci Mekah... Terbayang-bayang lagi beg haji Embah yang dah siap dipack... excited betul Embah bila dapat tahu gilirannya dah sampai..

Seingat saya, jiran depan rumah yang juga saudara embah, menjenguk embah bile tengok tingkap tak bertutup  dekat-dekat waktu maghrib...Embah terbaring kat tangga dapur diserang angin ahmar... saya di asrama waktu tu... kebetulan dekat waktu cuti penggal... bila pulang, embah telah dibawa ke rumah... adik-adik mama yang lelaki semuanya baru mulakan hidup.. rasanya semua tak kawin lagi masa tu..

Saya tak berapa pasti berapa lama arwah embah terlantar sakit... tapi tak sampai sebulan dua rasanya... Pagi Jumaat, embah sesak nafas dan pergi sedang orang sibuk bersiap untuk solat Jumaat... anak-anak embah dan kami adik beradik ada disisi.. cuma pakcik yang bongsu tinggal di kampung mengemas rumah embah... Cadangnya pagi tu kami nak bawa Embah balik ke kampung.. tengok rumah yang lama ditinggalkan... dah berhari embah minta dihantar balik ke kampung... rupa-rupanya kepulangannya untuk selamanya... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah.... saya sempat suapkan makan embah sekali dua... picit-picit kaki tangannya yang lemah tak bergerak...

Melihat mama babah melayan embah mengajar saya banyak benda... setiap kesabaran ada ganjarannya... ikhlaskan diri... semua menjadi mudah insyaAllah.... setiap ujian yang Allah beri tu adalah tanda kasih sayang-Nya kepada kita...

Bak kata kanda, "Kenapalah kita ni susah  sangat nak terima pahala mudah yang Allah nak beri?" - cuma perlu dibeli dengan keikhlasan, kesabaran dan redha kepada ujianNya...

2 comments:

fiza said...

-like-
tak pernah dgr mama&babah mengeluh. Dukung, mandi, makan...embah nampak bersih, kemas, and makanan pun terjaga. Kalau difikir-fikirkan balik, kita ni dh dapat contoh yang sangat baik untuk dipraktikkan semula...Allah Maha Memahami :)

faraazri said...

yupp!! 110% agree!!