Tahun lepas2 mmg dah pernah buat.. tp x seconfident tahun nih.. yang dlu2 tu asyik silap pusing jek.. mak pulak semenjak kene ragut hari tu asyik letih je tengok.. kesian.. jadik saya telah take over tugas membalut ketupat palas.. kanda dok tepi, uruskan daun palas...
Kene blog step by step untuk buat ketupat ni, nanti tahun-tahun depan nak kene buat lagi senang... insyaAllah :)
Daun palas yang sedia untuk diketupatkan.. Daun palas dipilih dan dikembangkan. Kumpul 5-5 kemudian disimpul supaya daun lembut dan mudah diketupatkan... |
Pulut separa masak dengan santan |
Tangan tua mak.. tunjuk ajar cara-cara buat ketupat palas.. masa ni pun mak dah nampak letih sangat... |
Lipat daun palas supaya menjadi segi tiga |
Masukkan pulut sepadat-padatnya |
Lipat bahagian segi tiga yang telah diisi pulut ke bawah |
Lipat lebihan daun, jadikkan gelung seperti di atas, masukkan bucu segi ke dalam gelungan yang terbentuk |
Tarik lebihan daun kuat-kuat, pastikan ketupat betul-betul kejap |
Simpul matikan lebihan daun.. pastikan ikatan kemas dan ketat |
Ketupat yang siap diabungkus.. Lepas ni bolehlah dikukus... |
No comments:
Post a Comment