Pages

08 October 2010

Babah Mama, Mak & Pak

Ayahnda bonda ada di Sungai Buloh sekarang ni.. datang sini semalam sebab nak attend kenduri doa selamat pakcik makcik yang akan ke Mekah 17 hb ni.. Kebetulan juga, makcik yang di Bandar Sri Damansara sedang menunggu hari nak bersalin.. InsyaAllah kali ni rezekinya baby girl selepas dikurniakan tiga orang boys yang handsome!.. :) Semua orang excited!

Kebiasaannya ayahnda bonda memang stay di rumah kami kalo ke KL.. tapi sebab kami sedang menjaga mak dan pak, jadiknya diorang ke Sungai Buloh lah kali ni.. Ayahnda dah terbiasa dan memang suka ikut kanda ke masjid Bandar Kinrara, jadiknya pagi-pagi lagi dah teringat nak ke sini.. kebetulan hari ni nak solat Jumaat..

Bonda pun dah lama sebut-sebut nak melawat mak.. berbesan jauh.. utara selatan.. ni lah kesempatan diorang nak berjumpa..

Dalam kul 11 lebih ayahnda bonda dah sampai rumah.. kami masih di pejabat.. tapi tak pe ler.. biarlah diorang berbual dulu.. bonda pun dah biasa, jadiknya macam rumah sendiri lah.. terus ke dapur, sediakan air dan hidang.. mak tak berapa kuat nak mengangkat berat-berat.. pesan kat bonda pastikan mak tak buat apa-apa.. mak tu bukan boleh percaya.. nanti senyap-senyap dia pulak yang bangun buat kerja.. :p

Lunch bersama.. lepas tu, ayanda tinggal kete kat sini, adik yang di UPM tu yang jadik driver dua tiga hari ni.. diorang balik ke SB, dan kami masuk ofis semula...

No comments: