Memandu pulang ke pejabat, teringat pulak dengan satu kisah hidup saya...
Ini kisah lama.. tapi kesannya hingga ke hari ini.. lebih kurang sepuluh tahun yang dulu... difitnah oleh 'kawan-kawan' sendiri...
Klimaksnya saya dipanggil oleh pensyarah, dimaki dengan pelbagai perkataan.. antaranya "penipu!" yang paling tak boleh dilupa 'bullshit! bullshit!!'.. dalam biliknya.. dengan nada suara menjerit... pintu dibiar terbuka.. yang paling best, bilik pensyarah tersebut dalam pejabat utama.. pensyarah berpangkat.. beliau menjawat ketua bidang kalau tak silap saya.. saya tak diberi peluang langsung.. masuk-masuk je ke pejabatnya.. 'kawan-kawan' saya dah menanti.. salam tak dijawab, saya terus dimaki!.. perit!!! dan memalukan!!!...
Puncanya... saya difitnah!.. saya dituduh mencuri assigment 'kawan-kawan' saya.. sepanjang saya dimaki, saya banyak berdiam.. sebabnya sungguh-sungguh saya terkejut.. 'kawan-kawan' saya yang sampaikan pesan... "Pn. X nak jumpa sekarang".. "kenapa?".. soalan saya dijawab dengan "ntah...pergi je lah"... kasar!..
Pensyarah tersebut campakkan 'asigment milik saya' yang tak pernah saya lihat.. namun memang betul jelas tertera nama saya... dan nama seorang lagi ahli kumpulan saya... sempat saya menjeling.. 'kawan-kawan' yang menyaksikan tersenyum puas hati.. sungguh-sungguh saya rasa terhina..
Hampir setengah jam dimaki hamun oleh pensyarah tersebut, sampai habis perkataan hendak dilemparkan... saya tunjukkan bukti.. dari beg galas, saya keluarkan assignment yang siap ditanda, dengan nama saya... nama saya seorang... saya jelaskan kesukaran saya menghubungi ahli kumpulan yang beliau sendiri tetapkan, yang tak pernah saya kenal dan tak pernah saya jumpa di kelas.. saya minta pensyarah semak balik rekod kehadiran... dan saya terbukti betul.. assignment saya direntap, markah ditolak atas alasan tiada kerjasama berkumpulan.. kertas dicampak kepada saya... 'kawan-kawan' terdiam...
"Terima kasih puan.." saya keluar dari pejabat dengan air mata tak tertahan.. dan terus menangis teresak-esak disaksikan pelajar dan staff yang keluar masuk pejabat.. biarlah!.. saya dah cukup dihina! 'kawan-kawan' yang tanpa usul periksa memfitnah saya, terus mengejar dan meminta maaf... saya cuma mampu mengangguk dalam esakan..
Profesionalisme pensyarah tersebut tak kesah lah.. biarkan dia.. yang sungguh-sungguh menyakitkan, rasa difitnah 'kawan' sendiri... Lepas peristiwa tu, saya ke kelas seperti biasa.. ahli kumpulan yang seorang tu, menarik diri, drop subjek tersebut.. tak tahulah apa sebabnya.. 'kawan-kawan' tu... saya dah maafkan... pensyarah tersebut pun sehingga habis pengajian, bila terserempak dengan saya, jarang nak pandang muka... namun di akhir sem, saya dapat result cemerlang untuk subjek tersebut.. puas hati!
Sangat sukar kita nak mengelakkan diri dari tipu daya dan fitnah manusia... berdoalah semoga kita dilindungi Allah sentiasa...
Syukur kepada Allah... saya diberi kekuatan untuk tidak membenci dan berdendam... Alhamdulillah...
Cuma, peritnya difitnah masih sukar dilupakan....
No comments:
Post a Comment