Pages

19 August 2010

Ayam Masak Serai

Got this recipe from one of my fav blogger - Mak Lang
Ayam Masak Serai

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

Balik ni kiter try untuk berbuka ya... kalo jadik, dan presentationnyer lawa, bleh la post gambar.... :p ehehe.... takut nnt dah lapo luper nk snap plak.. terus terkam ajer.. sebab saya ni suker memasak last-last minute.. suka makan panas-panas.. dan tak bleh tahan tengok makanan terhidang atas meja lama2 sangat.. nnt rasa lemah lutut menahan lapar... ekekeke...

UPDATE: 20 Ogos 2010

Semalam, bila dah siap masak dan hidang, baru terperasan, sebenarnya dah selalu dah masak lauk macam ni.. bezanya selalu masak dengan ikan goreng garing.. dan serainya dihiris halus dan dikisar dengan lada dan bawang.. ehehe... resepi bonda... tapi bonda panggil Sambal Serai... macam mana ntah bleh tak pasan... processor agak slow agaknya bulan-bulan pose nih.. :p

No comments: