Pages

13 August 2010

Sotong Kangkung

Sungguh-sungguh teringin nak makan sotong kangkung! tapi nak carik kata mana?.. dah la bulan2 pose nih... Petang semalam google resepi kuah Yong Tau Foo.. balik terus p giant, beli segala bahan.. balik terus masak.. tapi ada bahan yang tak ada.. so guna alternatif la.. cumanya kuahnyer tercair sket.. sebab awal-awal termasuk bnyk sangat air... so kurang kick.. tp rasa dah ada.. so next time tau ler nk buat apa... insyaAllah... :)

Sotong Kangkung
  1. Rebus sotong basah, dan potong panjang2
  2. Celur sayur kangkung
  3. Goreng tauhu dan potong kiub
  4. Sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah, dan kisar kasar
  5. Sangai bijan
Kuah Yong Tau Foo
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 2 sudu besar stok ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil rempah 5 (kat giant ada jual namanya 5 spices)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dikacau dalam air
  • 1 sudu besar tepung gandum dikacau dalam air
  • 2 sudu besar gula pasir
  • garam secukupnya
    Cara-caranya:
    1. Rebus air - air tu boleh adjust ikut kepekatan yang kita suka
    2. Masukkan kiub ikan bilis
    3. Masukkan bahan-bahan lain
    4. Untuk pekatkan kuah, masukkan campuran tepung jagung
    5. Jika kepekatan masih belum mencukupi, masukkan campuran tepung gandum
    6. Sedia dihidang
    Sambal Merah Yong Tau Foo

    • 5 biji lada merah - dibuang biji
    • 1 sudu besar bijan yang telah disangai
    • 2 sudu besar kacang tanah yang telah dikisar kasar
    • 1 sudu besar sos plum
    • 1 sudu kecil cuka
    • garam 
    • gula secukupnya
    Cara-caranya:
    1. kisar lada merah hingga halus
    2. panaskan cuka dalam periuk
    3. masukkan lada merah dan bijan yang telah dikisar
    4. masukkan sos plum
    5. masukkan garam dan gula
    6. gaulkan kacang tanah dan bijan
    7. sedia dihidang
    Resepi saya ni resepi yang dah simplify... ikut resepi asal, kuah yong tau foo tu ada campuran Sos Hoisin, kacang manis dan sedikit taucu.. Tapi memandangkan malas nak beli bahan-bahan yang mungkin hanya dipakai sekali tu je... maka, inilah hasilnya... kaler kuah tu kurang menarik sebab tak masukkan kicap pekat.. 

    Cadangan hidangan: Masukkan kangkung, sotong dan tauhu, kuah yong tau foo, sambal merah, tabur sedikit bijan dan kacang

    Oh!.. dalam gambar tu luper nak letak tauhu

    Dan satu lagi nak share - 2 ekor sotong basah saiz sederhana RM2.90 jek! kangkung 2 ikat, dalam RM2.00.. kalo makan kat kedai tu, dengan amount yang sama, ntah baper la diorang charge agaknyer ek?...

    No comments: