Pages

23 August 2010

Ayam Masak Halia dan Kubis Goreng Udang

Jumaat hari tu berbuka ayam masak halia, kubis goreng udang dan tauhu goreng cecah sambal kicap.. Resepi ayam masak halia dah post kat sini.. Saje nk tunjuk gambar.. simpan buat diari masakan.. :p Nanti ada bukti saya selalu masak! ahaha..

Sebenarnya tengah mencari-cari resepi untuk hari ni... fridge pun dah kosong tu.. tak de stok.. weekend ari tu tak sempat shopping.. sabtu sibuk dengan shopping raya ngan adik-adik... shopping utk ayahnda bonda... Petang berbuka Nasi Beriani Gam Johor yang sedap dan sirap bandung yang xtra manis!!

Ahad pulak sibuk menghantar baju raya anak-anak buah.. alhamdulillah dah siap dah sumer.. (oh ada tambahan lagi satu.. yg ni baru je confirm order pagi tadik.. :p).. Ahad, lepas hantar baju anak-anak abang dan cousin di Sungai Buloh, terus sambung shopping langsir n sofa cover!

InsyaAllah.. langsir n sofa cover yg dah berusia tiga tahun berganti jugaklah tahun ini!.. ihihi.. sempat kah??

Semalam, ayam masak kicap, telur dadar dan ulam mulberry.. (posting pasal pokok mulberry) Uhuhu! masih tak tau nak masak apa petang ini.. sebenarnya dah terliur tengok gambar nasi ayam tadi... Teringat pakcik yang terrer masak di kampung bagi petua, ayam yang dah empuk direbus, lumur kicap, deep fry dalam minyak bijan.. oh sedapnyerr!!!

No comments: