Pages

11 October 2008

Baby Humayra Hurulain

Cute sungguh baby wardah ni.. :) 3rd baby, 1st baby girl!.. Tahniah mama wardah n papa midi.. :) ehehe.. kali pertama dapat gambar dari wardah, terus tingat kat character mirmo zibang yang cute mute tu.. :) ekekeke... sama kan?..



p/s"Thanks to Nisha for the picture.."

10 October 2008

Aidilfitri 1429

Selamat Hari Raya Aidilfiltri & Maaf Zahir dan Batin dari kami berdua



Raya tahun ni giliran beraya di Pontian. Isnin tu masih kerja, kat opis tinggal 3 orang ajer.. hari selasa, pagi-pagi sebelum sahur gerak balik ke Pontian. Macam selalu, ikut jalan biasa, malas ikut highway..

Tu gambar pada pagi raya pertama. Nak bertolak ke rumah Bak.. umah atuk di Batu Pahat. Kumpul sedara mara ramai-ramai.. hanis pun ada.. datang dari muar.. tu la rutin raya setiap tahun... kumpul kat umah bak..





Alhamdulillah, sempat la berbuka puasa sehari kat Pontian.. Projek ayahnda tahun ni, buat pintu kabinet dapur.. Marvellous!! boleh bukak kedai.. :) cantik...sumer buat sendiri.. :)

Hari raya kedua plak, mama complaint, meja dapur tak cukup panjang.. uhuhu.. projek kedua, extend meja bagi panjang.. yang tu azri ada bleh tolong..

Abang amin balik raya kedua.. Seronot sungguh Haziq beraya kat pontian.. dapat bola, sumer menda lain tak kesah.. :)


Fine Bone China

Balik raya hari tu, mak azri tunjukkan satu keronsang yang jiran dia bagi..souvenir dari London... Keronsang seramik.. memang cantik.. tapi bile tengok kat kotak tu ada 'Fine Bone China' jadik ragu-ragu plak..Selalu dengar pasal pinggan mangkuk, rupa-rupanya ada jugak keronsang.. mesti ada produk lain jugak..

Teringat dengan emel-emel yang pernah diterima.. Dok buat research gak kat internet.. sikit-sikit je.. mana-mana yang boleh kongsi, kat bawah ni petikan artikel berkaitan.. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya..


Bone China is porcelain that contains animal ash, mostly ox bone, The bone is burned and ground to a fine powder. This gives the ware strength and whitens it. The only difference between porcelain and bone china is the whiteness of bone china.


Sumber: Wiki Answer

Sebab ada abu tulang haiwan.. dia declare ox bone.. tp takut yg 'ox oink oink' pun masuk jugak.. kita pakai buat p solat kat masjid.. uhuhu.. kalo pinggan mangkuk plak?.. uhuhu ngeri ngeri.. baik pakai pinggan claytan air hitam jek.. :p



Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.


Selanjutnya...


Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.

Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumsalam,
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.

Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj yang bererti :

Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.


Sumber: Jabatan Mufti Selangor

08 October 2008

Susah sangat ker nak tukar alamat?

Banyak sungguh kerja tertangguh... :(
sibuk mengemas rumah.. kerja-kerja mengecat pun tak habis lagi ni..

Dengan streamyx yang lambat pindah.. ingatkan request awal, cepat la dia bleh buat kerja.. makin lambat ada la.. sebab dia letak kat tepi, lepas tu dia luper la agaknyer.. billing address TM.. streamyx, 2 account TM Net kitorang pun tak tuko-tuko lagi.. Streamyx nyer kes, azri kene berulang p TM Cyber untuk pastikan alamat dah tuko ke blom.. TM Net nyer plak, masih tak tuko lagi.. walaupun dah request sekali dengan Streamyx.. bila azri phone, asyik salah department jek.. suh call sana, call sana, suh call sini plak.. call sini, suh call sinun.. siap tanya fix phone line lagi untuk attach ke account TM Net 1515.. Dey!!! ini dial up la.. bukan Streamyx.. tak paham sungguh.. satu account senang je tuko.. bila call balik untuk tuko satu lagi account, banyak plak cekadaknyerr... Nak diikutkan TM Net nyer billing address tu dah baper kali tuko, dah pakai since zaman belajar lagi.. sebelom ni nk tuko billing address tak le sesusah ni.. takkan sistem makin canggih makin menyusahkan plak?? hishhh dah jadik luahan perasaan kat TM plak... orang-orang TM yang ada akses ke Perbualan-Telefon-Yang-Telah-Direkodkan bleh la cek call hari ni dlm kul 12-1 tengah hari.. Mujur la azri tu penyabar orangnyer.. kalo saya yang bercakap, huhh.. tak bleh la nk jadik sesabar itu...

Sebenarnya posting kali ni nak bercerita tentang kerja... tapi sebab dah terganggu dengan TM nyer cerita, tak dak mood plak nk cerita.. (mood jadik tak seronot plak)

Kiss The Rain - Billie Myers



Kiss the Rain

Hello, Can you hear me?
Am I gettin' through to you?

Hello, Is it late there?
There's a laughter on the line
Are you sure you're there alone?

Cause I'm, Tryin' to explain
Somethin's wrong,
Ya just don't sound the same

Why don't you, Why don't you
Go outside, Go outside
Kiss the rain, Whenever you need me
Kiss the rain, Whenever I'm gone, too long.

If your lips, Feel lonely and thirsty
Kiss the rain, And wait for the dawn.

Keep in mind, We're under the same sky
And the nights, As empty for me, as for you
If ya feel, You can't wait till mornin'
Kiss the rain, Kiss the rain, Kiss the rain

Hello, Do you miss me?
I hear you say you do
But not the way I'm missin' you

What's new?, How's the weather?
Is it stormy where you are?
Cause you sound so close but it feels like you're so far
Oh would it mean anything
If you knew, What I'm left imagining
In my mind, In my mind
Would you go, Would you go
Kiss the rain, And you'd fall over me
Think of me, Think of me, Think of me, Only me

Kiss the rain, Whenever you need me
Kiss the rain, Whenever I'm gone too long

If your lips, Feel hungry and tempted
Kiss the rain, and wait for the dawn
Keep in mind, We're under the same skies
And the nights, As empty for me, as for you

If you feel, You can't wait till morning
Kiss the rain, Kiss the rain, Kiss the rain
Hello
Can ya hear me?


Berjalan dari selatan ke utara, utara ke selatan... dok mendengar radio jek.. radio pilihan.. Sinar FM ngan Mix FM.. orang lama.. :) Ni la antara lagu yang melekat di jiwa... lama sungguh tak dengar..

07 October 2008

Kerja lepas raya

Habis cuti raya mula kerja kat client site, Balik Pulau, Pulau Pinang.. :)
seronok tengok construction sepanjang jalan.. sekali skala boleh la.. yang lalu hari-hari tu?.. ekeke.. sabo je la.. :)