Pages

27 January 2010

Pesan Ayahnda

Tetiba teringat pulak dengan pesanan-pesanan yang selalu keluar dari mulut ayahnda.. :)

Intro tentang ayahnda?.. masa muda sangat tegas dan garang.. Especially kepada abang-abang saya... tapi selepas zaman saya, mula la nampak kelembutannya... Maklumlah.. adinda sumernyer perempuan belaka..

Sangat kuat instinct nyer! Pernah sekali, masa cuti panjang, selepas berbincang dengan kawan-kawan merancang nak ke utara kononnya, tak semena-mena telefon berdering, ayahnda terus sampaikan pesan.. 'cuti nanti ni tak usahlah berjalan jauh-jauh, balik rumah rehat ajer... ' Uhuhuu.. berderau-derau hati hamba!... Betul!! sungguh kuat firasatnya.. Bukan sekali dua.. hampir setiap kali ada peristiwa melanda, ayahnda lah yang dulu bertanya kabar... 'Awak sihat?'... 'Duit cukup?'.... 'Tak ke mana-mana ke?'.... oh ayanda ku!..

Antara pesanan yang selalu dilontar, 'buka laci, tutup betul-betul, jangan biar isi laci terjulur ke luar'.. 'lepas makan, tolak balik kerusi ke bawah meja'... Kenapa? supaya kerusi yang telah kita gunakan tu tak menghalang laluan orang lain... 'lepas pakai barang letak balik kat tempat dia'... Supaya kita dan orang lain tak payah bersusah payah mencari bile nak gunakan semua... 'buka beg, jangan lupa tutup semula' supaya barang-barang tidak berterabur akibat terlupa menutup beg semula,..

Benda-benda kecik aja... tapi kalau kita tak biasakan diri buat perkara kecil dengan betul, akibatnya benda-benda besar pun kita akan buat sambil lewa. Itulah antara pesannya. Banyak kali kami adik beradik terpaksa ke padang sebelah rumah mengutip barang-barang yang dilempar ayahnda! Ahaha... Salah kami juga.. akibat tidak mendengar kata...

24 January 2010

JANGAN HINA AL-MARHUM SULTAN JOHOR!


Terkejut!!Memang sangat2 terkejut. Sungguh-sungguh saya tak percaya ada yang sanggup menghina Almarhum sultan!.. Rasanya bukan rakyat Johor je yang marah. Siapa-siapa yang membaca blog tersebut pastinya akan rasa marah!

Tak tengok ke siaran langsung pemakaman sultan semalam?.. Saya rasa sungguh-sungguh terharu dan sayu bila melihat anakanda dan cucunda-cucunda almarhum sultan sendiri yang menguruskan semuanya.. Daripada mengangkat keranda keluar dari istana, mengiringi jenazah yang dibawa atas pedati, turun ke liang lahad, hinggalah mengambus tanah ke makam almarhum sultan... Bukannya askar atau pun orang-orang suruhan istana... tapi darah daging Almarhum Sultan sendiri!..Sungguh seperti rakyat biasa..

Kesian.. dikurniakan akal, tak mahu pulak digunakan... Sultan yang disayangi rakyat boleh dihina macam tu sekali?..

Akhir kata, semoga Almarhum Sultan Iskandar dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah untuk baginda...

22 January 2010

Kita kerja untuk apa?

Uhuhu.. bukan tak ada kerja.. tapi disebabkan banyak kerja la terpanggil untuk bercerita tentang kerja. Alhamdulillah saya masih di sini.. dalam bidang yang sungguh-sungguh menjadi minat saya... Bukan tak pernah rasa bosan... tapi memikirkan inilah jalan yang telah saya pilih, rasa yang jahat itu saya buang jauh-jauh... :p pujuk diri sendiri.. cari jalan untuk work smarter...
Tanpa pengalaman yang lalu serta tunjuk ajar orang-orang disekeliling saya, tak akan saya berada di sini..

Waktu belajar?.. banyak jugak subjek yang saya rasakan tak ada gunanya saya belajar... tapi selepas menempuh alam pekerjaan barulah saya tahu peri pentingnya silibus yang telah disusun... dan kini saya tahu masih banyak yang saya tidak tahu...

Mula kerja?.. tiada senior untuk memberi tunjuk ajar.. hanya berdua bersama teman seperjuangan yang sama-sama baru mengenal alam kerja, berhempas pulas memulakan projek.. attend brain storming session untuk kumpul requirement dari user yang pelbagai... sediakan segala dokumen yang tak pernah tau pun kewujudannya... dan membangunkan sistem from scratch... yang terasa gilernyer ialah bile saya disuruh menguruskan Oracle server...dari installation hinggalah maintenance.... perkataan Oracle tu pun baru je kenal masa tu.. uhuhuu.... untuk tugasan installation tu saya gagal :p memang susah rupanya.. penyelesaiannya... boss panggil orang dari Oracle.. installation selesai selepas dua hari....

Untuk tugasan lain, segala tutorial.. coding projek lama-lama semua saya bukak... try and error...

After a few months, staff pun bertambah... semuanya freshies jugak... tapi Alhamdulillah lah.. makin banyak kepala, makin banyak la ilmu yang dapat dikongsi...

Dipendekkan cerita, selepas hampir tiga tahun, dengan team programmer yang asyik bertukar-tukar (termasuklah saya yang 'mencuba' menjadi guru hanya untuk enam bulan, sebelum dipanggil semula) akhirnya sistem yang dibangunkan boleh lah dikatakan agak stabil.

Rasanya sistem tu masih digunakan... tapi mungkin dah banyak perubahan.. maklumlah.. sistem yang didesign dan di bangunkan oleh freshies..

Dan kini... (saya masih banyak kerja.. dan malas nak bercerita tentang kerja sekarang.. :p banyak giler kerja!!!)

Apa yang ingin dikongsi ialah kepuasa kerja... puas dengan kedudukan saya sekarang?.. belum lagi.. tapi setiap kali saya selesai sesuatu tugasan, hati rasa seronok sangat setelah berhempas pulas pagi petang siang dan malam...

Akhirnya untuk teman-teman... berusahalah! Kerja dengan hati yang ikhlas... selesaikan tanggungjawab yang telah diberikan dengan hati yang senang insyaAllah....

07 January 2010

My first graffiti



ok tak?..

06 January 2010

Spageti Daging Burger

This week memang la sangat sibuk.. Sampai je rumah, on notebook balik.. sambil ngadap Cinta Balqis (dah terjebak... nak wat cam ner... :p) sambil sambung wat kerja.. dah start balik la kerja giler2 nih.. adehhh... fenatt sungguh... nak wat cam ner.. kebetulan sumer projek dah dekat2 delivery.. uhuhuu.. sabo je le.. yg penting?.. kita enjoy!!!

Disebabkan seronok buat kerja, nak berhenti memasak pun maleh.. walaupun perut dah lapar.. so pikir punya pikir dapat la idea nak masak spageti jek.. simple jek.. dekat2 azan maghrib tu, sebelom naik mengemas diri, ke dapur panaskan air dalam periuk.. saje wat api perlahan jek.. nanti abis solat sumer air dah mendidih.. buat dua bekas satu untuk spageti, satu lagi untuk daging burger..

Lately ni memang suker masak guna spiral pasta.. yang kecik2 kaler-kaler tu.. senang nak budget.. biasanya kira pakai cup beras tu jek.. banyak mana sukat beras, banyak tu ler sukatan untuk pasta..

Rebus pasta dan daging burger dalam bekas berlainan. Kalau tak mo rebus daging burger tu pun tak per.. kalo dah rebus dulu, kurangla sket minyak dan pewarna dalam daging tu.. pastu kalo goreng lepas direbus, tak perlu la goreng lama-lama.. daging burger lembut dan tak la kecut..

Secara ringkasnya cam ni ler:

  1. Potong kiub daging burger yang telah direbus
  2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan goreng burger tadi - sila kurangkan minyak untuk kesihatan anda :p
  3. Daging burger tak perlu digoreng lama, bila agak-agak kekuningan, masukkan bawang putih yang telah diketuk, goreng hingga agak kekuningan
  4. Bagi yang suka pedas, boleh hiriskan lada kering, rendam dan gorengkan bersama daging dan bawang putih
  5. Masukkan pasta yang telah direbus dan ditos
  6. Taburkan lada hitam dan lada sulah
  7. Tuang sedikit sos tomato dan sos cili (anggaran dua sudu setiap satu)
  8. Gaul rata dah dekat-dekat nak angkat, taburkan parmesan cheese.. biar cair sedikit dan hidang..
YUMMMYYYY.. macam nak masak lagi je esok.... :D