Pages

03 March 2013

Official crawler with tooth no 5

Rasa macam baru je post pasal ukasyah dah pandai merangkak.. Kali ni tiba giliran urwah pulak.. Kejap je rasa..
Jumaat petang tu masa amik urwah dari nursery, cikgu inform petang dia start meragam. Masa amik tu pun badan panas semacam. Malam, balik PUJ, bagi ubat demam yg KK bagi masa checkup 6 month ari tu. sejam sekali bangun.. Meragam.. Basahkan kepala, lap satu badan, tdo la balik kejap.. Tak sampai sejam, bangun lagi..macam tu la sampai ke pagi.. Start kul 3 urwah asyik muntah je.. Risau betul! Termometer tinggal umah KL.. Tak tingat betul nak bawak..
Kul 5 muntah kali ke 4, terus ajak kanda p klinik 24 hours.. Carik ATM sumer x de duit, tak bukak lg la pulak.. Dapat kuar duit kat petronas kinrara.. Tu pun dah kul 6. Lepas tu terus tuju klinik 24 hour kat PUJ ni.. Adeh.. Dah tak 24 hrs dh rupanya.. Dua2 klinik dah x 24 hours..
Tak subuh lagi, rasa2 badan urwah dah tak panas sgt. Air cond kete pun bukak kuat2.. Kanda kata p Dr Tan la terus.. Tp kul 9 nnt. Memang plan nk p jumpa dr tu pun sbb urwah start selsema balik..
Kul 9 p klinik, baca temperature 40.3!!! Maik aihh tinggi betul..
Lepas jumpa Dr, masuk ubat buntut, turun la 38.. Balik tu panas, sejuk, panas sejuk je la.. Baju pun tak pakai togel je terus.. Selimut sket2 kalau kaki tangan sejuk..
Gigi nombor lima nak kuar upanya.. Satu hari tak de mood.
Pagi ni, bangun terus sengih2 macam biasa.. Mummy terjaga, dia dah bangun dok main toys dah.. Dah ok la tu kot..
Bfast selera, ligat macam biasa.. Mulut pun riuh dah.. Alhamdulillah sihat la tu insyaAllah..
Lepas lunch, nap kejap.. Bangun good mood, main2 dan terus merangkak! Cubaan merangkak lama dah., tapi Ri ni baru nampak maju kedepan.. Tu pun merangkak ala-ala ketam.. :p