Pages

Showing posts with label None. Show all posts
Showing posts with label None. Show all posts

17 August 2012

Sayu


Sekejap je ukasyah dah setahun lebih.. Dah ada adik.. Sejak Urwah lahir, mummy tak boleh la nak tengok video2 ukasyah lama2 tanpa nangis.. Sadis kn? Giler emo.. Tak sabar nak tunggu rambut ukasyah panjang sket, nk buat cutting cute mcm dulu.. Balik dari hospital hari tu, daddy trus trim rambut ukasyah mcm askar.. Dah la mummy x jumpa ukasyah lama... Baru sejam dua jumpa semula, ukasyah dah lain.. :(

Hari pertama tu ukasyah macam boikot mummy.. Semua nk ngan daddy, atuk.. Kalo x, mummy la cinta hati dia.. Plus rambut dah lain.. Tu yang tersentuh hati bila tengok video ukasyah lama2.. Kesian sayang mummy..

Posted via Blogaway

14 August 2012

Urwah b. Azri



Salam, lama mummy tak update blog ya? Alhamdulillah second pregnancy (forth sebenarnya) pun tak de masalah sangat.. Semuanya  dipermudahkan Allah..

Tak de mabuk2, tak banyak mc, turun naik office 3rd floor ari2 pun ok je.. Cumanya bila masuk bulan ke-8, kaki dah start bengkak teruk.. Sakit belakang pun tak boleh nak tahan.. Dah hujung2 tu la Ukasyah mula nak manja lebih2.. Ada hari nak berdukung aje.. Kesian punya pasal, layan la jugak..

Pengalaman ngan ukasyah, minggu ke 38, bp naik mendadak.. Kali ni lg kerap monitor.. Minggu 37 dah start kerap reading naik.. Jumpa Dr Ju, Dr suh tunggu seminggu lagi..

2 ogos, app last, tengok2 dah bukak 3 cm dan pintu serviks pun Dr kata dah lembut.. Patut ler terasa sangat macam nak beranak.. Uhu.. Makanya, terus la beranak pada hari itu..

Momen beranak? Alhamdulillah, 9 lebih masuk labor room, Urwah lahir kul 2.44 ptg. Kali ni agak drama sket.. Ahaha.. Cubaan kedua meneran, sempat lagi cakap kat Dr, sedut je la Dr! Uhuhu..

Kali ni sakitnyer lain.. Tetiba je sakit sangat2.. Macam baby nak terkeluar je tiba2.. Padahal baru cek 7cm.. Baby dah crown.. Dr green light suh teran, apa lagi.. Berhempas pulas la ngan kanda disisi..

Alhamdulillah.. Kali ni x de vacumn okeh?? Bila Urwah keluar je, terus rasa 'wah!! Berjayanyer aku!!!' ehehe.. Camner la orang lain meneran ngan bavy beso2... Urwah 3.01 kg, ukasyah dulu 2.71 kg.. Harap2 yg third nnt jgn lah lebih lg.. Uhuhu..

Posted via Blogaway

29 February 2012

Demam


Mummy and ukasyah demam sama2.. Berat btul hati nk tinggalkn ukasyah time demam2 mcm tu.. Time dia meragam, sampai ada rasa macam nak resign aje.. Penat rasanye ikut mummy daddy kje on weekend kn? Tunggu daddy jadi jutawan, bleh la mummy dok umah.. InsyaAllah..

Posted via Blogaway

30 January 2012

Menggigit


Lmbt sket ukasyah bab ni.. Kalo budak2 lain biasa kita dgr pantang jumpa menda, sumer masuk mulut.. Ukasyah tak pulak.. Teether x laku jugak.  Br seminggu ni pandai suap biskut msuk mulut..

Posted via Blogaway

09 January 2012

Penggigit Tegar


Oh anak mummy dah ada empat batang gigi.. Dua bawah, dua atas... Mummy jugak yg menjadi sasaran.. Rasanyer budak tu saje je nak test kesabaran mummy dia.. Tahap gigitan disertai dengan mimik muka yang pelbagai.. Gigit manja sambil sengih menyeringai.. Kalo time dia geram, gigit sekuat ati.. Bila mummy menjerit, buat muka bersalah dan sedia nak kene marah... Melepek kat mummy, buat muka kesian.. Alahai anakanda... Tak jadi mummy nak marah..



Posted via Blogaway

13 December 2011

Rindu



Jauhnyer rasa nak sampai rumah... Tempoh ber'honey moon' ngan ukasyah habis dah.. I am no longer a wahm.. Sekarang sampai rumah dah pukul 8.. Solat, mandi2.. Bagi ukasyah makan, 9 lebih dah padam..

Mujur ukasyah bangun awal.. Kadang-kadang dengar azan je dia terus terjaga.. Kebiasaannya kul 6 lebih la.. Waktu pagi manja-manjakan sket.. Kelam kabut juga.. Tp kesian pulak tengok muka si bujang tu tersengih2 bangun tdo.. So far ukasyah bangun tdo dengan mood yang sangat baik.. Alhamdulillah..

Tak separuh perjalanan lagi ni.. Harap-harap bukit jalil tak jem la.. Tak sabar nk jumpa sayang mummy.. :)

Posted via Blogawayy

06 December 2011

The Great Planner


Cantik je susunan perjalanan hidup kitorg.. Since pregnantkan ukasyah, macam rezki yang Allah bagi.. Tak disangka-sangka..

Masa pregnant tiga bulan dapat rezki jaga mak.. Ukasyah lahir, dapat kerja kat rumah..lapan bulan stret dok mengulit si kecik tu..

Dalam tempoh pregant dan working at home, bnyk offer kerja yang datang. Bukan untuk saya sorang, kanda pun dapat jugak. Sayang sangat tak dapat terima offer2 yang sgt2 menggiurkan dek kerana komitmen menjaga orang tua. Tapi kitorg percaya, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.

Akhirnya lepas raya dapat lagi satu offer.. Dua2 dapat offer tempat kerja yg sama. Hati masih brbelah bahagi. Memandangkan keadaan mak yang makin uzur. Tapi memandangkan offer yang ni amat sukar untuk dilepaskan, kami pun terima..tawakkal je.

Tender sebulan... Serah tugas awal dua minggu memandangkan belen cuti masih berbaki 16 hari. Lepas aidiladha, ukasyah mula sekolah.. Cuti, kitorang berhabis2an mengemas rumah..

Hari ketiga ukasyah sekolah, mak pergi menyahut panggilan Illahi.. alhamdulillah.. Semua urusan dipermudahkan.. Kebetulan ukasyah dah kat nurseri, bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian tolong kanda uruskan jenazah mak.

Memandangkan dalam cuti panjang, tak kesah la nak balik bila-bila masa..

Balik sini sibuk mengemas barang-barang mak dan  pak. Sediakan bilik untuk pak pulak.. Lepas ni pak tidur dah tak berteman.. :(

Habis seminggu cuti...

Lagi seminggu? Next entry.. ;)

Posted via Blogaway

02 December 2011

He is a climber


Dah start panjat tangga dah budak nih!! Pagar tak cukup.. Dapat tutup pintu dapur je... Ala.. Bukan takat tangga, segala menda yang boleh dicapai sumer nak dipanjatnyer.. Katil tok yang ngam-ngam atas kepala pun ada hati nak panjat! Tangan dok capai railing katil, kepala mendongak melangit, aim tempat landing kononnyer.. kaki plak dok angkat macam boleh sampai je gayanyer... Uhuhu.. Kjap je cikenit tu dah lapan bulan!

Posted via Blogaway

14 November 2011

Kosong



Penghuninya telah tiada.. Al-fatihah untuk allahyarhamah Aminah binti Hasim... 12/11/2011 11:30am...

Posted via Blogaway

11 November 2011

My boring face



This is me while waiting for mummy, anjang and mak tam finishing their breakfast at mcD very early morning last saturday.. So boring kan?.. Pot pet pot pet, biler nak abis makan? Can't wait to see atuk n nenek kat kampung.. Daddy tak dapat ikut balik kampung tengok lembu tumbang sebab nak jaga tok yang makin uzur.. Syian tok..

Posted via Blogaway

10 November 2011

Baby Cubes

Yey!! Teruja sungguh! Asalnya plan nak beli Bunga Telur set from Tupperware. RM104.80 for 16 cute tupperware. Bila pikir-pikir balik, 16 bijik tupperware tu tak cukup la untuk simpan makanan ukasyah. Lagi pun tak berapa nak mampu kalo nak beli banyak.

Pastu teringat, browsing the net, ramai working mum prepare frozen food for their baby using ice cube tray. En. Google memperkenalkan Baby Cube ni. Browsing e-shop, mummy terjumpa offer menarik from a few websites. Paling menarik offer from Tiny Tapir. RM50 for three trays of 10 cubes each. 30 cubes total.

Semalam dah shopping segala mak nenek bahan untuk buat makanan ukasyah. This time shopping banyak jenis sket.. Ada sweet potato, Japanese sweet potato, carrot, labu, ubi, keledek.. (sweet potato tu keledek la kan?) .. Semalam dah buat sket, simpan dalam container lama.. container tak de brand. Container tu pun cute jugak. Each container cukup-cukup untuk sekali makan. Anggaran muat dalam 2oz makanan dia la.

First recipe mummy rebus Japanese sweet potato alone. Dah empuk, mummy tambah sket bubur nasi yang dah siap blend banyak-banyak sekali gus semalam. Pastu sejuk sket, blend lagi. Dapat simpan 8 cube = 8 oz. Lepas tu rebus labu ngan keledek, campur bubur nasi jugak. dapat 12 oz. Penuh dah dua tray. Last tray, penuhkan dengan carrot, ikan bilis, nasi dan daun saderi.

Ni pemandangan indah dalam fridge. Upper level khas untukmu anaknda. Kiri sekali, EBM... EBM untukUkasyah tinggal 20 botol lebih jek :( .. itu pun 2 oz je satu botol... Tengah-tengah tu belen makanan ukasyah dalam container lama. Dan kanan sekali, watak utama - baby cubes yang dah penuh dengan makanan ukasyah. Yey!! Lower level tu penuh ngan daging korban.

Tak tau la nak transfer masuk dalam bekas lain ke tak once makanan dia dah freeze. Tengok dulu la.. 30 cubes bleh dapat 15 feedings (Each feeding 2 oz).

Sekarang ni Ukasyah tak berapa nak makan nestum ngan biskut dia. Jadiknya sarapan pun bagi makan ni. So 15 feeding boleh untuk 5 hari. Mummy kerja 6 hari seminggu. Ok la tuh.. Mungkin tak transfer kot. Lagi pun nampak cute je kalo biar dalam bekas.

Next plan, nak carik steamer yang sesuai untuk memudahkan kerja. Sekarang ni boil. Next time kalo dah ada steamer, bleh steam skali harung. yey!! InsyaAllah.

Posted via Blogaway

09 November 2011

First day at nursery



Today is his first day at nursery. Nak buat cam ner... terpaksa.. dapatlah seven months bermanja ngan mummy daddy hari-hari.. Lepas ni back to normal WORKING life.. kesian.. tapi tak pe ler.. for first few days jek.. lepas ni pandailah dia berkawan.. kite tengok petang nanti macam mana.. hari ni half day je... lepas-lepas zohor nanti mummy amik ukasyah balik ek?.. Luv u...


UPDATE 6pm:
In pic - budak balik sekolah..
Mummy pickup Ukasyah around 1pm tadik. Bukak je gate, dengar suara yang cukup dikenali.. keh keh keh.. kesian.. tanya teacher dia, teacher kata terkejut dengar azan.. ye ler.. kat rumah dengar sayup-sayup je.. ni dapat nursery depan surau, mana tak terkejutnye.. :p

Tadik dah tidur kejap..

Yang terBEST ialah, in less than four hours he managed to finished up all 4oz EBM supplied.. dah la sebelum hantar tu dah topup kaw kaw punyer... sungguh tak sangka.. kat rumah sket punyer payah nak minum banyak. Takat 2 oz tu pun dah bersyukur sangat la kalo habis.

Next entry, mummy will story-mory about how mummy packing ukasyah needs for nursery.. for me - susah tau! macam nak bawak satu rumah.. keh keh keh..

Posted via Blogaway

04 November 2011

Berdiri


Mummy bz ngadap pc, ttba ukasyah berdiri sendiri kt sebelah.. Berdiri okeh?!!.. 5 second x pegang apa2.. Merangkak pun terkedek2 lg.. Ada hati nk berdiri sendiri.. ;p

Posted via Blogaway

02 November 2011

Duhai dunia


Menyesal pulak rasanya menonton buletin utama tv3. Kisah menyayat hati dua bayi malang sungguh sungguh terkesan di jiwa. Lebih-lebih lagi kisah pertama, kanak-kanak dua tahun cedera parah digilis dua kenderaan.

Berlaku di China, di tengah-tengah pasar dengan laluan kenderaan yang sempit. Kanak-kanak tersebut merayau sendirian di tepi jalan. Datang sebuah van dengan selamba menggilis kanak-kanak tersebut. Berhenti seketika. Paling tak disangka, tanpa rasa bersalah terus meggilis sekali lagi denga tayar belakang dan berlalu pergi. Meruntun-runtun jiwa tengok kanak-kanak sekecil itu menahan sakit sendirian. :(

Lagi satu kisah ibu muda sanggup merodok perut bayinyer sendiri.. speechless.. :(

Posted via Blogaway

27 October 2011

Demam lagi


Ukasyah is now seven months old. Sejak lahir, this is the third time dia demam. The first time masa tiga bulan. Teruk juga time tu since ukasyah batuk n selsema.

The second time, very mild fever. Demam nak tumbuh gigi. Panas sekejap je. Tak meragam sangat.. Sehari je pun.

Kali ni rasanya sebab nak tumbuh gigi lagi. Pastu pulak tengah ligat nak merangkak. Memanjat pun dah pandai. Kalau mummy daddy duduk sebelah je, terus panjat nak berdiri.

Paling suka kalo berdiri kat sofa, main langsir. Lagi suka kalo dapat notebook..

Kesian.. Demam kali ni meragam banyak. Dah besar pun ya. Pandai merengek2 dan pandai demand! Untunglah kamu anak, mummy mu ini bekerja di rumah.

Posted via Blogaway

22 October 2011

Kekuatanku


Zaman muda remaja dulu, macam2 masalah menimpa.. Siapa tak de masalah ye tak? Biasanya diri sendiri la yang menjadi penyebabnya.. Kerap  kali rasa sangat-sangat down sampai kadang-kadang dah tak tahu dah nak menempuh hari2 mendatang macam mana.. Menangis sepuas hati, simpan rasa sendiri.. Ye lah, takkan nak jaja masalah yang kita create sendiri kan? Terang-terang jalan depan mata.. Cumanya diri ni tak cukup tabah nak lari pergi jauh-jauh.. Saban hari berdoa padaNya "ya Allah, kurniakanku KEKUATAN".. Dan sungguh-sungguh tak disangka, 'kekuatanku' ada depan mata selama ini..

Sejak awal perkenalan, saya memang senang dengannya.. Bila mula  bercinta, baru tahu  AZRI maknanya KEKUATANKU... Thanks Allah... Dan saya seharunya mesti terus berdoa.. Semoga Engkau kurniakan kekuatan kepada kami berdua dalam menempuh ujian Mu ya Allah.... Amin...

Good night all!...

Posted via Blogaway

13 October 2011

Surprise surprise!!



Posted via Blogaway

08 October 2011

Gohed gostan


Ukasyah dah mula angkat-angkat bontot since semalam.. Dua tiga minggu ni dia makin rajin meniarap.. Semalam dia meniarap terus angkat tottot.. Muka sungguh gembira! Giler achievment la tu konon.. ;p

Ni ukasyah tdo dah.. Dinner kul 8 tadi.. Pastu main-main.. Kul 9.00 menyusu.. Tengok macam dah mengantuk sangat dah.. Tapi dok main gohead gostan lagi..

Angkat tottot kejap, sengih2.. Pastu terus pejam mata, tdo.. Kejap lagi bangun balik.. Pastu tdo... Macam tu la dia dekat setengah jam..

Tengok tok batuk, mummy tinggalkan dia kejap. Tengok-tengok dah gostan smpai bawah meja.. Tu pun benti sebab kepala dah sangkut.. Uhuhu..

Excited kot ari ni baru dpt skill baru.. Tu yg susah sangat nak tdo..



Posted via Blogaway

06 October 2011

My first tooth



See!! Gigi dh terkeluar sket dah.. Sikit sangat sebenarnya. Tak nampk pun dlm gambar.. ehehe.. tapi mummy terlebih xcited, post la jugak ek?.. ahaha..
Ukasyah start teething lama dah.. tapi perasan bengkak kat gusi tu dalam dua tiga minggu lepas.. cuma minggu ni dia terlebih menggigit pulak..

Lagi satu, vocab Ukasyah dah makin banyak dah.. dah start bunyik yang susah-susah pulak tuh.. dua hari lepas, Voooddd.. dok ulang vood tu je la.. semalam banyak main dengan huruf W, D, L.. Buat bunyi voood... wooodd.. doodaaa doodaaaa.. buuulaa... ahaha.. bukan daddy.. tp doodaa ya kawan-kawan.. :p makin meriah lah hidup mummy lepas ni..

Posted via Blogaway

01 October 2011

Makan2 @ d'village view, bangi


Saya sangat mengantuk.. Jadik saya updet esok hokehh?

Posted via Blogaway