Pages

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

12 September 2011

Nasi Goreng Cendawan



Hari ni breakfast nasi goreng cendawan. Nak resepi?.. ehehe.. lawak je.. sumer orang tau la cam ner nak masak nasi goreng.. tapi tak per.. kita share je.. :)

Bawang merah, bawang putih, cili padi blend kesemuanya.
Panaskan kuali dan tumis bahan blend.
Masukkan fish cake, fisha ball atau pun apa2 jua yang seangkatan dengannya.
Masukkan mix vege.
Masukkan cendawan yang dah disiat-siat.
Masukkan garam secukupnya.
Masukkan nasi dan sedikit air.
Buat lubang donut tengah-tengah kuali.
Pecah kan telur barang dua tiga biji ikut kesukaan, biarkan masak sedikit, gaul rata.
Goreng kasik lama sket..
Tabur black pepper, bawang goreng dan daun bawang, hidang..

Kesimpulannya, Nyum nyum!!.. :)

09 September 2011

Puding roti custard

Wah.. Berjaya jugak akhirnya...

Dah lama dah berangan nak buat puding roti custard nih.. hari ni baru berjaya.. Hari tu ayanda beli roti putih jumbo tu.. tapi disebabkan banyak makanan, tak laku la roti tuh.. makanya, nampak sangat lah telah sampai seru cubaan membuat puding roti custard.. yey!..

Sumber, biasalah best friend saya, en. Google.. :)

Bahan-bahan puding:
Fresh milk 500ml
Gula 4 Sudu Besar
Roti putih 10-14 keping
Planta 2 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telur 2 biji
Esen Vanila 1/2 sudu
Kismis
Secubit Garam

Cara-caranya
Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk
Blend bahan-bahan lain kecuali kismis hingga sebati
Tuang bahan blend ke dalam roti, tambah kismis dan gaul rata
Bakar dalam suhu 180°C, 30 minit.

*Saya gunakan microwave, without lid, masak dengan medium-high 20 minit, then high 5 minit nak bagi garing sket, dah masak baru tutup untuk elak kering sangat

Sos Custard
Fresh milk 500ml
Gula 4 sudu besar
Tepung custard 2 sudu besar
Secubit garam

Gaul sebati, letak atas api pelahan, gaul sentiasa supaya tak berketul..

Version saya, saya gunakan 3 sudu besar custard, so sos custard saya tak jadik sos, jadik puding jugak.. dah pekat likat, saya tuang dan ratakan atas puding.. tabur dan tekan-tekan sket belen kismis tadik..

Puding roti tu saya masak dalam caserol besar, so dia tak tinggi sangat, leper jek.. pastu saya kurangkan sket sukatan gula sebab kitorang memang tak suka sangat makan manis-manis.. gaul-gaul masuk microwave, tinggal.. senang je kan?..

Posted via Blogaway

08 August 2011

Ayam Masak Halia


Variasi ayam masak halia - tambah celery untuk menambah rasa..

Dah tiga hari entry ayam?... :p

05 August 2011

Ayam Masak Kicap


Ayam Masak Kicap..

Hari ni kanda request ayam masak kicap.. resepi tak yah la.. sumer orang tau nk masak cam ner.. :p disebabkan daun ketumbar masih berbaki, dan saya sangat suke rasanyer.. maka bertaburan la daun ketumbar sebagai hiasan hidangan dan penambah perisa.. (plus black pepper)

04 August 2011

Ayam Masak Sambal Tomato

Entahla.. main taram je nama masakan ni.. tak tau la kalau dah ada registered name.. :p

Ala.. sebenarnya ala-ala ayam masak merah.. tapi masak guna lada hidup.. sedap jugak hasilnyer.. ni resepi.

Ayam Masak Sambal Tomato

Ayam digoreng terlebih dahulu.

Blend lada hidup, bawang merah, bawang putih
Panaskan minyak dan tumis
Tambah gula
Bila sambal dah kering dan agak garing, masukkan secawan air
Masukkan tomato dan carrot yang dipotong wedges
Masukkan bawang besar dihiris kasar
Gaulkan ayam yang telah digoreng
Untuk menambah rasa, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng
Tambah garam secukup rasa

nyum nyum nyummm...

24 June 2011

Ayam Masak Ungkep


Banyak cara nak masak ayam ungkep.. tp ni yang paling simple la dapat dari my cousin...
Simple tp sedap jek.. :p

Ayam Masak Ungkep


Ayam
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 sudu minyak masak


Blend bahan-bahan di atas kecuali ayam dan minyak
Gaulkan ayam dengan garam dan gula secukupnya
Perap ayam dalam bahan yang telah dikisar (sifu kata lagi sedap perap sejam)
Panaskan minyak, dan masukkan ayam yang telah diperap tadik

*Kalo pakai m/wave masak medium-hi 20 minit
10 minit yang awal, masak dengan berpenutup, 10 minit selepas tu, balik2 dan buka penutupnya..

10 June 2011

Saya memang pandai masak

Giler kerek kenyataan di atas kan?.. kui kui kui...

Tak de ler.. sebenarnya saya nak cerita bakat terpendam memasak yang sebenarnya ada dalam diri semua orang.. bezanya selalu masak dengan tak selalu masak jek..

Alkisah, semasa zaman muda remaja, saya memang benci benci benci!!! memasak.. (memang giler benci la) Kalau ada event masak memasak, memang saya elak.. ekeke.. kadang-kadang terpaksa jugak menolong.. tapi hati rasa sungguh2 tak ikhlas.. kesian kan?. buat kerja sia-sia...

Kalau time-time kenduri, dekat-dekat nak raya, saya akan sanggup sibukkan diri mengemas rumah.. bergelumang dengan habuk segala.. turun naik tangga menukar langsir satu rumah.. tak kesah.. sumer boleh buat... asal dapat lari dari tugas memasak.. ehehehe... lagipun adik-adik sumer nyer pompuan dan diorang memang rajin tolong bonda kat dapur.. (betul-betul rajin ke terpaksa ker.. ntah ler.. )

Kemalasan memasak ni sehinggalah menunggu result SPM.. almaklumlah.. dari form one dok asrama, jarang-jarang la jumpa dapur.. ehehe.. (alasan!!..)  Masa tunggu result tu, punya lah bosan dok kat umah.. zaman tu mana ada sangat internet2 nih.. kalo nk chatting pun MIRC je yang ada.. jadiknyer aktiviti hari-hari tengok tv, channel 5 singapore... tu je yang paling menarik.. ASTRO pun tak de.. tengok bonda sibuk-sibuk berkebun, makanyer saya mula lah ke dapur... antara lauk yang saya belajar zaman tu, asam pedas, masak kicap, masak lemak, nasi goreng.... kira banyak la jugak belajar.. sket-sket dah mula minat..

Masuk universiti dok umah sewa, pun dah mula suka memasak.. tapinya saya tak baper suka memasak ramai-ramai.. kalo dah ada orang masak, saya tengok je la.. :D kalo tak de orang masak, saya masak la.. biasanya kerja saya masak sarapan lah.. pagi-pagi buta dah kelentang kelentung kat dapur.. :p

Habis belajar, dok menyewa dengan kawan-kawan.. macam-macam resepi saya  belajar.. tengok diorang terrer masak, rasa kagum plak.. sket-sket timbul la minat ngan aktiviti masak memasak nih..

Dah kawin, makin banyak masakan yang saya belajar.. dan sekarang.. rasanyer banyak jugak lah resepi yang saya invent sendiri.. (chewahhh perasan!!!) ala.. bukan apa.. main taram masuk-masuk segala bahan.. kanda kata sodap, esok lusa buat lagi.. ehehe..

Sebelum mak sakit, rumah saya memang selalu jadik tempat berkumpul adik beradik dan saudara mara.. sket-sket tu ada lah jamu masak-masak biasa.. ehehe.. ada orang kata saya ni pandai masak! wahhh... bangganyerr!!

Setelah kelahiran Ukasyah.. tugas masak memasak banyak jugak kanda yang buat... sejak saya berpantang sebulan di Pontian, makan minum kanda dan pak, kanda lah yang uruskan sendiri.. bila abis berpantang, wah!! kagumnyer.. tengok kanda sudah cekap di dapur.. macam-macam dah pandai masak..

Sekarang ni pun walaupun setelah saya mengambil alih semula tugasan di dapur sepenuhnya, sekali sekala ada jugak kanda take over.. terutamanya kalau Ukasyah meragam... tapi jarang-jarang.. biasanya kanda yang jaga Ukasyah, saya di dapur..

Kesimpulannya, dari pengalaman saya yang tak baper suker memasak pada asalnya nih, talent memasak sedia ada dalam diri masing-masing.. cumanya nak kene kuarkan ajer.. kalau dah kita dok mengadap bawang, lada, asam, garam, gula, kunyit dan halia hari-hari, kita akan faham chemistry dalam masakan.. chewahh!! tapi betul kan?.. sumer setuju kan?..

Kesimpulan bagi kesimpulan di atas, rajin-rajin la memasak, makin selalu kita memasak, makin terrer dan banggalah kita rasa.. Selamat memasak!..

14 March 2011

Bihun Sup

Bihun Sup

Slurppp... nampak sedap tak?.. ekeke.. saje je... Sabtu lepas buat mi sup.. hari ni teringat-ingat lagi dengan mi sup tu.. tapi stok mi  kuning dah tak ada.. tengok dalam cupboard ada bihun jek.. bleh la..

Mi sup hari tu buat sup fishball dan fishcake.. Kali ni buat sup ayam.. fishball n fishcake sumer dah abis.. masak sup simple je.. sempat la nak buat sarapan sebelum p kerja...

Kuah Sup
Tumis bawang putih, bawang merah yang dah dihiris halus
Bila kekuningan, masukkan fishball/fishcake atau ayam yang dah dipotong cube
Gaul rata, masukkan air
masukkan carrot, celery
tambah sayuran hijau sket
tambah garam, black pepper, and pepper
cube ayam nor sket, cube ikan bilis sket..
pecahkan telur dalam mangkuk, pukul ala kadar dan masukkan dalam sup, gaulkan

Celur Mi/Bihun
Sementara sup mendidih, celur mi dalam air panas
Disebabkan saya sangat sensitif dengan rasa kapur (saya panggil rasa matahari.. tak tau naper... tp mcm sesuai ajer.. :p) mi/bihun saya bilas beberapa kali, celur dan bilas semula, toskan

Menghidang
Ambil mi/bihun sekadar diperlukan
Tuangkan kuah sup panas-panas
Kalau tak habis boleh disimpan, petang-petang panaskan balik dan campur mi/bihun selebihnya
Nak lagi sedap, pecahkan telur lagi untuk setiap hidangan.. slurppp...

31 December 2010

Kek Teh

Dah lama dah dapat resipi ni.. tapi tak pernah cuba.. tengok demo live pernah la.. memang senang.. sekejap je kalau nak buat.. Dah beberapa kali dah pun resepi ni hilang.. kali ni sebelum hilang lagi, mari kita post di sini.. :)

Kek Teh


8 oz mentega
8 oz gula halus
8 oz tepung gandum
2 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 kotak kismis
1/2 cawan air teh

Cara-caranya:

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama
  2. Hiris dan rendam kismis dalam air teh
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji-sebiji
  5. Masukkan air teh dan tepung sedikit demi sedikit
  6. Masuk dalam acuan dan bakar
*Kalau ikut google, 8oz bersamaan dengan 1 cawan.. guna sukatan cawan lagi senang kan?.. selamat mencuba!

25 October 2010

Roti Jala dan Kari Ayam

Dari minggu pertama mak dok sini, kanda dah mintak mak buat Roti 'Soghai' atau Roti Jala dalam bahasa standardnya.. Setelah tertangguh beberapa kali, sabtu malam ahad cakap kat mak, "esok, insyaAllah kita buat roti soghai.. " mak excited sungguh.. bertanya berkali-kali untuk pastikan semua bahan dah ada..

Semalam, pagi-pagi lagi mak dah ready kat dapur.. sangat excited nak mula memasak.. kitorang baru lepas solat subuh, dengar kat dapur dah bunyi kelentung kelentang.. berlari lah saya turun tengok apa yang mak tengah buat..

Bukan apa... Tangan kaki mak memang dah tak kuat dah.. nak angkat pinggan mangkuk pun tak berapa nak nak larat.. apatah lagi periuk dan kuali saya kat dapur tu.. sumer nyer jenis yang berat-berat.. bila saya turun, kesian tengok mak cuba nak angkat kuali tu beberapa kali tapi tak terdaya.. hanya penutup kuali yang diangkat-letak berulang kali..

Kanda teman mak siapkan roti jala sementara saya siapkan kari ayam.. selesai kari ayam, saya take over task 'menjala'.. :p

3 keping roti jala dan seketul kepak ayam
dengan kuah kari yang overloaded!
(Khas untuk menggiurkan anda! :p)
Banyak jugak dapat.. tapi lupa nak kira.. tepung gandum tu dekat sekilo jugak habis.. makanya, pagi, tengah hari dan makan petang, saya melantak roti jala ajer! memang favourite saya!! orang lain makan 3-4 keping dah boleh berhenti dah.. saya?.. maunyer 10-15 keping baru bleh benti! ahaha... buruk lantak!.. :p

Nak buat roti jala ni senang aje.. dah biasa tengok bonda pontian buat.. tapi tak pernah cuba sendiri.. ingatkan susah sangat.. resepi ni dapat dari mak.. nak bagi sukatan, tak geti la plak.. tapi agak-agak la.. :)

Bahan-Bahan
Tepung Gandum
Garam
Serbuk Kunyit (sebagai pewarna kuning)
Air
Telur Sebiji

Untuk pastikan campuran bahan di atas tak berketul-ketul, blend je sumer bahan2 tersebut dengan blender.. pastikan campuran bahan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.. Pastu bolehlah 'dijala' atas kuali leper... Bila dah masak, angkat dan gulung...

Dan untuk kari ayam, ehehe... semestinya pes kari ayam segera mak nyonya!!

Selamat mencuba!

20 October 2010

Jemput-jemput nasi

Ni menu sarapan hari ni dan semalam sebenarnya.. Memandangkan nasi lebih tak cukup untuk digoreng, dan saya memang tak suka simpan nasi lama-lama, makanya jadiklah jemput-jemput nasi..

Senang ajer.. campur je semua bahan berikut, gaul rata dan jemput-jemput kan ke dalam minyak panas.. taraa.. siap...

oh bahan2nya:

  1. tepung gandum
  2. nasi lebih semalam :p
  3. garam secukup rasa
  4. hirisan bawang besar
  5. bawang putih yang dicincang
  6. sebiji telur
  7. ikan bilis
  8. sedikit pepper
  9. sedikit black pepper
  10. daun sup/daun bawang
  11. carrot yang dipotong dadu
  12. air secukupnya - pastikan tidak terlalu cair, dan tidak terlalu pekat


18 October 2010

Maggie Goreng Pepper

Ini masakan sarapan pagi tadi... kalau dah ter repeat post, sorry ek?.. :)

Sebenarnya saya pun tak pasti apa nama jenis mi ni.. biasa panggil 'maggie leper' jek.. :p setelah di google, ramai yang panggil mi ni sebagai mi sanggul.. tapi rasanya mi sanggul tu yang macam sanggul kan?... yang ni tak macam sanggul pun?... jadiknya saya gunakan nama maggie leper je la.. :p

Maggie Goreng Pepper

Rebus 3 keping maggie terlebih dahulu.
Dah lembut, toskan.

Panaskan kuali
Tumis kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan cengkih
Bila wangi, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dikisar/dihiris halus
Masukkan hirisan lada merah
Masukkan garam, 1 sudu serbuk lada sulah dan 1/2 sudu serbuk lada hitam - kalau suka pedas, letak banyak lagi.. ni pun dah pedas sebenarnya
Masukkan carrot yang dipotong cube (mix vege pun ok)
Masukkan maggie yang dah direbus dan ditos
Gaul rata
Pecahkan sebiji telur, gaul rata
Masukkan 1 sudu sos tiram (dan sedikit air, jika terlalu kering)
Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun sup

Yang ni sesuai untuk hidangan empat orang... Mak mertua, tambah berpinggan2.. maknanyer sedap lah tuh!!... blink blink... :p

14 October 2010

Tahu Goreng Bawang Putih

Lama tak tulis resepi.. ni kira resepi jugak lah.. :p
Sangat simple tapi sangat sedap...
Try lah.. sedap dimakan panas-panas...

Goreng tahu macam biasa, potong kepada empat bahagian
Goreng bawang putih yang telah dicincang hingga kekuningan (2 ulas bawang putih cukup untuk 3 keping tahu)
Tabur bawang putih dan tuangkan kicap

Siap!!


09 September 2010

Ketupat Palas

Oh hari ini saya telah diberi kepercayaan untuk menyediakan ketupat palas oleh bonda SP.. ihihi.. bangganyer rasa..

Tahun lepas2 mmg dah pernah buat.. tp x seconfident tahun nih.. yang dlu2 tu asyik silap pusing jek.. mak pulak semenjak kene ragut hari tu asyik letih je tengok.. kesian.. jadik saya telah take over tugas membalut ketupat palas.. kanda dok tepi, uruskan daun palas...

Kene blog step by step untuk buat ketupat ni, nanti tahun-tahun depan nak kene buat lagi senang... insyaAllah :)

Daun palas yang sedia untuk diketupatkan.. Daun palas dipilih dan dikembangkan. Kumpul 5-5 kemudian disimpul  supaya daun lembut dan mudah diketupatkan...
Pulut separa masak dengan santan
Tangan tua mak.. tunjuk ajar cara-cara buat ketupat palas.. masa ni pun mak dah nampak letih sangat...
Lipat daun palas supaya menjadi segi tiga
Masukkan pulut sepadat-padatnya
Lipat bahagian segi tiga yang telah diisi pulut ke bawah
Ni part yang agak tricky... Terbalikkan ketupat tadi (tukar dari tangan kanan ke tangan kiri), pusingkan lebihan daun sekali lagi, pastikan lebihan daun pada sisi segi yang atas.. (saya selalu tersilap tang ni, terlipat pada sisi bawah.. mak kata nanti jadik ketupat betina.. :p)
Lipat lebihan daun, jadikkan gelung seperti di atas, masukkan bucu segi ke dalam gelungan yang terbentuk
Tarik lebihan daun kuat-kuat, pastikan ketupat betul-betul kejap
Simpul matikan lebihan daun.. pastikan ikatan kemas dan ketat
Ketupat yang siap diabungkus.. Lepas ni bolehlah dikukus...
Oh sorry ya!!.. bile tengok balik dalam album, tak de plak gambar ketupat yang dah sedia untuk dimakan.. almaklumlah.. bila ketupat dan rendang bonda sedia terhidang... kitorang pun apa lagi?.. tak bley tahan!! ngappp!! tak hingat apa dah.. :p

07 September 2010

Sirap Bandung Bubble Bubble

Ehehe.. sirap bandung biasa jek... :p original style... resepi dari abang yg ada diploma pandai masak :p
Sukatan, pandai-pandai lah ek?.. :p

Sirap, soda, susu cair dan ais.. TANPA AIR!!

Masuk sirap dalam ais, tambah soda, godak dan godak dan godak giler2.. :p

Dah dekat2 nak minum, tambah susu.. yummiee!!...

Sup Ikan Merah

Oh! Akhirnya dapat jugak sup ikan merah ni.. dah teringat-ingat dari minggu lepas lagi... tapi tak sempat-sempat nak ke pasar.. tengok ikan merah kat Giant kurang menarik.. Semalam, balik kerja singgah ke pasar.. Beli kepala ikan merah, tepat-tepat sekilo.. RM18.. kedai sebelah-sebelah ada jugak RM16 sekilo.. tapi tak berapa menarik, kata kanda, si tukang pilih ikan.. :)

Senang aje buat sup ikan ni.. pakai sup bunjut adabi khas untuk ikan.. resepi, ikut belakang paket sup bunjut tu.. Resepi bawah ni saje je bg preview... :)

Sup Ikan Merah
Ikan merah dibasuh bersih dan di rendam dalam tepung dan asam jawa untuk menghilangkan hanyir ikan, kemudian dibilas bersih

Panaskan periuk
Tumis halia, bawang putih dan merah yang telah dikisar
Masukkan bahan2 diluar sup bunjut adabi
Masukkan air
Bila mendidih, masukkan ikan, garam dan serai yang telah diketuk
Bila ikan dah masak, masukkan tomato, dan tutup api

Kepala ikan tersembunyi plak bawah daun-daun bawang tu... :)

Sepotong isi, goreng garing-garing.. sebenarnya ikan merah goreng garing pun dah lama tingin.. ihihi.. kiranya semalam dapat dua-dua la terus.. sedapnyer makan panas-panas...

Sayur? kanda request kangkung goreng jek.. Alhamdulillah kenyang sudah...

Ada miss tiga hari posting di bulan Ramadhan ni.. Summary: Ahad, nasi beriani kambing, Sabtu... oh makan beramai-ramai.. abang datang rumah, jamu sup ayam dan buat spageti bolognaise biasa.. jumaat?... oh ayam goreng je.. sekian... :)

03 September 2010

Lamb Chop

Semalam: Kambing jusco, sos blackpepper life, fries and coleslaw KFC :)
Asalnya nak buat kentang italian herb.. tapi hari tu baru buat.. lagi pun teringat2 nak makan fries.. :)


Sebenarnya terliur tengok kakak ipar nyer menu iftar dua hari lepas... beef steak n spageti :p
Oh! ha ah ek.. tahun ni tak buat spageti lagi kan?... next time insyaAllah...

01 September 2010

Rempah Lima

Ni ler rupa rempah lima atau five spice yang hari tu guna untuk buat kuah Yong Tau Foo.. carik je kat Giant.. insyaAllah jumpa...


31 August 2010

Mood SANGAT Rajin Memasak

Hari ini cuti sempena sambutan Merdeka yang ke-53.. Alhamdulillah... semoga Allah memberkati dan pelihara kesejahteraan negara kita..

Okeh... memandangkan banyak masa kat umah, kul 3 petang dah ready dah buat puding.. dekat-dekat zohor tadik dapat lelap sekejap.. lega.... :)

Puding Custard Jagung
1 cawan tepung custard (kalau nak buat banyak, nisbah tepung custard dan air ialah 1 tepung: 4 air)
4 cawan air
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar gula
1 tin jagung (cream style)
secubit garam

Gaul rata air dan tepung custard dalam kuali
Hidupkan api sederhana kecil
Jangan berhenti menggodak untuk elak custard dari berketul-ketul
Masukkan susu cair
Masukkan gula dan garam
Bila custard dah betul-betul pekat, masukkan jagung
Gaul rata dan matikan api
Masukkan dalam acuan dan sejukkan

Tips: kalau buat banyak-banyak dan takut puding lembik sangat, boleh tambah sedikit serbuk agar-agar (digaul rata dengan air).. tapi kalo ikut sukatan bahan di atas, sedang elok aje pudingnya tak perlu agar-agar...

Koktel Buah-buahan
1 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung custard (gaul rata dalam air)
1 tin koktel buah-buahan - favourite saya Ayam Brand, sirapnya tak manis sangat
secubit garam

Panaskan periuk dengan api perlahan
Masukkan air dan gula
Bila air gula telah mendidih, masukkan susu cair - jangan berhenti menggodak, nanti susu pecah tak lawa
Bila campuran susu dah mendidih, masukkan campuran tepung custard, koktel buah-buahan dan garam
Panaskan seketika, kemudian sejukkan

Ayam Masak Kicap Sempoi
Gaul ayam, kunyit, garam dan goreng, ketepikan
Tinggalkan minyak sesudu besar dalam kuali
Masukkan bawang besar potong wedges
Masukkan lada merah/hijau
Bila dah layu, masukkan kicap, soso tomato dan cili
Masukkan ayam dan sedikit gula, gaul rata
Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air
Siap dihidang

Sambal Telur
Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering (direbus dan ditos), sedikit belacan, serbuk kunyit
Panaskan api, tumis bahan yang dah dikisar tadi
Masukkan dua sudu besar gula dan tumis sehingga kering (naik minyak)
Masukkan air asam jawa dan garam
Bila kuah dah mendidih, perlahankan api supaya telur tak berkerak
Pecahkan telur sebiji-sebiji
Masukkan hirisan bawang besar
Tutup kuali supaya telur masak sekata
Sedia dihidang - tuang kicap untuk menambah rasa manis

Sayur Campur
Goreng ikan bilis
Masukkan bawang putih, bawang merah, lada
Masukkan bunga kobis, tambah sedikit air, sos tiram dan sos stok ayam Masak hingga buga kobis empuk
Bila dah agak empuk, masukkan brokoli
Brokoli dah agak layu, masukkan tomato dan padamkan api
Sedia dihidang

Selesai masak puding, rehat sekejap, masuk dapur semula siapkan bahan-bahan nak masak nanti.. lepas tu rehat lagi.. pukul 6 masuk dapur balik, goreng ayam.. kanda masuk dapur, tegur "aikk?? awalnyer?".. maka berhenti masak dan rehat lagi tengok tv ngan kanda.. pukul 6.45 baru sambung masak.. ahaha.. baru la syok.. hidang panas-panas.. :)

30 August 2010

Nasi Tomato dan Ayam Masak Madu

Petang ini kita masak nasi tomato dan ayam masak madu ya?.. slurpp.. sedapnyerr... bukan ayam goreng madu tau.. ni ayam madu yang berkuah... Esok kita updet gambar.. insyaAllah... :)

Nasi Tomato

Basuh beras dan toskan
Panaskan planta dalam rice cooker
Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta bawang putih
Masukkan beras dalam periuk
Tambah tomato puree
Tambah stok ayam pekat
Tambah air secukupnya

Ayam Masak Madu

Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam
Goreng dan ketepikan
Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga
Masukkan bahan kisar (bawang putih, merah dan sedikit halia)
Masukkan tomato puree, cili boh dan hirisan bawang besar
Goreng hingga naik minyak
Tambah madu, garam dan gula secukup rasa
Tambah sedikit air
Gaulkan ayam yang telah digoreng tadi
Sedia untuk dihidang

Salad Telur
Telur rebus
Salad
Sos thousand island
Mayonis
Sos tomato

Update 31/8/2010 - oh! saya masukkan kacang pis dalam nasi dan ayam!.. chantekkk... :)