Hari ini cuti sempena sambutan Merdeka yang ke-53.. Alhamdulillah... semoga Allah memberkati dan pelihara kesejahteraan negara kita..
Okeh... memandangkan banyak masa kat umah, kul 3 petang dah ready dah buat puding.. dekat-dekat zohor tadik dapat lelap sekejap.. lega.... :)
Puding Custard Jagung
1 cawan tepung custard (kalau nak buat banyak, nisbah tepung custard dan air ialah 1 tepung: 4 air)
4 cawan air
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar gula
1 tin jagung (cream style)
secubit garam
Gaul rata air dan tepung custard dalam kuali
Hidupkan api sederhana kecil
Jangan berhenti menggodak untuk elak custard dari berketul-ketul
Masukkan susu cair
Masukkan gula dan garam
Bila custard dah betul-betul pekat, masukkan jagung
Gaul rata dan matikan api
Masukkan dalam acuan dan sejukkan
Tips: kalau buat banyak-banyak dan takut puding lembik sangat, boleh tambah sedikit serbuk agar-agar (digaul rata dengan air).. tapi kalo ikut sukatan bahan di atas, sedang elok aje pudingnya tak perlu agar-agar...
Koktel Buah-buahan
1 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung custard (gaul rata dalam air)
1 tin koktel buah-buahan - favourite saya Ayam Brand, sirapnya tak manis sangat
secubit garam
Panaskan periuk dengan api perlahan
Masukkan air dan gula
Bila air gula telah mendidih, masukkan susu cair - jangan berhenti menggodak, nanti susu pecah tak lawa
Bila campuran susu dah mendidih, masukkan campuran tepung custard, koktel buah-buahan dan garam
Panaskan seketika, kemudian sejukkan
Ayam Masak Kicap Sempoi
Gaul ayam, kunyit, garam dan goreng, ketepikan
Tinggalkan minyak sesudu besar dalam kuali
Masukkan bawang besar potong wedges
Masukkan lada merah/hijau
Bila dah layu, masukkan kicap, soso tomato dan cili
Masukkan ayam dan sedikit gula, gaul rata
Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air
Siap dihidang
Sambal Telur
Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering (direbus dan ditos), sedikit belacan, serbuk kunyit
Panaskan api, tumis bahan yang dah dikisar tadi
Masukkan dua sudu besar gula dan tumis sehingga kering (naik minyak)
Masukkan air asam jawa dan garam
Bila kuah dah mendidih, perlahankan api supaya telur tak berkerak
Pecahkan telur sebiji-sebiji
Masukkan hirisan bawang besar
Tutup kuali supaya telur masak sekata
Sedia dihidang - tuang kicap untuk menambah rasa manis
Sayur Campur
Goreng ikan bilis
Masukkan bawang putih, bawang merah, lada
Masukkan bunga kobis, tambah sedikit air, sos tiram dan sos stok ayam Masak hingga buga kobis empuk
Bila dah agak empuk, masukkan brokoli
Brokoli dah agak layu, masukkan tomato dan padamkan api
Sedia dihidang
Selesai masak puding, rehat sekejap, masuk dapur semula siapkan bahan-bahan nak masak nanti.. lepas tu rehat lagi.. pukul 6 masuk dapur balik, goreng ayam.. kanda masuk dapur, tegur "aikk?? awalnyer?".. maka berhenti masak dan rehat lagi tengok tv ngan kanda.. pukul 6.45 baru sambung masak.. ahaha.. baru la syok.. hidang panas-panas.. :)
31 August 2010
30 August 2010
Nasi Tomato dan Ayam Masak Madu
Petang ini kita masak nasi tomato dan ayam masak madu ya?.. slurpp.. sedapnyerr... bukan ayam goreng madu tau.. ni ayam madu yang berkuah... Esok kita updet gambar.. insyaAllah... :)
Nasi Tomato
Basuh beras dan toskan
Panaskan planta dalam rice cooker
Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta bawang putih
Masukkan beras dalam periuk
Tambah tomato puree
Tambah stok ayam pekat
Tambah air secukupnya
Ayam Masak Madu
Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam
Goreng dan ketepikan
Tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga
Masukkan bahan kisar (bawang putih, merah dan sedikit halia)
Masukkan tomato puree, cili boh dan hirisan bawang besar
Goreng hingga naik minyak
Tambah madu, garam dan gula secukup rasa
Tambah sedikit air
Gaulkan ayam yang telah digoreng tadi
Sedia untuk dihidang
Salad Telur
Telur rebus
Salad
Sos thousand island
Mayonis
Sos tomato
Update 31/8/2010 - oh! saya masukkan kacang pis dalam nasi dan ayam!.. chantekkk... :)

Ditulis oleh
faraazri
pada
8/30/2010 04:54:00 pm
Bersabarlah!
Balik dari Pontian hari Ahad hari tu naik kete adik.. kitorang berdua rehat je kat belakang.. sampai kat seremban kalau tak silap, kitorang kene himpit ngan unser merah baru masuk dari susur seremban tu.. kalau tak silap susur seremban.. gile gelojoh mamat tu bawak kereta.. memang merbahaya.. apa lagi.. kene hon la dengan member.. itu ajer..
Tapi yang sungguh mengejutkan, dia trus bawak slow, kitorang potong, dan dia mula merenung buat muka tak puas hati.. mamat melayu ngan wifenyer dalam kerete... mungkin sebab driver kereta kitorang seorang perempuan kot.. dia follow kitorang dari belakang, hon-hon dan angkat lampu.. apa punya orang lah agaknyer.. pastu memotong kitorang, himpit kete kitorang dari kanan.. kereta memang tengah banyak... apa2hal memang ramai saksi!... apa ntah pekdahnyer dia tunjuk baran dia tuh..
Kitoran bengangla.. sumer angkat tangan.. bagi isyarat 'Aparaa! tu pun nak kecoh'.. dia trus potong kat depan, masuk kiri.. dan bawak slow-slow tunggu kitorang... eh! dia turunkan tingkap dia la.. tengok-tengok dia kuarkan tangan yang tengah pegang besi panjang dan ready dan baling kat kete kitorang.. dia bawak slow-slow kat line kiri.. nak tak nak, my sister kene takeover dia jugak.. highway tiga lane, kitorang kat tengah.. kereta memang tengah banyak...
Bila berselesih aja, dia dah ready angkat besi panjang tu.. cuak jugak.. kalo dia baling besi tu, mau pecah cermin kete.. tapi kereta memang tengah banyak.. dengan pantasnyer saya angkat tepon.. tak sempat nk tekan apa2 pun.. tapi buat2 gaya tengah amik video.. :p mujur terfikir.. ihihi.. berlakon aja.. tapi kalo dapat amik betul2 lagi bagus.. dah la orang ramai, tak malu agaknyer dia tunjuk baran dia.. tengah-tengah highway tu... tapi my sister lagi sorang dapat la amik still picture..
Mungkin dia perasan saya angkat tepon, rakam aksi dia, dia terus slow down, dan tertinggal jauh.. mungkin wife dia nasihat suh dia bersabar kot.. ingat abis dah.. tetiba datang lagi.. kitorang memang maintain 90kmph jek.. sebab dah dekat susur kajang.. bila selisih kat sebelah, dia slow down dan entah apa dia buat kitorang sumer tak tau.. tp dah tak de la besi panjang tu lagi.. sumer tak mo layan dah orang perangai cam tuh... tak de saper pun pandang... dia take over kitorang, dok sebelah kiri slow down, dan kitorang take over dia.. dan dia masih cuba nak 'berkomunikasi'.. tapi kitorang wat dek jek.. lepas tu tak jumpa dah...
Kesian kan?.. tak de saper nak layan... :p
Untuk mamat tu Selamat Berbuka Puasa! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna... :)

8/30/2010 03:59:00 pm
29 August 2010
Ayam Percik Cekor
Balik kampung sempena nuzul quran... Me request botok-botok dari bonda.. adinda yang sorang tu pulak teringin makan 'ayam masak kuah putih pekat dengan daun cekor'... ahaha ntah apa nama dia bagi... mujur bonda faham... bonda plak cakap namanya 'Pecel Ayam' (jawa pronunciation ek!)... tapi biler dah selesai masak, rupanya seperti ayam percik, tapi ada elemen daun cekor di situ.. :p
Maka, saya bagi nama 'Ayam Percik Cekor'... sebab google 'pecel ayam' sumer dapat ayam penyet nyer resepi... tak pe ler.. cuba dulu baru tau!.. Ni bonda n adinda yang masak... Resepi updated kemudian ek... :) yang pastinya, memang sodap...
Update 31/8/2010 - dah dapat resepi dari my sister...
Bahan-bahan:
Ayam
Santan pekat
5-6 ulas bawang putih
biji chekor (~12-15 kalau yang saiz kecik)
cili padi ~7btg
bawang besar 1 biji
daun chekor hiris halus
Cara-caranya
Ayam gaul dengan kunyit+garam. Bakar/goreng ikut suke
Blend biji chekor + bawang putih + cili padi. Tumis
Masukkan santan pekat. Gaul2.
Masukkan bawang besar yang dh dihiris. Gaul2.
Masukkan daging. Gaul2 sampai agak2 dah sebati.
Tutup api
Masukkan daun chekor.
Call ija ajak makan skali <-- saper yg nk masak nih?... :p

8/29/2010 07:01:00 am
27 August 2010
Mabuk agak teruk
Oh.. kali ini agak teruk jugak mabuknya.. tapi yang best... mabuk saya hanya bermula selepas waktu asar.. :) so pagi2 pergi office macam biasa.. masih tiada siapa yang perasan.. ihihi...
Tapi bila habis waktu kerja, pelbagai rasa timbul.. :p muntah-muntah hanya terjadi lepas maghrib.. tapi setakat ni baru dua kali muntah teruk.. yang lain-lain hanya 'muntah kecil' aje.. :p
Especially lepas pukul 9.. memang tahap OFF.. itupun hebat la kalo dapat bertahan sampai kul 9 - 9.30 malam... makanyer dengan rasminya saya tidak dapat ikut kanda ikut solat tarawikh di masjid tahun ini.... :(

8/27/2010 03:29:00 pm
26 August 2010
Anak Kucing Tinggal Dua
Kanda dah bagi nama, sekor Belang, sebab badan berbelang-belang.. sekor lagi nama nyer Salam... :p ehehe.. sebab pandai main salam-salam... ahaha... ada orang rajin layan... cuma si Salam tu je yang jinak sket.. si Belang masih perangai giler penakut.. Mama Meow pun dah ok.. siap masuk baring-baring kat dapur lagi..
Oh! Musim menjahit ni asyik tingat kat Cibu ajer.. mana tak nyer.. setiap kali saya sibuk menjahit, sibuk la dia panjat dok celah-celah belakang mesin jahit.. bukan nyer dia kesah mesin jahit tu bergegar terlompat-lompat... (mesin oldies, gegaran terlampau!) Biasanya gulungan getah, pengeras pinggang saya simpan dalam tupperware plastik yg beso tu... hujungnya terjulur keluar.. kalo nk pakai, tarik aje... nnt kuarlah bunyi zreeetttt... masa tu la cibu akan jadik mak kepoh.. mula-mula bleh je tdo belakang mesin yg bunyik macam driller dinding tu, bila kuar je bunyi zreeet tu, trus dia terjaga carik mana datangnyer bunyi tu...
Kadang-kadang memang saje penuhkan belakang mesin tempat dia selalu lepak tu.. nanti dia 'mintak' tarikkan kusi suh letak sebelah... caranya diri kat sebelah sambil mengiau.. bila kusi dah diangkat, letak kat sebelah trus dia panjat dan buat hal sendiri... grooming, tengok ikan dalam akuarium.. termenung.. kadang2 terus tdo... saje je nak ada teman.. bukan boleh dok sorang2 budak tu.... oh cibu.. rindunyer... skang ni tak de saper dah nak meneman saya menjahit... :(
Citer cibu plak yang panjang......

8/26/2010 07:45:00 am
24 August 2010
Nasi Ayam Goreng Telur
Nasi ayam semalam ada belen lagi..
Untuk sahur pagi tadik, goreng je nasi ayam tu ngan telur
Niat asal nak masukkan baki paha ayam yang tak abis semalam,
tengok-tengok sudah licin daa... kanda sapu... :p
Goreng sosej lah jadik lauk!
dah masak, tabur ngan daun bawang dan bawang goreng..
tu pun sedappp...

8/24/2010 07:17:00 am
Nasi Ayam Sedap Giler
Oh sedapnyer nasi ayam semalam...
balik kerja, singgah jusco beli segala bahan... chicken whole leg sorang satu, salad, timun, tomato... carik-carik minyak bijan, tak jumpa plak.. adehhh baru ingat nak ikut resepi Uder bagi.. tak apa lah.. nanti pandai-pandai la.. Resepi kat bawah ni resepi ikut sukahati.. ala.. nasi ayam saper2 pun boleh buat.. :) senang je.. cuma lain tukang masak, lain caranya.. ini cara saya:
Sedia Air Rebusan Ayam
Sukat air dalam periuk - ikut sukatan diperlukan untuk masak nasi nnt dan lebihkan sedikit untuk buat sup kosong.
Masukkan halia yang dihiris kasar
Tambah garam secukup rasa
Tambah setengah sudu kecil kicap manis
Rebus ayam sehingga empuk
Bila ayam dah empuk, angkat dan toskan
Nasi Ayam
Basuh beras dan toskan
Panaskan periuk nasi
Tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk dengan planta - kurangkan planta/minyak sebab air rebusan ayam tu dah berminyak
(optional - tumis rempah sup spt kulit kayu manis, cengkih, pelaga, dan bunga lawang)
Masukkan beras dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras
Tambah garam secukupnya
Tambah sesudu besar sos pekat stok ayam
Masak macam biasa
Ayam Goreng
Ayam yang telah empuk direbus dilumur dengan kicap
Celur dalam minyak panas selama 5 minit - tak perlu goreng lama sebab ayam dan masak
Sambal Merah
(Untuk 2 orang)
Kisar 2 biji lada merah (dibuang biji) dengan 1 ulas bawang putih
Tambah sedikit sos cili dan sos tomato
Tambah sedikit air
Panaskan atas api bersama dua titik cuka
Sambal Kicap
Cili padi dan bawang putih disangai - goreng tanpa minyak
Campurkan kicap
Untuk nasi ayam, campurkan sedikit air masak
Salad
Susun salad, hirisan timun dan hirisan tomato dalam pinggan
Tuang sos thousand island dan sos tomato
Sup Kosong
Panaskan lebihan air rebusan ayam tadi
Tambah sedikit lada sulah dan lada hitam serta garam
Hidang dengan taburan bawang dan daun sup
Siap!! Uishh terbayang2 plak.. rasa macam nk masak lagi.. :)
Tapi... gambarnya tak ada.. sebab lepas masak, flat giler.. sebab termasak awal sangat... ingat dah kul 7.. rupa2nya baru kul 6.30... lepakkk....

8/24/2010 07:15:00 am
23 August 2010
Ayam Masak Halia dan Kubis Goreng Udang
Jumaat hari tu berbuka ayam masak halia, kubis goreng udang dan tauhu goreng cecah sambal kicap.. Resepi ayam masak halia dah post kat sini.. Saje nk tunjuk gambar.. simpan buat diari masakan.. :p Nanti ada bukti saya selalu masak! ahaha..
Sebenarnya tengah mencari-cari resepi untuk hari ni... fridge pun dah kosong tu.. tak de stok.. weekend ari tu tak sempat shopping.. sabtu sibuk dengan shopping raya ngan adik-adik... shopping utk ayahnda bonda... Petang berbuka Nasi Beriani Gam Johor yang sedap dan sirap bandung yang xtra manis!!
Ahad pulak sibuk menghantar baju raya anak-anak buah.. alhamdulillah dah siap dah sumer.. (oh ada tambahan lagi satu.. yg ni baru je confirm order pagi tadik.. :p).. Ahad, lepas hantar baju anak-anak abang dan cousin di Sungai Buloh, terus sambung shopping langsir n sofa cover!
InsyaAllah.. langsir n sofa cover yg dah berusia tiga tahun berganti jugaklah tahun ini!.. ihihi.. sempat kah??
Semalam, ayam masak kicap, telur dadar dan ulam mulberry.. (posting pasal pokok mulberry) Uhuhu! masih tak tau nak masak apa petang ini.. sebenarnya dah terliur tengok gambar nasi ayam tadi... Teringat pakcik yang terrer masak di kampung bagi petua, ayam yang dah empuk direbus, lumur kicap, deep fry dalam minyak bijan.. oh sedapnyerr!!!

8/23/2010 02:37:00 pm
20 August 2010
Puding Sago Gula Melaka
Yummie... semalam tengok dalam cupboard ada sago lebih separuh botol.. dah lama tak luak ni.. santan belen buat bubur lambuk semalam semalam pun ada lagi... stok gule melaka pun ada.. yummie.. berpuding-sago-gula-melaka la kita hari ini!.. :)
Puding Sago Gula Melaka
Puding Sago:
Alkisahnya... cuma puding sago je yang sempat siap... :p ahahaha... dah penat memasak lauk, tak larat plak nk sediakan santan dan sirap gula melaka.. uhuhu... Lepas tarawikh, kononnya nak sambung la masak.. tengok-tengok gas abis plak... tong gas backup ada dalam stor.. mujur last week kanda teringat nk refill tong spare tuh... kanda trus tukarkan.. tapinya... sementelah dinda menunggu kanda menukar tong.. mood dinda untuk sambung masak pun hilang.. (alasan!!).. sudahnya puding sago, dinda hidang ngan gula melaka diparut halus... itu aje.. tapi ok la jugak!.. sedap aperrr... next time kita buat kuah santan dan sirap gula melaka yer?... :)
Puding Sago Gula Melaka
Puding Sago:
- 100gm sago direndam selama lima minit
- Panaskan 5 cawan air dalam periuk bersama sehelai daun pandan
- Masukkan sago yang telah direndam dan ditoskan ke dalam periuk - dikacau-kacau untuk mengelakkannya bergumpal
- Masak lebih kurang 10 minit atau sehingga sago menjadi jernih
- Tambahkan secawan air sejuk untuk mengurangkan lekitan sago
- Tapis dan lalukan air bersih untuk membilas lebihan kanji
- Tambah sedikit garam dan 3 sudu besar gula, gaul rata
- Masukkan dalam acuan kecil, sejukkan dalam fridge
Kuah Santan:
- Panaskan secawan santan pekat bersama daun pandan
- Tambah garam secukup rasa
- Elakkan santan dari pecah minyak, sejukkan dalam fridge
Sirap Gula Melaka:
- Panaskan 1/4 cawan air
- Masukkan 200gm gula melaka
- Kacau hingga menjadi sirap, sejukkan dalam fridge
Alkisahnya... cuma puding sago je yang sempat siap... :p ahahaha... dah penat memasak lauk, tak larat plak nk sediakan santan dan sirap gula melaka.. uhuhu... Lepas tarawikh, kononnya nak sambung la masak.. tengok-tengok gas abis plak... tong gas backup ada dalam stor.. mujur last week kanda teringat nk refill tong spare tuh... kanda trus tukarkan.. tapinya... sementelah dinda menunggu kanda menukar tong.. mood dinda untuk sambung masak pun hilang.. (alasan!!).. sudahnya puding sago, dinda hidang ngan gula melaka diparut halus... itu aje.. tapi ok la jugak!.. sedap aperrr... next time kita buat kuah santan dan sirap gula melaka yer?... :)
Ditulis oleh
faraazri
pada
8/20/2010 07:21:00 am
19 August 2010
2nd App - Well Develop
Alhamdulillah... baby is well developing Dr Ju kata.. :)
and my due date tak lari jauh.. ikut saiz fetus estimate due date is 2nd of April.. kalo masuk bulan april tu, suker je la kanda.. :) tapi rasa-rasanya dapat penghujung bulan 3 kot.. :) tak per.. kita tengok cam ner..
Masih 'night-sickness'.. sejak bulan puasa ni after nine je memang rasa tak boleh buat apa.. pening semacam.. Dr Ju kata, tu tandanya hormon utk pregnancy banyak.. alhamdulillah.. :)

8/19/2010 05:54:00 pm
Ayam Masak Serai
Got this recipe from one of my fav blogger - Mak Lang
Balik ni kiter try untuk berbuka ya... kalo jadik, dan presentationnyer lawa, bleh la post gambar.... :p ehehe.... takut nnt dah lapo luper nk snap plak.. terus terkam ajer.. sebab saya ni suker memasak last-last minute.. suka makan panas-panas.. dan tak bleh tahan tengok makanan terhidang atas meja lama2 sangat.. nnt rasa lemah lutut menahan lapar... ekekeke...
UPDATE: 20 Ogos 2010
Semalam, bila dah siap masak dan hidang, baru terperasan, sebenarnya dah selalu dah masak lauk macam ni.. bezanya selalu masak dengan ikan goreng garing.. dan serainya dihiris halus dan dikisar dengan lada dan bawang.. ehehe... resepi bonda... tapi bonda panggil Sambal Serai... macam mana ntah bleh tak pasan... processor agak slow agaknya bulan-bulan pose nih.. :p
Ayam Masak Serai
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
Balik ni kiter try untuk berbuka ya... kalo jadik, dan presentationnyer lawa, bleh la post gambar.... :p ehehe.... takut nnt dah lapo luper nk snap plak.. terus terkam ajer.. sebab saya ni suker memasak last-last minute.. suka makan panas-panas.. dan tak bleh tahan tengok makanan terhidang atas meja lama2 sangat.. nnt rasa lemah lutut menahan lapar... ekekeke...
UPDATE: 20 Ogos 2010
Semalam, bila dah siap masak dan hidang, baru terperasan, sebenarnya dah selalu dah masak lauk macam ni.. bezanya selalu masak dengan ikan goreng garing.. dan serainya dihiris halus dan dikisar dengan lada dan bawang.. ehehe... resepi bonda... tapi bonda panggil Sambal Serai... macam mana ntah bleh tak pasan... processor agak slow agaknya bulan-bulan pose nih.. :p
Ditulis oleh
faraazri
pada
8/19/2010 03:03:00 pm
18 August 2010
Mak Kene Ragut
Pagi Isnin kanda terima berita yang sungguh mengejutkan! Mak kene ragut!! risau dalam hati bukan kepalang.. Terus tinggalkan meja, balik rumah, pack baju mana yang sempat capai, terus memecut ke Sungai Petani...
Kisahnya, seorang tua, baru balik ambil bekalan ubat-ubatan dari hospital... jalan berseorangan, lalu di celah lorong kedai - laluan yang dah berpuluh tahun digunakan... tiba-tiba datang dua manusia tak berakal, tolak mak dari belakang.. Tersungkur tersembam ke atas jalan... tak terbayang macam mana dua lelaki muda melayu pastinya beragama islam sanggup buat macam tu... luka lebam-lebam dan bengkak... tangan.. siku... lutut.. bibir pecah berdarah... kurang ajar sungguh!!
Alhamdulillah.. umur mak masih panjang.. terbayang kisah-kisah ragut yang melibatkan kematian... na'uzubillah.. semoga kita semua dipelihara Allah dari kejahatan syaitan, jin dan manusia...
Alhamdulillah dan terima kasih juga kepada jiran yang membantu, bawa mak ke hospital dan teman mak buat laporan polis.
Selasa, kami uruskan semua dokumen berkaitan... kad pengenalan, bank... urusan hospital dan hal-hal lain yang penting... mana-mana yang sempat diuruskan.... Mak pun tak ada mengadu sakit.. mungkin cuma nak sedapkan hati anak-anak dia... tapi risau betul tengok luka dan lebam-lebam kat tangan dan kaki...
Apa yang berlaku jadikan iktibar.. beringatlah sentiasa.. awas dengan persekitaran.. peragut tak kisah dengan apa yang kita bawa... sedangkan beg sekolah budak pun diselongkar, inikan pulak beg tangan yang biasa berisi benda berharga...
Berhati-hatilah!

8/18/2010 11:36:00 am
13 August 2010
Sotong Kangkung
Sungguh-sungguh teringin nak makan sotong kangkung! tapi nak carik kata mana?.. dah la bulan2 pose nih... Petang semalam google resepi kuah Yong Tau Foo.. balik terus p giant, beli segala bahan.. balik terus masak.. tapi ada bahan yang tak ada.. so guna alternatif la.. cumanya kuahnyer tercair sket.. sebab awal-awal termasuk bnyk sangat air... so kurang kick.. tp rasa dah ada.. so next time tau ler nk buat apa... insyaAllah... :)
Sotong Kangkung
Sotong Kangkung
- Rebus sotong basah, dan potong panjang2
- Celur sayur kangkung
- Goreng tauhu dan potong kiub
- Sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah, dan kisar kasar
- Sangai bijan
Kuah Yong Tau Foo
- 2 cawan air
- 1/2 cawan sos tiram
- 2 sudu besar stok ayam
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil rempah 5 (kat giant ada jual namanya 5 spices)
- 1 sudu kecil tepung jagung dikacau dalam air
- 1 sudu besar tepung gandum dikacau dalam air
- 2 sudu besar gula pasir
- garam secukupnya
Cara-caranya:
- Rebus air - air tu boleh adjust ikut kepekatan yang kita suka
- Masukkan kiub ikan bilis
- Masukkan bahan-bahan lain
- Untuk pekatkan kuah, masukkan campuran tepung jagung
- Jika kepekatan masih belum mencukupi, masukkan campuran tepung gandum
- Sedia dihidang
Sambal Merah Yong Tau Foo
- 5 biji lada merah - dibuang biji
- 1 sudu besar bijan yang telah disangai
- 2 sudu besar kacang tanah yang telah dikisar kasar
- 1 sudu besar sos plum
- 1 sudu kecil cuka
- garam
- gula secukupnya
Cara-caranya:
- kisar lada merah hingga halus
- panaskan cuka dalam periuk
- masukkan lada merah dan bijan yang telah dikisar
- masukkan sos plum
- masukkan garam dan gula
- gaulkan kacang tanah dan bijan
- sedia dihidang
Resepi saya ni resepi yang dah simplify... ikut resepi asal, kuah yong tau foo tu ada campuran Sos Hoisin, kacang manis dan sedikit taucu.. Tapi memandangkan malas nak beli bahan-bahan yang mungkin hanya dipakai sekali tu je... maka, inilah hasilnya... kaler kuah tu kurang menarik sebab tak masukkan kicap pekat..
Cadangan hidangan: Masukkan kangkung, sotong dan tauhu, kuah yong tau foo, sambal merah, tabur sedikit bijan dan kacang
Oh!.. dalam gambar tu luper nak letak tauhu
Dan satu lagi nak share - 2 ekor sotong basah saiz sederhana RM2.90 jek! kangkung 2 ikat, dalam RM2.00.. kalo makan kat kedai tu, dengan amount yang sama, ntah baper la diorang charge agaknyer ek?...
Dan satu lagi nak share - 2 ekor sotong basah saiz sederhana RM2.90 jek! kangkung 2 ikat, dalam RM2.00.. kalo makan kat kedai tu, dengan amount yang sama, ntah baper la diorang charge agaknyer ek?...
Ditulis oleh
faraazri
pada
8/13/2010 07:18:00 am
12 August 2010
Bebola Kristal
Last month kalau tak silap, ada akak dari Uniten datang, mintak kitorang involve dengan research dia.. mintak kitorang jawab questionaire berkaitan product yang dia hasilkan... very good product lah... questionaire boleh tahan panjang.. tapi berbaloi la kitorang buat.. dapat belajar benda baru.. tapi ari ni bukan nak cerita pasal produk akak tu tau..
Yang bestnya lepas jawab questionaire kitorang dapat globe kaca sorang satu! dah la wraper nyer pun cantik... Rajin sungguh akak tu! thanks!! :) Cantik kan??.. :)
Yang lagi best, dinda dapat satu, kanda pun dapat satu! Yey!! ada dua... Tapi kitorang dok pk.. nak letak mana mender nih?.. dah la berat giler.. tak de stand plak tuh...
Berhari-hari jugak globe tu dok dalam kotak... weekend hari tu, lepak2 tengok tv... macam biasa la malam-malam tengok TV pasang lampu romantik.. :p ala... lampu suluh syiling tu... Asalnya spotlight untuk kitchen cabinet, tala ke bawah.. tapi kitorang letak atas rak je.. buat suluh dinding...
Tetiba kanda bagi idea... "Cuba ayang letak globe tu atas lampu tu.. mesti lawa!".. Ha ah lah!! tak terpk pun sebelum ni.. maka, dengan excitednyer terus amik globe tu, kuarkan dari kotak, terus letak atas lampu ikea tu.. Yey!! cantikkk!! (cantik kannn??.. :p)

8/12/2010 11:25:00 pm
11 August 2010
Ramadhan 1431
Ramadhan pertama, sangat excited nak bangun sahur... tahun lepas-lepas, kul 5 lebih baru bangun... sempat je nak masak nasi, lauk... kali ni pukul 4 dah turun ke dapur.. 4.30 dah siap sumer... Hati goreng, kentang goreng ikan bilis, telur dadar... sayur malas nk masak.. :p adehh... awal lah sangat pulak.... tidur balik, kul 5.30 kanda kejut makan sahur.. :)
Selamat berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya... InsyaAllah...
Selamat berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya... InsyaAllah...
Ditulis oleh
faraazri
pada
8/11/2010 10:36:00 pm
09 August 2010
Salad Telur dan Kentang Wedges
Tetiba dah tengah malam, lapo plak... tanya kanda nk makan tak?.. tingin plak nk makan megi malam2 buta nih.. Kanda kata tak mo megi lah.. okeh.. so siap masak megi sebungkus, lepak makan depan TV.. tba2 jejaka tu ilang plak.. ntah biler dia masuk dapur pun tak pasan.. ingatkan tlg clearkan periuk megi yg tak basuh lagi tuh.. :p
Rupa2nya kanda prepare ini... uhuhu.. abis megi semangkuk, melantak potato wedges ngan salad tloq plak!! :)
Salad Telur
Telur rebus
Salad
Tomato
Thousand Island
Mayounis
Sos Tomato
Olive oil
Potato Wedges
Kentang potong wedges
Gaul tepung beras, sedikit air, pepper, black pepper, italian herb, garam secukupnya.
Panaskan minyak
Celup kentang dalam tepung, dan goreng

8/09/2010 09:34:00 pm
05 August 2010
1st App - Heart Beat
Appointment with Dr Ju... scan dan nampak degupan jantung baby for the first time! Alhamdulillah.. what a wonderfull feeling..
Ditulis oleh
faraazri
pada
8/05/2010 11:44:00 am
Subscribe to:
Posts (Atom)