Pages

14 November 2009

Ayam Masak Halia


This is what we had for lunch. Teringin pulak nak makan ala-ala chinese style.. Resipi? sangat simple. Meh kita share sama-sama... :)

Ayam Masak Halia
  1. Tumis bawang putih yang telah diketuk
  2. Bila agak kekuningan, masukkan hirisan halia (agak-agak setengah inci)
  3. Biarkan sehingga halia agak kekuningan
  4. Masukkan ayam yang dah dilumur garam
  5. Goreng ayam tu hingga separuh masak
  6. Masukkan air
  7. Tambah sesudu besar sos Tiram
  8. Tambah sesudu besar kicap pekat
  9. Tambah garam jika perlu
  10. Tutup kuali dan biarkan ayam betul-betul masak
  11. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air
  12. Kacau sehingga pekat dan sedia untuk diangkat
  13. Untuk hiasan, boleh tabur hirisan lada dan daun bawang


*kalo nak pedas boleh tambah black pepper sket

ps: Gambar di atas tak de sebarang hiasan sebab baru perasan dalam fridge lada dah abis.. :p

No comments: