Pages

31 March 2009

Hasil berbudi pada bumi

ekeke.. tu sumer azri nyer kerja.. dia yang sangat rajin mengadap pokok2 bunga tu satu2.. dekat setahun jugak la baru la pokok nenas tu berbuah.. cantik kan?..

From Berkebun

28 March 2009

Projek Jahitan Telekung



Berjaya jugak buat telekung untuk hanis.. besar sket.. tp ok la.. boleh pakai sampai tahun depan.. nnt mama Fara buat yang lain ek.. :*

comey!!

Kain yang extra tu buat skirt.. :)


26 March 2009

Malam yang lapar

Hari ni terasa sangat la letihnyer.. Balik kerja tengok tv.. dalam kul 9 dah tertido dah rasanyer... kul 12 lebih terjaga sebab lapar.. uhuhu.. ye ler.. tido awal sangat.. mana sempat makan.. tadik tak terasa pun lapar.. tanya azri, dia pun nak makan roti jek.. ok ler.. ni lapar malam2 ni nak makan apa plak.. roti mcm tak best jek.. tp memang lapar betul..."abg, ayg lapar la..." azri pun sama... lapar jugak

"ayg,... boleh masak stew tak?... "
uhuhuuuu... stew???
dah la malam-malam buta, request resepi yg pelik2 plak.. tp memang lapar pun.. mmm...
"ok!.. tp ayg masak sup je ler.. nk wat stew tak cukup bahan"
"ok... yey!!"
rebus ayam, masuk rempah2...
tambah sos tiram sket la.. ala2 stew la..
tambah sayur-sayur sket yg ada...
pekatkan sket ngan tepung jagung... siap!
nyum..nyumm...



Nampak tak?.. masih berasap2 lagi!!



selamat ayam setengah ekor.. makan berdua.. malam2 bute....
...
pastu tido balik.... :p

21 March 2009

Anak Pingu di Gurun

Tak tahan sungguh! I can't stop laughing looking at the pict.. ekeke... rasa macam nk berguling2 jek... giler comeyyy... akakak.. mmg geng pingu!!



20 March 2009

Apa cerita?

Lately berita TV sangat la membosankan! Sampaikan tak ada hati dah nak tengok berita.. Balik-balik cerita yang sama. Rasanya dah lama dah tak mengadap TV tengok berita betul-betul. Tak kira la berita RTM ke berita TV3 ke berita ASTRO ke.. Yang ni kata dia terrer memerintah negara! Pihak lain buat salah, hentam giler-giler.. kalau pihak dia yang salah, tak aper.. maafkan je lerr!! Yang lagi satu tu pulak kata, dia lah yang tau segala cerita... bercerita pasal salah orang, macam la giler sempurna kalau title tu dia yang punye! Kesian.... kesian tak? kesian kan??.. geli hati pun ada.. tak pe ler.. berat tanggungjawab memerintah negara, berat tu jugak la dugaan yang diorang rasa... al-fatihah untuk semua.. semoga dipermudahkan Allah memerintah negara, aman damai sejahtera sentiasa... 

08 March 2009

Balik Pontian

Balik pontian sempena cuti maulidul rasul. Kebetulan ada pertandingan memancing. Mamat tu apa lagi.. suke ler.. ajak mama babah p tengok sekali..

From Balik Pontian

02 March 2009

Jawab jangan tak jawab!

Rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
They have to be real; nothing made up!
If the person before you had the same first initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
Have Fun!! Don't Forget to post it...!!

Susahnyerrr... aper nak jawab dengan huruf F??
  1. What is your name :
    Fara

  2. four Letter Word :
    ni yang susah ni.. ingat yg 'tu' jek.. akakak.. ok la...  Fuse 

  3. A boy's Name :
    Farhan

  4. A girl's Name :
    Farhanah

  5. An occupation
    Farmer

  6. A color :
    Fuschia giler canggih nama kaler tuh!!

  7. Something you'll wear :
    Feather... ala selendang bulu tu.. 

  8. A food :
    Fast Food.. ehehe... boleh masukkan semua skali!! 

  9. Something found in the bathroom :
    Faucet

  10. A place :
    Floor 1 -Tingkat satu

  11. A reason for being late :
    Full Moon!
    kalo bulan penuh kan orang kaitkan dengan otak mereng2 sket.. ekeke.. so mungkin terlupa kunci jam ker.. pening tetiba tak tau jalan ker... dan macam-macam alasan boleh dikaitkan... :p

  12. Something you'd shout :
    uishh susah ni.. masih ingat perkataan yang tu jugak!!
    FUHHHHH!!!!

  13. A movie title :
    Finding Nemo

  14. Something you drink :
    Fanta Oren

  15. A musical group :
    Freedom

  16. An animal : 
    Flying Fox.... ha ah ek.. Frog kan lagi senang.. ntah.. terpk yang tu dulu :p
    eh.. Fox pun huruf F jugak.. ahaha penin peninnn

  17. A street name : 
    Flora 1/10, Flora 1/11... (saper2 yang duduk kat jalan tu, bagi tau yek?? ekekek)

  18. A type of car : 
    FERRARI - baru je cucuk angin ferari kat LDP hari tuh!! betul!! kitorang follow giler rapat ferrari tu.. sayang kamera tak dak.. tak caya?.. betul!! faham-faham je la LDP! sanggup tu bukak tingkap makan asap lori depan semata-mata nak dengar bunyi enjin dia.. Fuhhh!! syokk sungguh! (aa tu dah guna perkataan Fuhh tu!!)

  19. The title of a song : 
    Fabulous (lagu tema Kimora - Life in the Fab Lane)

20 people?
Bagi la kat sumer orang yang ada dalam list tu.. Saper2 yang rajin menjawab, sila inform ye?.. saya nak cek.. mana tau ada orang salah kira huruf dalam perkataan lagi.. saper? saper tu?? lalalalala :-"

01 March 2009

Update Blog

Assalamualaikum kepada semua pelawat blog saya!. :) lama sungguh tak update blog ni. Tengok-tengok posting terakhir pada 3 Febuari. Hampir sebulan blog ni tak terusik. Gambar-gambar pun masih terperuk dalam kamera. Sampai penuh dah kad memori tu.. (kad memori?? macam pelik je bunyiknyer??... :p) Kenapa ek?..

Pertamanya, bulan ni diserang sakit gigi melampau! Puncanya? Gigi bungsu yang besar gabak tu tak ada ruang dah nak tumbuh. Dah bertahun dah gigi bawah tu cuba nak keluar. Berminggu jugak la sakitnya bile terasa gigi-gigi lain tu kene tolak. Dari geraham kanan ke geraham kiri terasa sakit. Sampai kan gigi lain terpaksa mengalah. Habis senget-senget dah yang lain.. :( Yang atas pulak makin panjang mencecah gusi bawah yang tengah bengkak tu. Bila makan, terkena gusi bawah, adusss sungguh la nikmat rasa sakit tu!... alhamdulillah!..

Keduanya, sakit gigi tu melarat sampai la demam. Demam on off pulak tu. Dari demam sikit, mula la sakit tekak, batuk, selsema. Dah le jarang-jarang demam. Sekali-sekala demam, memang la lama. Demam-demam tu pun ku gagahi jugak pergi ke ofis. Time-time ni la nak ada demo pulak. Nak buat cam ne.. kita ni makan gaji. :| (Shopping complex bleh p.. takkan la opis tak bleh plak kan? kan?? :p) Azri pun ikut demam jugak. Ni pun masih berlawan selsema lagi. Bukan azri je.. si Cibu tu pun sama.

Cibu tu pun satu hal. Sebelum ni ada sekor anak kucing datang. Kecik je lagi. Mungkin umur dia baru tiga empat minggu. Kaler oren. Nama berdaftar tak ada. Kadang-kadang panggil Toren, kadang-kadang Oyen.. Si Tecik pun ya jugak.. Tak de rancangan nak bela pun. Si Toren ni takut dengan orang. Azri cuba tangkap calar balar tangan dia kene cakar. Dengan Cibu pulak sikit punya manja dan mesra! Hari-hari berguling-guling main tengah laman tu.

Minggu lepas si toyen ni mandom jek. Makan pun tak mau. Minum pun tak mau. Muntah-muntah pulak tu. Kitorang suspek dia termakan racun. Paksa dia minum air. (Dapat pegang si Toyen tu pun sebab dia dah lembik sangat tak boleh lari dah). Azri cuba guna syringe inject air masuk. Bancuh glucose sket. Masuk je air, dia muntah balik. Nak inject makanan, tak de stok makanan lembik plak. Fridge pun kosong. Nak bawak ke klinik, hari ahad klinik Cibu tu tak bukak. Lagi pun dah maghrib dah masa tu. Umur tak panjang, esok pagi-pagi tengok dia dah keras dah bawah kete. Syian.. hilang dah kawan Cibu.

Dua tiga hari lepas si Toyen tu mati, si Cibu plak mandom. Ingat dia sedih hilang kawan. Cibu kan emosional sket orang nyer (orang ker?.. ekeke..) Tapi si Cibu still makan dan minum. Masuk hari kedua, azri bagi makan, dia tak nak makan dah. Tapi bila bagi dia nyer Greenies ngan cat treat yang macam gula melaka tu, makan pulak. Masuk third day dia start muntah-muntah. Ni dah macam si Toyen dah nih. Makan apa pun tak mau. Terus bawak pergi klinik. Vet kata Cibu ni kene virus. Rupa-rupanya si Toyen tu kene virus lah, bukan makan racun! Entah si Panjang pun kene virus.. simptom dia sama. Si Panjang tu kucing kitorang masa kat rumah lama. Berbalik kepada cerita Cibu. Vet kata peluang dia hidup cuma 50-50! Uhuhu.. Tu pun sebab dia dah besar, kalau kucing kecik, memang susah nak survive. Macam nak nangis dengar. Biar benar! So kene tahan wad sebab nak kene pakai drip. Mengalahkan orang! Dekat empat hari jugak la dia kene tahan. Kene kuarantin dok dalam toilet sorang-sorang.

Alhamdulillah dia dah sihat dah. Tapi kene kurung dalam rumah. Terpaksa lah bukak sangkar besar tu balik. Dok dalam sangkar kerjanya mengamuk aje. Paper bersepai, pasir penuh dalam makanan dia. Kat luar-luar pun sama. Dok mengemop lantai je la jawabnyer.. Minggu depan kene jumpa vet lagi. Lepas sebulan pun kene pergi jumpa lagi. Manja sungguh!

Kereta fizah pulak kene pecah. Cermin belah driver. Duduk apartment macam tu la. Tak ada parking dalam. Pagi-pagi dapat call terkejut jugak. Bekejar le ke apartment dia. Sadis sungguh. Dalam kereta tu bukannya ada apa pun. Memang fizah nyer kete, kosong sekosong-kosongnya. Syiling dalam laci ashtray tu pun tak de sebenarnya. Depan kete dia ada lagi dua bijik kereta kene pecah jugak. Satu kereta tu memang ada beg kat belakang. Tapi macam beg picnic je.. penuh bekas makanan je.. Lagi satu kete pulak banyak barang-barang baby. Kesian, penuh kaca dua-dua baby seat dia. Jenuh nak bersihkan... Alhamdulillah semua dah settle. Kalau rajin mungkin ada backdated posting cerita pasal ni.

Panjang pulak posting kali ni. Ye la termasuk sebulan punye cerita. Kisah Cibu dan Toyen dah panjang berminggu dah. Sebenarnya tu baru intro. Create new posting ni sebenarnya nak bercerita tentang kisah di Jusco petang tadi. Badan masih tak sedap.. demam masih berbaki lagi. Tapi keluar la jugak beli barang dapur.

Tujuan ke jusco tu memang untuk beli barang dapur aje. Amik ayam seketul sebab azri tingin nak makan ayam goreng, puyuh siap marinated empat ekor (tu untuk kitorang berdua ya! Jangan salah paham! tak laratnyer nak makan sumer sorang2!) Amik sayur yang cukup untuk masak sekali, buah-buah sket pastu terus meluru ke kaunter. Eh dengan 100 plus sebotol sebab dah berapa hari tingin nak minum 100 plus tapi asyik luper je nak beli.

Alkisahnya nak dijadikan cerita, kat kaunter tak ramai orang, saya, sorang budak pompuan awal 20-an lebih kurang dan sorang makcik dengan troli yang penuh barang. Makcik tu mungkin dalam 40-an rasanyer. Time tengah kira-kira barang tu, rasanyer supervisor cashier tu, lalu dan bertanya sama ada dia dah berehat ke belum. Minah cashier tu pun kata belum lagi. Mamat supervisor tu pun kata 'OK, lepas ni u rehat'. Minah tu pun senyum lega kot dapat berehat sekejap sebelum sambung lagi malam nanti.. Cerita ni bukan pasal minah cashier tu mahu pun tentang mamat supervisor tu, tapi kisah tentang makcik yang tengah beratur selang sorang kat belakang saya.

Lepas pembantu supervisor tu letak sign 'Next Counter Please' tu kat tepi conveyor, GEDEGANGGGG!! Rupa-rupa nya sign besi 'Next Counter Please' tu kene hempas kat conveyor sebelah!!! Saya pun menoleh la.. Bukan saya je, sume-sume yang ada kat situ ikut toleh ke arah bunyi tu. Memang kuat sangat! Rupa-rupanya makcik tu amik sign tu dan hentak kat conveyor sebelah, marah-marah sebab sign tu diletakkan depan dia dan makcik tu ingat dia kene halau pergi kaunter lain. Pada hal orang tak kata apa pun kat dia. Dia kata tak patut letak sign tu depan dia sebab dia dah beratur. Tak ingat exact ayat dia. Tapi kuat jugak la suara dia. Minah yang letak sign tu mesti bengang kan? Tapi muka steady je. Caya lah!! Makcik tu tak abis marah lagi. :p kesian dia.. Pastu mamat supervisor tu datang. "Aik?? Mana sign tuh?" Saje je dia tanya kuat-kuat agakyer. Ekekeke.. kebetulan dia kat sebelah saya, sambil tergelak cakap la "Dah kene campak kat sebelah!" Cakap pelan-pelan je, kang cakap kuat-kuat tak pasal-pasal kene baling ngan tin susu dalam troli dia plak.. ekekek... pot pet pot pet, makcik tu tak puas ati lagi. Mamat tu letak balik sign tu sambil cakap dengan sopan, "Cik, sign ni untuk orang lepas makcik, makcik tak de masalah boleh bayar kat sini".. ihihi.. masih tak puas hati lagi.. Bising-bising marah sebab minah tu tak bukak mulut cakap kat dia tadik.. pulak dah.. Kebetulan kaunter sebelah baru bukak. Makcik tu trus angkut barang-barang dia dan campak kat kaunter sebelah. Bila saya jeling budak pompuan yang tengah beratur belakang saya, dia tengah urut dada! ekeke..kesian kuss semangat! kitorang bertiga ngan minah cashier tu pun senyum je sesama sendiri.. azri pun tergelak jugak tengok makcik tu. mungkin makcik tu ada masalah kot sebelum datang ke jusco tu. Semoga apa-apa yang mengganggu perasaan dia tadik dah selesai la hendaknya insyaAllah..

ok.. misi tercapai.. kene stop dah ni, panjang sangat.. boleh pecah rekod posting paling panjang!