Pages

30 October 2009

Atas Jalan

Masuk Simpang

Kalo korang bawak kereta, nak belok masuk simpang, apa korang buat?.. patutnya kita kene bagi signal dulu, baru brek then masuk simpang.. bila kita signal, orang belakang boleh la bersedia.. "oh.. mamat depan ni nak belok kejap lagi...". Bila kita tekan brek, tak la meragau orang belakang nak mengelak kita..

Ni tak, bawak laju-laju, sampai simpang brek mengejut, baru la nak bagi signal, terus masuk simpang.. lagi teruk kalo yang tak geti bagi signal langsung... huhh..

Ingat ek?
  1. Signal dulu
  2. Brek (jangan la brek mengejut)
  3. Baru la belok

Orait??.. :)


Potong Line

Lagi satu kes yang bikin semua orang menyampah.. Tak geti nak beratur.. Kerjanya nak potong line orang je... tak masuk ikut kanan, masuk ikut kiri.. Mungkin ada kes yang tak perasan que dah mula panjang.. yang pastinya ramai yang sengaja!.. kalo dah terlepas pun, jangan la cuba nak menyelit kat baris paling depan skali.. agak-agak la wei!!.. melampau la tuh... tak beradab namanya... ditambah pulak kalo menghimpit tak bagi signal.. paling kurang pun bagi la signal mintak masuk... hiyerrkkk...


Penutup

Baik berenti sebelum bangkit rasa marah di hati!.. uhuhuuu.... Selamat memandu balik dari kerja!.. selamat bercuti untuk semua!... Jadilah pemandu berhemah... :)

20 October 2009

Terbang Helang

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

19 October 2009

Ku Mohon

Setiap hariku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti..... punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku do'a Kau selalu
mengawasi gerak-gerikku
Berkatilah,
Ku perlu rahmat dariMu

Oh... Tuhan terangkan hati
Dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh... Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang
Dengan bimbinganMu selalu

Adakala ku merasa
hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu
Oh... kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Oh... Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala
hidup penuh cabaran ini
Oh... Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang
dengan bimbinganMu selalu

Curahkanlah nikmatMu pada hidupku
Oh... Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala
hidup penuh cabaran ini
Oh... Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang
dengan bimbinganMu selalu.

Ku Mohon - Sheila Majid