Pages

18 August 2010

Mak Kene Ragut

Pagi Isnin kanda terima berita yang sungguh mengejutkan! Mak kene ragut!! risau dalam hati bukan kepalang.. Terus tinggalkan meja, balik rumah, pack baju mana yang sempat capai, terus memecut ke Sungai Petani...

Kisahnya, seorang tua, baru balik ambil bekalan ubat-ubatan dari hospital... jalan berseorangan, lalu di celah lorong kedai - laluan yang dah berpuluh tahun digunakan... tiba-tiba datang dua manusia tak berakal, tolak mak dari belakang.. Tersungkur tersembam ke atas jalan... tak terbayang macam mana dua lelaki muda melayu pastinya beragama islam sanggup buat macam tu...  luka lebam-lebam dan bengkak...  tangan.. siku... lutut.. bibir pecah berdarah... kurang ajar sungguh!!

Alhamdulillah.. umur mak masih panjang.. terbayang kisah-kisah ragut yang melibatkan kematian... na'uzubillah.. semoga kita semua dipelihara Allah dari kejahatan syaitan, jin dan manusia...

Alhamdulillah dan terima kasih juga kepada jiran yang membantu, bawa mak ke hospital dan teman mak buat laporan polis.

Selasa, kami uruskan semua dokumen berkaitan... kad pengenalan, bank... urusan hospital dan hal-hal lain yang penting... mana-mana yang sempat diuruskan....  Mak pun tak ada mengadu sakit.. mungkin cuma nak sedapkan hati anak-anak dia... tapi risau betul tengok luka dan lebam-lebam kat tangan dan kaki...

Apa yang berlaku jadikan iktibar.. beringatlah sentiasa.. awas dengan persekitaran.. peragut tak kisah dengan apa yang kita bawa... sedangkan beg sekolah budak pun diselongkar, inikan pulak beg tangan yang biasa berisi benda berharga...

Berhati-hatilah!

No comments: