13 December 2011
Rindu
Jauhnyer rasa nak sampai rumah... Tempoh ber'honey moon' ngan ukasyah habis dah.. I am no longer a wahm.. Sekarang sampai rumah dah pukul 8.. Solat, mandi2.. Bagi ukasyah makan, 9 lebih dah padam..
Mujur ukasyah bangun awal.. Kadang-kadang dengar azan je dia terus terjaga.. Kebiasaannya kul 6 lebih la.. Waktu pagi manja-manjakan sket.. Kelam kabut juga.. Tp kesian pulak tengok muka si bujang tu tersengih2 bangun tdo.. So far ukasyah bangun tdo dengan mood yang sangat baik.. Alhamdulillah..
Tak separuh perjalanan lagi ni.. Harap-harap bukit jalil tak jem la.. Tak sabar nk jumpa sayang mummy.. :)
Posted via Blogawayy
Ditulis oleh
faraazri
pada
12/13/2011 06:55:00 pm
06 December 2011
The Great Planner
Cantik je susunan perjalanan hidup kitorg.. Since pregnantkan ukasyah, macam rezki yang Allah bagi.. Tak disangka-sangka..
Masa pregnant tiga bulan dapat rezki jaga mak.. Ukasyah lahir, dapat kerja kat rumah..lapan bulan stret dok mengulit si kecik tu..
Dalam tempoh pregant dan working at home, bnyk offer kerja yang datang. Bukan untuk saya sorang, kanda pun dapat jugak. Sayang sangat tak dapat terima offer2 yang sgt2 menggiurkan dek kerana komitmen menjaga orang tua. Tapi kitorg percaya, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.
Akhirnya lepas raya dapat lagi satu offer.. Dua2 dapat offer tempat kerja yg sama. Hati masih brbelah bahagi. Memandangkan keadaan mak yang makin uzur. Tapi memandangkan offer yang ni amat sukar untuk dilepaskan, kami pun terima..tawakkal je.
Tender sebulan... Serah tugas awal dua minggu memandangkan belen cuti masih berbaki 16 hari. Lepas aidiladha, ukasyah mula sekolah.. Cuti, kitorang berhabis2an mengemas rumah..
Hari ketiga ukasyah sekolah, mak pergi menyahut panggilan Illahi.. alhamdulillah.. Semua urusan dipermudahkan.. Kebetulan ukasyah dah kat nurseri, bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian tolong kanda uruskan jenazah mak.
Memandangkan dalam cuti panjang, tak kesah la nak balik bila-bila masa..
Balik sini sibuk mengemas barang-barang mak dan pak. Sediakan bilik untuk pak pulak.. Lepas ni pak tidur dah tak berteman.. :(
Habis seminggu cuti...
Lagi seminggu? Next entry.. ;)
Posted via Blogaway
Ditulis oleh
faraazri
pada
12/06/2011 07:21:00 pm
02 December 2011
He is a climber
Dah start panjat tangga dah budak nih!! Pagar tak cukup.. Dapat tutup pintu dapur je... Ala.. Bukan takat tangga, segala menda yang boleh dicapai sumer nak dipanjatnyer.. Katil tok yang ngam-ngam atas kepala pun ada hati nak panjat! Tangan dok capai railing katil, kepala mendongak melangit, aim tempat landing kononnyer.. kaki plak dok angkat macam boleh sampai je gayanyer... Uhuhu.. Kjap je cikenit tu dah lapan bulan!
Posted via Blogaway
Ditulis oleh
faraazri
pada
12/02/2011 09:37:00 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)