Pages

06 December 2011

The Great Planner


Cantik je susunan perjalanan hidup kitorg.. Since pregnantkan ukasyah, macam rezki yang Allah bagi.. Tak disangka-sangka..

Masa pregnant tiga bulan dapat rezki jaga mak.. Ukasyah lahir, dapat kerja kat rumah..lapan bulan stret dok mengulit si kecik tu..

Dalam tempoh pregant dan working at home, bnyk offer kerja yang datang. Bukan untuk saya sorang, kanda pun dapat jugak. Sayang sangat tak dapat terima offer2 yang sgt2 menggiurkan dek kerana komitmen menjaga orang tua. Tapi kitorg percaya, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.

Akhirnya lepas raya dapat lagi satu offer.. Dua2 dapat offer tempat kerja yg sama. Hati masih brbelah bahagi. Memandangkan keadaan mak yang makin uzur. Tapi memandangkan offer yang ni amat sukar untuk dilepaskan, kami pun terima..tawakkal je.

Tender sebulan... Serah tugas awal dua minggu memandangkan belen cuti masih berbaki 16 hari. Lepas aidiladha, ukasyah mula sekolah.. Cuti, kitorang berhabis2an mengemas rumah..

Hari ketiga ukasyah sekolah, mak pergi menyahut panggilan Illahi.. alhamdulillah.. Semua urusan dipermudahkan.. Kebetulan ukasyah dah kat nurseri, bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian tolong kanda uruskan jenazah mak.

Memandangkan dalam cuti panjang, tak kesah la nak balik bila-bila masa..

Balik sini sibuk mengemas barang-barang mak dan  pak. Sediakan bilik untuk pak pulak.. Lepas ni pak tidur dah tak berteman.. :(

Habis seminggu cuti...

Lagi seminggu? Next entry.. ;)

Posted via Blogaway

No comments: