Ni kiranya adik beradik kitorang yang ketiga masuk UiTM Shah Alam! Abang sorang Hotel Catering n Management.. tapi sekarang 'memasak' kat celcom daaa.. :p pastu yana civil engineering ni yang last nabilah amik multimedia.. ok la.. sesuai la dengan dia yang suka lukis-lukis tuh..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Senang je.. tak la rumit proses registration diorang. Tak sampai 15 minit semua dah selesai. Cuma kene angkut barang jauh sikit la... Daftar, dapat bilik, masuk bilik, siap.. petang tu aktiviti dah mula.
Ni masa tunggu nabilah hantar borang kat pejabat asrama. Tang ni kene tunggu lama sket.. tapi tak pe la.. sebab bilik sumer dah siap kemas dah. Selesai nabilah hantar borang, hujan pun turun la dengan lebatnya.. Payung tak de, so yana tunjukkan jalan alternatif nak ke kolej nabilah.. Mak aiihhh.. sket punyer curam jalan tuh.. nak pergi boleh la.. nak keluar balik, giler semput waja mendaki dengan 5 orang kat dalam tu..sebenarnya tak boleh lalu situ untuk keluar.. tapi taram je la.. memang giler merbahaya jalan tuh.. taubat tak nak lalu situ lagi..uhuhuu...


Minggu ni minggu games.. start dari minggu lepas lagi sebenarnya.. dalam banyak-banyak kerja, misi tetap diteruskan!.. Tumblebugs tak puas hati sungguh tak lepas2 sumer level lagi.. dok sangkut kat situ jugak.. Selagi tak abis sumer level, selagi tu la dok main..
Tetiba teringat kat Iswara lama nih.. Ni masa kat TTDI Jaya amik waja tu.. Tu dua-dua pakai plat no yang sama.. bukan senang nak dapat gambar macam ni.. sayangnyer, pakai kamera telefon jek..
