Pages

29 June 2008

me@UiTM Shah Alam

Hari ni registration Nabilah. Habis matrik masuk UiTM.. kali pertama keluar Johor kan?.. eheh welcome to KL!.. Semua anak-anak mama babah dah kat KL dah ni.. bila mama babah nak pindah sini pulak?.. Mesti lepas ni lagi selalu naik KL!

Ni kiranya adik beradik kitorang yang ketiga masuk UiTM Shah Alam! Abang sorang Hotel Catering n Management.. tapi sekarang 'memasak' kat celcom daaa.. :p pastu yana civil engineering ni yang last nabilah amik multimedia.. ok la.. sesuai la dengan dia yang suka lukis-lukis tuh..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Senang je.. tak la rumit proses registration diorang. Tak sampai 15 minit semua dah selesai. Cuma kene angkut barang jauh sikit la... Daftar, dapat bilik, masuk bilik, siap.. petang tu aktiviti dah mula.



Ni masa tunggu nabilah hantar borang kat pejabat asrama. Tang ni kene tunggu lama sket.. tapi tak pe la.. sebab bilik sumer dah siap kemas dah. Selesai nabilah hantar borang, hujan pun turun la dengan lebatnya.. Payung tak de, so yana tunjukkan jalan alternatif nak ke kolej nabilah.. Mak aiihhh.. sket punyer curam jalan tuh.. nak pergi boleh la.. nak keluar balik, giler semput waja mendaki dengan 5 orang kat dalam tu..sebenarnya tak boleh lalu situ untuk keluar.. tapi taram je la.. memang giler merbahaya jalan tuh.. taubat tak nak lalu situ lagi..uhuhuu...

No comments: