Pages

30 October 2010

Mak dah keluar hospital

Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar... mak dah boleh keluar.. seminggu duduk hospital, bila Dr tanya, makcik nak balik tak?.. terus mak jawab 'Nak!'... 'ok, makcik nak balik, boleh balik sekarang'..
ehehe.. suka betul mak! Sepanjang seminggu kat hospital, macam-macam jadik... agaknya mak dah rindu sangat kat rumah dia.. sampaikan bila nurse tanya, 'Makcik kat mana ni?' mak boleh jawab 'Hospital Sungai Petani!'.. ehehe... dua tiga kali tanya, mak dah pandai jawab "Hospital UKM"... ehehe...
Semoga semuanya dipermudahkan Allah...InsyaAllah...  amin...

Ceria kan muka mak?.. ehehe tak sabar nak jumpa cinta hati kat umah... 

29 October 2010

Esok adalah semalam

Kite selalu berdoa semoga Allah permudahkan hidup kita... berharap hanya perkara2 baik je yang terjadi dalam hidup kita... tapi apa yang kita buat untuk dapatkan apa yang kita nak?

Kita berharap orang sekeliling sentiasa bagi layanan baik pada kita, tp cara kita melayan orang lain? dah cukup baik?

Apa yang kita beri hari ini itulah yang kita akan dapat nanti... bak kata omputeh, what goes around, will comes around... setuju?

Kadang2 rimas mendengar keluhan orang lain yang terlalu risaukan masa depannya, tapi tak de usaha langsung untuk memperbaiki hari ini... tapi tu ler... pilihan masing2... kita hanya mampu melihat dan ambil ikhtibar...

mmmmm....banyak menda yang terlintas di fikiran nih... emo plak pagi2 buta ni... x pe lah... cukup takat ni.. cakap lebih2 kang ada yang terasa hati... uhuhu....

Akhir kata semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan alhirat.. dan jangan lupa untuk tolong orang lain permudahkan urusan mereka!... insyallah...

28 October 2010

First Spiro Swirl

Oh sukernyerr!! berjaya buat first spiro swirl... ikut tutorial di sini
...dan inilah hasilnya... :) suker!!


27 October 2010

Mak @ hospital UKM

Admit on 25th July 2010 sebab kesihatan mak makin merosot.. kaki dan tangan kanan makin lemah sejak dua tiga hari ni...


** Hari ni terasa betul letihnya... sejak dua hari lepas berulang alik ke HUKM... menjenguk kanda jaga mak di ward... sampai ada masa terasa macam nak pitam... tapi Alhamdulillah... rehat sekejap, legalah rasa... Semoga semuanya dipermudahkan Allah... insyaAllah... amin....

26 October 2010

I am in love...

Oh! I found this free drawing tool and immediately fall in love with it! aha... ingat fall in love ngan orang lain ker?... tak de tak de!! saya sungguh setia ngan kanda yang ensem!.. :p ahakss..

Haven't try it yet.. just finished installing.. but watching the tutorial.. oh!! make me so tak sabar nak melukis!!! adakah mood melukis saya akan berpanjangan? wait n see...

To my sister yang saya tau selalu baca blog saya... ehehe.. sabo ek?.. nnt akak expose apa mendanya yang sonot sangat.. ahaha.. mesti suker!!! :) ok nak balik.. tata...

update 27/10/2010 - dah letak capture tool tu.. nak?.. carik sendiri!.. eheheh...

First Baby Movement

Alhamdulillah... around 11-12 am masa kat office, tetiba rasa macam angin semacam dalam perut.. oh! baby mama bergerak lah!!.. mmm... mama ker?.. kanda ari tu cakap nak mummy daddy... sendiri rasa macam nak ayah ibu... mmmm apa2 je la.. nanti2 kita decide ek baby cayang... :-*

Xcited!! mungkin baby dah lama gerak.. cuma mama dia je yang tak perasan... 18th week!

25 October 2010

Roti Jala dan Kari Ayam

Dari minggu pertama mak dok sini, kanda dah mintak mak buat Roti 'Soghai' atau Roti Jala dalam bahasa standardnya.. Setelah tertangguh beberapa kali, sabtu malam ahad cakap kat mak, "esok, insyaAllah kita buat roti soghai.. " mak excited sungguh.. bertanya berkali-kali untuk pastikan semua bahan dah ada..

Semalam, pagi-pagi lagi mak dah ready kat dapur.. sangat excited nak mula memasak.. kitorang baru lepas solat subuh, dengar kat dapur dah bunyi kelentung kelentang.. berlari lah saya turun tengok apa yang mak tengah buat..

Bukan apa... Tangan kaki mak memang dah tak kuat dah.. nak angkat pinggan mangkuk pun tak berapa nak nak larat.. apatah lagi periuk dan kuali saya kat dapur tu.. sumer nyer jenis yang berat-berat.. bila saya turun, kesian tengok mak cuba nak angkat kuali tu beberapa kali tapi tak terdaya.. hanya penutup kuali yang diangkat-letak berulang kali..

Kanda teman mak siapkan roti jala sementara saya siapkan kari ayam.. selesai kari ayam, saya take over task 'menjala'.. :p

3 keping roti jala dan seketul kepak ayam
dengan kuah kari yang overloaded!
(Khas untuk menggiurkan anda! :p)
Banyak jugak dapat.. tapi lupa nak kira.. tepung gandum tu dekat sekilo jugak habis.. makanya, pagi, tengah hari dan makan petang, saya melantak roti jala ajer! memang favourite saya!! orang lain makan 3-4 keping dah boleh berhenti dah.. saya?.. maunyer 10-15 keping baru bleh benti! ahaha... buruk lantak!.. :p

Nak buat roti jala ni senang aje.. dah biasa tengok bonda pontian buat.. tapi tak pernah cuba sendiri.. ingatkan susah sangat.. resepi ni dapat dari mak.. nak bagi sukatan, tak geti la plak.. tapi agak-agak la.. :)

Bahan-Bahan
Tepung Gandum
Garam
Serbuk Kunyit (sebagai pewarna kuning)
Air
Telur Sebiji

Untuk pastikan campuran bahan di atas tak berketul-ketul, blend je sumer bahan2 tersebut dengan blender.. pastikan campuran bahan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.. Pastu bolehlah 'dijala' atas kuali leper... Bila dah masak, angkat dan gulung...

Dan untuk kari ayam, ehehe... semestinya pes kari ayam segera mak nyonya!!

Selamat mencuba!

20 October 2010

Jemput-jemput nasi

Ni menu sarapan hari ni dan semalam sebenarnya.. Memandangkan nasi lebih tak cukup untuk digoreng, dan saya memang tak suka simpan nasi lama-lama, makanya jadiklah jemput-jemput nasi..

Senang ajer.. campur je semua bahan berikut, gaul rata dan jemput-jemput kan ke dalam minyak panas.. taraa.. siap...

oh bahan2nya:

  1. tepung gandum
  2. nasi lebih semalam :p
  3. garam secukup rasa
  4. hirisan bawang besar
  5. bawang putih yang dicincang
  6. sebiji telur
  7. ikan bilis
  8. sedikit pepper
  9. sedikit black pepper
  10. daun sup/daun bawang
  11. carrot yang dipotong dadu
  12. air secukupnya - pastikan tidak terlalu cair, dan tidak terlalu pekat


19 October 2010

Peritnya difitnah...

Memandu pulang ke pejabat, teringat pulak dengan satu kisah hidup saya...

Ini kisah lama.. tapi kesannya hingga ke hari ini.. lebih kurang sepuluh tahun yang dulu... difitnah oleh 'kawan-kawan' sendiri...

Klimaksnya saya dipanggil oleh pensyarah, dimaki dengan pelbagai perkataan.. antaranya "penipu!" yang paling tak boleh dilupa 'bullshit! bullshit!!'.. dalam biliknya.. dengan nada suara menjerit... pintu dibiar terbuka.. yang paling best, bilik pensyarah tersebut dalam pejabat utama.. pensyarah berpangkat.. beliau menjawat ketua bidang kalau tak silap saya.. saya tak diberi peluang langsung.. masuk-masuk je ke pejabatnya.. 'kawan-kawan' saya dah menanti.. salam tak dijawab, saya terus dimaki!.. perit!!! dan memalukan!!!...

Puncanya... saya difitnah!.. saya dituduh mencuri assigment 'kawan-kawan' saya.. sepanjang saya dimaki, saya banyak berdiam.. sebabnya sungguh-sungguh saya terkejut.. 'kawan-kawan' saya yang sampaikan pesan... "Pn. X nak jumpa sekarang".. "kenapa?".. soalan saya dijawab dengan "ntah...pergi je lah"... kasar!..

Pensyarah tersebut campakkan 'asigment milik saya' yang tak pernah saya lihat.. namun memang betul jelas tertera nama saya... dan nama seorang lagi ahli kumpulan saya... sempat saya menjeling.. 'kawan-kawan' yang menyaksikan tersenyum puas hati.. sungguh-sungguh saya rasa terhina..

Hampir setengah jam dimaki hamun oleh pensyarah tersebut, sampai habis perkataan hendak dilemparkan... saya tunjukkan bukti.. dari beg galas, saya keluarkan assignment yang siap ditanda, dengan nama saya... nama saya seorang... saya jelaskan kesukaran saya menghubungi ahli kumpulan yang beliau sendiri tetapkan, yang tak pernah saya kenal dan tak pernah saya jumpa di kelas.. saya minta pensyarah semak balik rekod kehadiran... dan saya terbukti betul.. assignment saya direntap, markah ditolak atas alasan tiada kerjasama berkumpulan.. kertas dicampak kepada saya... 'kawan-kawan' terdiam...

"Terima kasih puan.." saya keluar dari pejabat dengan air mata tak tertahan.. dan terus menangis teresak-esak disaksikan pelajar dan staff yang keluar masuk pejabat.. biarlah!.. saya dah cukup dihina! 'kawan-kawan' yang tanpa usul periksa memfitnah saya, terus mengejar dan meminta maaf... saya cuma mampu mengangguk dalam esakan..

Profesionalisme pensyarah tersebut tak kesah lah.. biarkan dia.. yang sungguh-sungguh menyakitkan, rasa difitnah 'kawan' sendiri... Lepas peristiwa tu, saya ke kelas seperti biasa.. ahli kumpulan yang seorang tu, menarik diri, drop subjek tersebut.. tak tahulah apa sebabnya.. 'kawan-kawan' tu... saya dah maafkan... pensyarah tersebut pun sehingga habis pengajian, bila terserempak dengan saya, jarang nak pandang muka... namun di akhir sem, saya dapat result cemerlang untuk subjek tersebut.. puas hati!

Sangat sukar kita nak mengelakkan diri dari tipu daya dan fitnah manusia... berdoalah semoga kita dilindungi Allah sentiasa...

Syukur kepada Allah... saya diberi kekuatan untuk tidak membenci dan berdendam... Alhamdulillah...

Cuma, peritnya difitnah masih sukar dilupakan....

18 October 2010

Maggie Goreng Pepper

Ini masakan sarapan pagi tadi... kalau dah ter repeat post, sorry ek?.. :)

Sebenarnya saya pun tak pasti apa nama jenis mi ni.. biasa panggil 'maggie leper' jek.. :p setelah di google, ramai yang panggil mi ni sebagai mi sanggul.. tapi rasanya mi sanggul tu yang macam sanggul kan?... yang ni tak macam sanggul pun?... jadiknya saya gunakan nama maggie leper je la.. :p

Maggie Goreng Pepper

Rebus 3 keping maggie terlebih dahulu.
Dah lembut, toskan.

Panaskan kuali
Tumis kayu manis, biji pelaga, bunga lawang dan cengkih
Bila wangi, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dikisar/dihiris halus
Masukkan hirisan lada merah
Masukkan garam, 1 sudu serbuk lada sulah dan 1/2 sudu serbuk lada hitam - kalau suka pedas, letak banyak lagi.. ni pun dah pedas sebenarnya
Masukkan carrot yang dipotong cube (mix vege pun ok)
Masukkan maggie yang dah direbus dan ditos
Gaul rata
Pecahkan sebiji telur, gaul rata
Masukkan 1 sudu sos tiram (dan sedikit air, jika terlalu kering)
Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun sup

Yang ni sesuai untuk hidangan empat orang... Mak mertua, tambah berpinggan2.. maknanyer sedap lah tuh!!... blink blink... :p

17 October 2010

KL Bird Park

Semalam kanda dah cakap, hari Ahad kita bfast kat luar lah pastu kita jalan2.. tak payah masak!.. otey!!

Makanya, waktu pagi yang terluang, digunakan untuk mengecat blok tong sampah kat depan tu.. Sejak pindah memang tak pernah cat, warna putihnya pun dah bertukar hitam.. berlumut.. kanda macam biasa, teman bondanya bertadarus.. Lepas bertadarus, teman dinda pulak mengecat..

"Ayang nak jalan p mana ari ni? Kita pergi PD nak?"..  wah!!! bestnyerr p PD.. tengok jam dah kul 7 dah.. tong ni ada sket je lagi.. lf 10-15 minit siaplah.. dah kul 7.30.. kul 8 kuar.. ishh tak bleh ni.. nnt sampai PD lewat.. nk p makan lagi..

"Kita p dekat-dekat sini je la.. "
sambil mengecat, sambil dok pk nk jalan ke mana.. macam-macam idea timbul.. akhirnya kanda setuju ke Lake Gardern.. kat situ, macam2 ada.. ada bird park, butterfly park.. orchid park.. dan macam-macam lah..

Bfast dlu kat kedai mamak baru kat depan ni.. tak pernah lagi bfast kat situ.. Memandangkan nak terus ke KL, malas nk pusing ke fav spot kat equien tuh.. nnt kene patah balik.. uhuhu...Tobat lah lepas ni tak mo pergi lagi kedai tu.. huhh.. menu sket punya panjang berjela.. tapi, biler order manjang tak de.. tosei tak de... capati tak de.. roti naan tak de.. maggie goreng tu pun tak de.. sudahnya kami sumer makan roti kosong ngan roti telur.. itu pun lepas order berkali-kali.. tu ler.. tak mo tulis saper suruh.. bila kita repeat order, buat sombong..

Dekat kul 10 sampai ler ke Taman Burung tu.. parking masih kosong.. syok je rasa.. Tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10.. ingatkan ada special rate untuk warga tua atau pesara.. tengok-tengok tak de.. tapi nyonya jual tiket tu ada mention, kalo ada RHB credit card ada discount banyak.. ala.. RHB credit card tak de.. tp mujurlah teringat ada JCard.. dapat discount RM5.. kanda pun mula lah tanya segala kad yang dia ada bleh tak dapat discount.. JCard dia lupe bawak.. tengok-tengok Real Reward bleh dapat less RM10!! wahh!! lagi baguih.. pengajarannya, kalo berjalan, jangan lupa bawak segala kad yang kita ada!.. ehehe.. RM15 tuh dapat jimat!! Alhamdulillah...

Masuk je dalam.. Allahuakbar!!.. bentuk muka buminyer!! berbukit bukau!! ahaha.. dulu dah pernah pergi tapi tak teringat plak dalam ni berbukit bukau macam tu sangat.. luper lah.. terpaksalah kanda berhempas pulas menolak wheel chair mak, turun naik bukit.. ahaha... tak pe ler.. pahala... insyaAllah... :)

Lagi satu... dah masuk dalam, baru pasan kamera tu dah tak de bateri!! chaisss... penat je bawak berat2.. selalu ada backup batteri.. tapi hari ni bawak beg lain.. tak bawak beg tu.. uhuhu... sudahnya guna camera phone je la...

Kesimpulannya.. seronoklah jugak berjalan kat dalam tu.. macam jalan dalam hutan.. redup ajer walaupun matahari memancar terik!.. kebersihan pun ok.. laluan pejalan kaki diorang selalu cuci.. so tak de lah bahan buangan burung tu bersepah2 kat lantai.. burung2 pun banyak.. tapi yang paling banyak rasanyer si burung merak.. sebabnya ke mana-mana kitorang pergi mesti ada lah paling kurang sekor dua burung merak tu..


Minggu depan ke mana pulak ya?.. PD?? ehehe..

More info, bleh tengok http://www.klbirdpark.com/

14 October 2010

Tahu Goreng Bawang Putih

Lama tak tulis resepi.. ni kira resepi jugak lah.. :p
Sangat simple tapi sangat sedap...
Try lah.. sedap dimakan panas-panas...

Goreng tahu macam biasa, potong kepada empat bahagian
Goreng bawang putih yang telah dicincang hingga kekuningan (2 ulas bawang putih cukup untuk 3 keping tahu)
Tabur bawang putih dan tuangkan kicap

Siap!!


13 October 2010

4th Appointment - Baby tido

Baby is 16 weeks plus..

Sekejap je dah masuk 2nd trimester.. Alhamdulillah.. setakat ni sumer Dr kata ok.. insyaAllah.. semoga semuanya dipermudahkan...

Checkup tadik.. masa Dr scan, baby mama tengah tdo menonggeng... heartbeat alhamdulillah ok.. cantik je.. papa kata baby solat subuh lambat.. ehehe.. ke situ pulak.. Dr Ju pun gelak.. Bila Dr usik-usik perut nak kejutkan baby, dia dok stretch sket jek.. angkat kepala, pusing, tido balik.. ehehe.. teringat cibu nyer perangai.. cam tu ler biler kene usik.. Dr suh kuar minum milo dulu.. bagi baby gula banyak sket..

Lepas pekena milo panas secawan, muffin seketul, masuk balik jumpa Dr.. Tengok-tengok baby dah pusing..dok baring mengiring plak.. main-main sket, pastu sambung tidur... uhuhu.. tdolah dear.. Dr kata everything looks fine pun dah syukur Alhamdulillah...

12 October 2010

Saya belum ada rasa itu...

Kadang-kadang tengok orang bergaya beria-ia macam teringin jugak... tudung kaler-kaler.. sumer baju ada tudung yang spesel.. kalo saya, musim pakai tudung pink, maka sumer baju yang akan saya beli ada unsur-unsur pink gituh... skang ni musim sedap pakai tudung maroon.. maka sumer baju dalam group kaler maroon/pink.. sorry lah kanda, adinda mu ini tidak cukup terrer bergaya!.. ahaha...

Kalau kasut.. ada sesetengah orang, koleksi kasutnya penuh satu almari... saya dulu pernah lah jugak, giler membeli kasut.. tapi yang sering dipakai, kasut yang itu jugak... sampai lunyai... akhirnya kembali kepada rutin beli satu kasut, pakai sampai lunyai.. kalau ada kasut lain pun, maknanya kasut itu sangat diperlukan.. contohnya untuk meeting.. ahaha.. kalau ada dua tiga kasut pun dalam satu masa, saya tetap akan pilih kasut favourite untuk dipakai hari2...

Handbag?.. tengok handbag cantik-cantik memanglah geram.. tapi tu ler.. heran jugak tengok orang yang rajin tukar-tukar handbag ni... handbag saya macam beg doraemon.. sumer boleh letak.. kalo nk tuko handbag hari-hari, jenuh nk pindah2 kan barang yang melambak tu...tu yang malas.. jadiknya setialah saya dengan handbag yang itu.. tapi backup handbag yang sesuai untuk majlis-majlis tertentu memang ada lah.. cuma jarang-jarang digunakan...

Kalau berjalan di kedai emas.. menjeling jugak la gelang, cincin yang beso bagak dan bergemerlapan.. ihihi... tapi dah kalo kerja dok mengadap notebook.. sekali pakai gelang, calar balar lah jawabnyer notebook ni nanti.. jam pun saya bukak biler kerja.. kalau tak pakai buat aper nak beli kan?..

Pinggan mangkuk berjenama... yang ni memang ada angan-angan nak penuhkan almari dengan koleksi pinggan mangkuk ni.. bukan apa.. cantik, ringan dan tahan.. betul!! tapi dalam almari tu dah penuh dengan koleksi pinggan Claytan.. almaklumlah.. kilang Claytan tu dekat je ngan rumah... cup and saucers boleh dapat RM2 sepasang... design pun boleh tahan cantik dan modern.. cumanya.. berat la.. lagi pun hadiah2 kawin dulu memang dapat banyak pinggan mangkuk Claytan yang cantik-cantik... sayang pulak kalau tak guna.. jadiknya setia lah saya dengan produk Claytan... tunggulah sampai sumernyer retak seribu...

Lagi pun kanda selalu pesan, utama kan yang lebih utama.. kiranya sekarang ni barang-barang tersebut di atas  ini... (dan banyak lagi sebenarnya...) bukan keutamaan saya...

Dan lagi satu pesan kanda... bersyukurlah dengan segala yang kita ada... bandingkan kesenangan kita dengan orang yang lebih susah, bukan dengan orang yang lebih senang... uhuhu.. sungguh syahdu... :p

Tak per... yang pastinya buat masa ini... saya memang belum ada rasa itu... :)

10 October 2010

Taman Bukit Jalil

Pagi-pagi lagi abang di Perak dah telefon mak.. tanya hari ni mak ke taman tak?.. ehehe.. sepanjang dua minggu di Perak, memang rutin hari Ahad berjalan di taman.. Dah sampai sini, kita berjalan ke Taman Bukit Jalil pulak..

Pagi ni menggoreng pisang.. pisang tanduk yang mama babah bawak dari Johor..

Lepas sarapan bersiap-siap, terus ke taman.. tak berjalan sangat.. pusing dekat-dekat je sebab nampak mak letih nak berjalan banyak..


Balik taman, singgah gerai depan rumah tu.. pekena teh tarik sorang segelas.. mak dan pak makan mee goreng.. Lepas tu singgah rumah jiran, bawak mak pak tengok baby girl baru yang putih melepak!! comel sangat macam abangnyer...

Cakap dengan mak, minggu depan tak pergi taman pun tak apa.. pagi-pagi lepas subuh, kita berjalan keliling PUJ pun cukup.. tegur jiran-jiran keliling yang datang melawat mak dan pak semalam.. :)

09 October 2010

Sabtu bersama mak dan pak

Hampir seminggu dah mak dan pak dok di sini.. sekejap je rasa.. macam baru semalam je sibuk mengemas rumah ngan kanda.. :)

Alhamdulillah... semuanya dipermudahkan Allah.. mak pun makin sihat nampaknya.. Semangatnya kuat nak sihat semula.. tangan kanan pun dah boleh menggenggam kuat.. cuma kaki kanan yang susah sikit nak melangkah.. kalau berjalan, agak terhuyung hayang dan perlahan... kalau berjalan kat luar, memang kene pimpin...

Makan pun berselera sungguh... dalam masakan pun sengaja lebihkan masakan sayur... masukkan tomato dan carrot.. kesukaan mak.. Lepas makan nasi, mak meratah sayur...

Pak pun Alhamdulillah.. makan nasi bertambah... Rajin mengulang makan... sarapan pun sengaja masak lebih-lebih.. setakat ni nasi goreng, bihun goreng, jemput-jemput... pendek kata meja tak pernah kosong.. semua boleh habis menjelang petang.. lega rasanya tengok diorang berselera... kanda pun sediakan roti bermacam jenis.. bila petang, pak tolong sapukan jem pada roti mak.. romantik! :p

Tidur.. ihihi.. ni yang kelakar.. mak selalu mengadu susah nak tidur siang.. seminggu di rumah, tu lah yang mak adukan setiap kali balik kerja.. kiranya ni hari pertama lah duduk di rumah dengan mak pak sepanjang hari.. kanda tak de.. ke penang atas urusan penting.. lepas makan tengah hari dan solat zohor, mengemas baju kat atas.. dalam pukul 3 turun ke bawah nak angkat kain.. pak macam biasalah tidur dalam bilik.. mak pulak terlelap kat atas sofa.. oh! baguslah.. mak dah boleh tidur siang.. fikir saya dalam hati..

Ambik kunci, bukak pintu, keluar masuk rumah, semuanya saya buat perlahan-lahan takut mak terjaga.. ihihi... kesian pulak.. sekali sekala dapat tidur siang... Mula melipat kain atas sofa bertentangan dengan mak.. mak tidur berdengkur.. nyenak sungguh! baguslah... :)

Selesai melipat tiga empat helai baju, mak terjaga, toleh saya dan terus berkata... "Mak tak boleh nak lelap la siang-siang ni"....  ehehe.. saya pun gelak besar la... "ye ke mak?... ihihi.. mak tidur berkeruh2 tadik... entah-entah hari2 mak tak perasan mak dah tidur nyenyak macam ni..."... mak pun ikut ketawa sama... dan tak lama, terlelap lagi... dan berdengkur!! ahahah... tapi baguslah.. maksudnya mak selesa di sini.. dan cukup rehatnya.. lega....

Bila melapor pada kanda, kanda pun tergelak sama... :)

Cadangnya esok nak bawak mak pak ke Taman Bukit Jalil... saja pusing2 amik angin pagi.. kesian diorang seminggu kat sini dok terperap je kat rumah...

08 October 2010

Babah Mama, Mak & Pak

Ayahnda bonda ada di Sungai Buloh sekarang ni.. datang sini semalam sebab nak attend kenduri doa selamat pakcik makcik yang akan ke Mekah 17 hb ni.. Kebetulan juga, makcik yang di Bandar Sri Damansara sedang menunggu hari nak bersalin.. InsyaAllah kali ni rezekinya baby girl selepas dikurniakan tiga orang boys yang handsome!.. :) Semua orang excited!

Kebiasaannya ayahnda bonda memang stay di rumah kami kalo ke KL.. tapi sebab kami sedang menjaga mak dan pak, jadiknya diorang ke Sungai Buloh lah kali ni.. Ayahnda dah terbiasa dan memang suka ikut kanda ke masjid Bandar Kinrara, jadiknya pagi-pagi lagi dah teringat nak ke sini.. kebetulan hari ni nak solat Jumaat..

Bonda pun dah lama sebut-sebut nak melawat mak.. berbesan jauh.. utara selatan.. ni lah kesempatan diorang nak berjumpa..

Dalam kul 11 lebih ayahnda bonda dah sampai rumah.. kami masih di pejabat.. tapi tak pe ler.. biarlah diorang berbual dulu.. bonda pun dah biasa, jadiknya macam rumah sendiri lah.. terus ke dapur, sediakan air dan hidang.. mak tak berapa kuat nak mengangkat berat-berat.. pesan kat bonda pastikan mak tak buat apa-apa.. mak tu bukan boleh percaya.. nanti senyap-senyap dia pulak yang bangun buat kerja.. :p

Lunch bersama.. lepas tu, ayanda tinggal kete kat sini, adik yang di UPM tu yang jadik driver dua tiga hari ni.. diorang balik ke SB, dan kami masuk ofis semula...

07 October 2010

Daily Routines

Rutin harian tak de lah berubah sangat pun.. kebetulan sejak puasa hari tu kami memang bangun awal.. kanda seawal 4.30 pagi dah bangun.. saya kene amik masa sket.. dalam kul 5.15 tu baru boleh bangun.. ehehe.. tu pun kanda yang kejutkan sahur.. tahun ni memang tak bersahur sangat.. kalau tahun lepas, banyak jugak lah hari yang saya memasak untuk bersahur.. tahun ni rasanyer sehari dua je yang kami bersahur makan nasi.. selebihnya memang bersahur kurma dan air masak aje..

Lepas bersahur, kadang-kadang tidur balik.. kanda?.. tak boleh lawan la.. bertadarus sampai ke siang.. ihihi..  saya selalunya sibuk dengan kerja-kerja menjahit... rasa macam tak habis-habis je kerja menjahit tu.. kadang-kadang mengemas... kadang-kadang melepak aje.. dan kadang-kadang tido!..

Balik kerja rehat kejap, dalam kul 6.15 mula memasak untuk berbuka.. saya ni tak boleh memasak awal-awal sangat.. bila makanan dah terhidang tapi tak boleh makan, lemah longlai lah badan.. uhuhu... lebih suka, habis masak, terus sedia untuk makan... makan panas-panas..

Sepanjang syawal pulak rasanyer tak ada rutin tetap.. sibuk sangat.. banyak perkara yang kene uruskan..

Sekarang ni pulak.. terjaga bila dengar azan subuh.. kanda biasanya dah siap-siap nak ke surau time tu.. mak dan pak pun terjaga time-time ni jugak.. bersiap-siap solat subuh.. kalo kanda ada, dia yg jadik imam.. kalo tak, pak la yang amik turn..

Lepas solat, saya sambung kerja-kerja rumah.. kalau ada kain nak kene lipat, lipat la sekejap.. kalau tengok lantai comot sangat, sapu lah sikit.. (sapu lantai kalo rasa comot je ek?! :p) kanda temankan mak bertadarus..  saya terus ke dapur sediakan sarapan dan masak lauk untuk lunch nanti.. selesai mak bertadarus, kanda ke dapur tolong apa yang patut.. tapi yang pastinya tugas tetap kanda ialah masak nasi dan refill botol-botol air dan flask pak..

Sambil-sambil tu basuh baju.. urusan menyidai, kanda selesaikan.. :)

Lepas sarapan, lepas kanda tengok mak pak makan ubat.. pergi kerja.. Tengah hari balik rumah untuk sediakan makan tengah hari.. Alhamdulillah la tempat kerja dekat dan senang nak keluar masuk.. Sempatlah panaskan lauk, hidang-hidang dan makan dengan mak pak kat rumah.. habis makan, kemas dan masuk ofis semula..

Balik kerja petang, terus ke dapur lagi.. kalau rasa nasi tak cukup, masaklah lagi.. tambah sikit.. Biasanya budget lauk lunch sampai dinner.. tapi kadang-kadang tak cukup juga.. lagi pun saya lebih suka lauk yang baru dimasak.. lebih-lebih lagi sayur... maka petangnya pun memasak lauk lagi.. waktu petang, kanda banyak meneman mak ngan pak.. teman berbual...

Habis makan, kanda tolong mengemas dapur.. angkat dan basuh segala pinggan mangkuk dan periuk belanga!.. baguskan?.. lega kan rasa.. bila kanda rajin menolong kat dapur...

Maghrib dan Isyak berjemaah... tengok tv, borak-borak.... dan tv pun tengok saya... ZzzZzzzzZzz....

04 October 2010

Bilik bawah - selesai sudah

Selesai sudah satu urusan.. mak ngan pak dah dibawa ke sini.. dengan kesihatan yang tak menentu, ku gagahkan jugak menolong kanda mengemas umah.. uhuhu... tempoh mengemas tu rasanye sangat la panjangnyerr... stor bawah dah dibersihkan.. dah jadik bilik dah...

Asalnya sangat lah semak... ntah ada ke tidak ek gambar lama dalam simpanan.. gambar baru memang tak amik.. tak sempat... Segala rak dah dibawak ke atas.. walk-in wardrobe master bedroom jadik stor.. mungkin sementara.. oh mungkin selamanya!! oh tidakkk!!.. tapi stor yang chantekk la.. :) ahaha.. ye ke cantik?.. blink.. blink.. ;;)

Bilik bawah tu yg asalnya stor dah dicat baru.. keler hijau muda.. memula nak cat, kanda kata tak sempat.. tapi tengok dinding yang comot tu rasa geram pulak.. bukannya comot apa.. tapi cat putih tu tak sekata... tak syok pulak rasa.. balik kerja hari kamis minggu lepas, singgah hardware beli cat 7 liter.. ngan berus kecik utk touchup...

Pagi Jumaat sebelum subuh lagi dah mula mengecat.. :p mula2 cat2 keliling suis, tingkap, pintu... kononnya nantilah kanda cat.. kanda pun pesan, jangan cat, biar dia yang buat.. azan subuh benti kejap, solat siap2 sebelum tangan dan kaki diselaputi cat.. kanda balik surau, tengok dah separuh bilik tu siap dicat!! ahaha.. tak boleh tahan la.. geram tengok dinding comot tu..

Yang bestnyer, semalam beli cat, beli berus kecik utk touchoup, tapi tak beli roller.. sebab ingatkan ada roller lama yang tak pakai lagi.. rupanya cuma ada spannyer ajer.. roller nyer ntah mana pergi.. berus kecik pulak ada melambak lagi... 2 yang baru, 2 yang dah pakai tapi masih elok... jadiknya separuh bilik tu dicat guna roller kecik! mujur ada roller kecik tuh... penatnya makcik!!.. rasa macam tak siap2 aje.. pagi2 buta mana ada hardware yang bukak kan? maka ku gagahi jugak...

komen kanda: apasal cat tak sekata? arghhhh frustnyer.. ni mesti sebab roller kecik! nampaknyer kene double layer ngan roller beso la balik ni... tak pe ler.. proceed jek... cukup masa, 80% bilik tu dah siap cat.. tu pun terpaksa stop sebab berebut tangga ngan kanda... biarlah cat tu comot pun.. huh!!...

Kanda sibuk drill railing langsir.. rumah kecik... tak mampu beli banglo!! :p bilik bawah tu tak muat nak letak queen bed... so letak kat dining area, buat railing langsir tutup keliling for privacy.. rasa mcm kat showroom IKEA plak.. ahaha.. perahsann!!.. nak letak mak pak kat atas, macam kesian plak.. kaki mak tak kuat.. susah nk turun naik tangga... kat situ pun ok la.. dah ada curtain tu ok aper... :) harap2 mak pak selesa...

Lagi satu yang best... tengah hari tu balik rumah sebab nak uruskan kete (kete kan masuk worksyop.. ni pun dok bz uruskan geran untuk claim insuran.. macam2!!) Tengok2 cat bilik kecik tu dah kering dan nampak chantekkk ajer!! Yey!! tak payah layer dah.. tinggal siapkan 20% tu je.... Alhamdulillah...

Pagi Sabtu sambung lagi 20%, kanda masih sibuk kerja2 drilling.. malam tadik (jumaat mlm sabtu) terpaksa rushing ke IKEA lagi.. ada lagi yang tak cukup... best jugak jalan kat IKEA malam-malam nih.. lapang ajer.. next time nk p IKEA p kul 10pm onwards! tak serabut! Selain sibuk pasang railing langsir, kanda pasangkan gak shelf kat dapur.. gantung jam kat bilik dan dapur..

Dalam kul 11 tu berkejar ke worksyop.. sebab katanya kete dah boleh amik.. Alhamdulillah.. pastu hantar kete adik... singgah giant carik kipas dan water heater.. dah tak sempat dah.. tu je option paling senang.. balik sambung lagi mengemas.. barang2 tak pakai campak je tingkat atas.. uhuhu... lepas maghrib, semua urusan selesai.. dan bertolak balik ke Parit Buntar... singgah makan... dalam kete, tido! syian kanda.. sama2 penat.. tapi kanda tak leh tdo.. kene drive.. dalam kul 12 sampai..

6.30 petang Ahad, sampai sini dah.. tengok bawah, ok la.. rasa chantek jek.. naik je atas, ya Allah giler serabut rasa.. Pagi tadik, sempat la mengemas semula.. lega rasa... tapi masih tak siap lagi sebenarnya.. lepas ni nak kene clear hall atas pulak!.. berusahalah!!..

03 October 2010

Harga Biasa

Lokasi: Hentian Bas Sementara Bukit Jalil, 10.45 pm..
Objektif: Beli tiket untuk adik yang nak balik ke Perlis esok..

"Harga tiket ke Kangar baper ya?"...
"Harga biasalah bang!"....

"Berapa ya?"..
"Biasa.. Biasa.. Harga biasa... "...

"Harga biasa berapa?"...
"Eh macam biasa lah.. kita jual 43"... (tak berapa jelas sebutan 43 dia tu)

"Berapa?"
"Biasa.. biasa... 43 ghinggit... " (haa.. kali ni jelas.. tadik ingat 23 ka.. 43 ka... tak clear)..

"oooo.. 43... masalahnya kami ni tak biasa naik bas dik... " :p

Tersenyum sipu2 mamat tu... ahaha...

NOTA: Perbualan di atas berlaku dalam suasana harmoni... tak de marah2 pun walaupun kami berdua ni dah penat giler ke hulu ke hilir satu hari tu.... Mamat tu pun bercakap dengan senyuman manis ajer.. :p

Alhamdulillah... Objektif dicapai! :)

Jalan-jalan pergi taman

Bawak mak menikmati udara pagi yang segar bugar di tepi sungai... apa ek nama sungai tu?.. luper plak... tapi kat pekan Parit Buntar la... oh.. baru google, Water Front Sungai Kerian.. :)