Pages

18 December 2008

Tafsirkan la sendiri




15 December 2008

Periksalah Main Suis Rumah Anda!

Start dari last week kitorang notice yang lampu rumah asyik berkelip-kelip ajer.. macam tak cukup karen. Tanya jiran-jiran sebelah semuanya ok. Nak kata ada install barang letrik baru tak de la plak.. paling last, tambah kipas syiling for both bilik kat atas bulan puasa lepas. Tu je.. lepas pasang tu pun tak de sebarang 'kejadian pelik' berlaku..

Beberapa hari lepas makin menjadi-jadi plak. Kebetulan satu hari tu time azri mandi, water heater on, tengah dok tengok tv kat bawah. Dengar bunyi buz-buz.. tengok2 kat main switch tu ada spark!.. risau sungguh!!..

dah la main switch tu tinggi melangit... tangga plak tak de kat kitorang.. susah jugak nak tengok.. pinjam tangga jiran sebelah, tp tak cukup tinggi plak.. eheheh...

Panggil la mamat letrik yang selalu kitorang panggil tu. Tengok-tengok wire dalam main switch tu dah terbakar. Puncanya mungkin masa install tu, longgar. Electrician tu kata every year sepatutnya kita cek main switch kita. Disebab letrik yang masuk tu kuat sangat, ada kemungkinan wire tu tertendang. Makin lama, makin longgar.. tu yang boleh jadik spark tu. Mujur syiling batu...risau spark kene kat langsir.. na'uzubillah..

So korang sumer.. jadikkan la rutin cek main switch tu setiap tahun... :)


'Mangsa' kebakaran


Ni la main switch yang tinggi melangit tuh

14 December 2008

Sambung kerja hujung minggu

Sambung kerja kat umah boss kat Parkview.. Fuiyooo apartment ngadap KLCC! baper la monthly installment yang dibayar.. Cantik.. Studio apartment yang comel dan cantik!
Niat di hati nk naik ke atas.. nk 'melawat' pool, jacuzzi, gym.. tapi dah penat dok buat kerja tak larat dah..
Esoknyer berangan lepas meeting nk jalan KLCC plak.. shopping la konon.. nak balas dendam kerja hujung minggu.. tapi.. dengan notebooknyer sampai empat campur projektor, fail-fail lagi kitorang kene bawak.. batalkan ajer le niatnyer... lepas meeting baru nk p makan.. dekat kul 11 baru b'fast.. lapau!!..
makan makan makan, lepas tu, trus tuju kete, stret balik ke office. Hantar notebook member, projector, trus cabut!... ahaha.. tido sampai ke petang.. lega rasanyer!


Ni pemandangan dari dalam apartment.. bit cloudy, awal pagi sangat kot.. baring atas katil dok ngadap KLCC! Dah la tinggi tingkat 31.. puas tengok pemandangan KL.. nak amik gambar banyak-banyak tingkap tak clear plak.. nak bukak tingkap, gayatttt!! :p


Ni muka-muka gembira sejurus selepas meeting (esp. yang tengah tu)..

13 December 2008

Bekerja di rumah

Atas sebab-sebab telah ditetapkanNya, kami telah menjadi host utk acara korban cuti hari Sabtu (dan Ahad) untuk bekerja beramai-ramai.. :p
Sama-samalah kita berdoa, saper-saper yang telah 'ter'masuk umah member tu, dan telah 'ter'ambil notebooknya dan segala hasil kerjanya yang berbulan-bulan, lembutlah hati nya untuk memulangkan notebook tersebut dan segala barang-barang yang 'dipinjam' kepada tuannya semula.. Semuanya dengan izin Allah... Amin...


09 December 2008

eclipse and log4j FileAppender

I have a webapp named 2log4j running on Tomcat 5.5, which requires me to do all logging using Log4j. This is the file structure in eclipse package explorer panel.

From Drop Box

Here are my log4j.properties file and java class that do the logging.

log4j.properties
### direct log messages to stdout ###

#log4j.appender.stdout=org.apache.log4j.ConsoleAppender
#log4j.appender.stdout.Target=System.out

log4j.appender.stdout=org.apache.log4j.RollingFileAppender
log4j.appender.stdout.File=mytestlog.log
log4j.appender.stdout.MaxFileSize=100KB
log4j.appender.stdout.MaxBackupIndex=1

log4j.appender.stdout.layout=org.apache.log4j.PatternLayout
log4j.appender.stdout.layout.ConversionPattern=%d{ABSOLUTE} %5p %c{1}:%L - %m%n
log4j.rootLogger=trace, stdout



LogClass.java

package com.zilun.utility;

import org.apache.log4j.Logger;

public class LogClass {
private static Logger log = Logger.getLogger(LogClass.class);

public static void writeLog() {
log.trace("Trace");
log.debug("Debug");
log.info("Info");
log.warn("Warn");
log.error("Error");
log.fatal("Fatal");
}
public static void main(String[] args) {
LogClass.writeLog();
}
}


callLog.jsp
From Drop Box


I found out that the application logs fine to console when run both from class main method and when called from jsp.

When i change the log4j.properties to use either RollingFileAppender or FileAppender it only works if run from class main method.Is there anything that i missed?

i only found out the answer after some times. 4 days to be exact (thats include 3 days hari raya holiday!!). Actually the only thing that i miss is the log file location. ehehe... tak perasan...

I am using eclipse and 2log4j project folder is in c:/eclipse/workspace/
The different is when i run the class main() method, the log file is created in c:/eclipse/workspace/2log4j/ directory but if i call the jsp file callLog.jsp the log file is created directly under eclipse root folder which is c:/eclipse
thats all..

The problem solved! :)

03 December 2008

Sape kata saya tak boleh?...

Lama sungguh tak update.. dekat sebulan dah.. macam biasa, gambar memang banyak.. slalu upload ke picasa, web nyer yang tak update.. tapi ni ngan picasaweb nyer tak update-update.. uhuhu...

Penat.. kerja melambak-lambak.. nape ntah rasa kerja tak abis-abis.. ni tiba mood nak buat kerja kot.. :p tu yang tingat kerja-kerja lama yang tak siap-siap.. uhuhuu..

Satu hari buat kerja.. dapat staff baru semalam.. Dija yang giler express buat kerja.. ahaha.. jenuh nak susun kerja untuk dia.. ntah kalo bagi kerja sebulan, dua tiga hari pun bleh siap.. bagus bagus!..sume orang kene ikut perangai si Dija ni.. (termasuk la yang sedang menulis blog nih.. :p)

Hari ni dah penat.. balik nk surf net.. donlod torrent.. desperate housewife.. ahaha.. baru download S5E03.. dah ketinggalan sungguh.. yg episode one pun tak tengok lagi.. kesian kan?.. tak de life sungguh.. balik umah, angkat kain, lipat baju.. lepas maghrib kuar makan.. sejak pindah umah baru ni, tak masak-masak lagi.. konon lepas pasang kabinet nak rajin masak.. tetiba rasa fridge tak cukup beso plak.. ALASAN!! balik dinner.. memang tak boleh buat apa.. tengok tv.. terlelap depan tv... tu la jadual hari-hari..

tu pun alhamdulillah la tempat kerja dekat 15 minit dah sampai opis.. 8.15 kuar umah.. dekat kul 6 dah sampai umah.. kalo dok kerja tengah2 KL tu... uhuhu.. hari2 nangis agaknyer..

cerita malam ni sebenarnya nak menunjuk skill baru.. orang lain bleh buat.. saper kata kita tak leh buat??.. Enjoy!!

From Experimenting with Photoshop

28 November 2008

Family Holiday @ Pangkalan Balak

Esok Ana (cousin) nyer majlis kat umah Nazri... Sambut menantu.. kitorang ramai-ramai kumpul kat Pangkalan Balak.. lama tak kumpul ramai-ramai... Sampai2 aje ramai yang dah ada.. Ude pun dah siap masak.. Ain tengah sibuk bakar udang.. nyumm nyumm.. Makan makan makan, tak lama pastu mama babah dari Pontian pun sampai.. Uteh plak dari BP bawak ayam kampung marinated!! uhuhu.. (kitorang jek yang tak bawak aper :p)

Dekat kul 10 malam, guruh berdentum-dentum.. angin pun mula kuat.. mujur sumer orang dah makan.. tinggal ayam je sket2.. 10.15 hujan mula turun.. angin kuat betul! Alhamdulillah sempat kemas sumer.. naik ke chalet k onie, sambung borak-borak.. Cik Juli book 6 chalet.. memula tu nk book 7, tapi ada shooting filem apa ntah.. dapat 6 bijik jek.. ok la tuh.. kitorang satu family share ramai-ramai.. :)

hujan sekejap je.. hujan reda, keluarkan kek birthday Itam.. sambut la skali ngan Ude.. kalo abang ajan ada, bleh sambut skali.. kumpul sumer yg bulan november... date pun dekat-dekat ajer.. babah baca doa selamat, nyanyi-nyanyi sket.. wusshhh.. tiup kek ramai2.. ahaha.. gambar tak leh letak.. censore!! ekekek..

lepas tu, lukiskan inai untuk ana.. sorang-sorang tingin nak berinai jugak.. dari tiga jari, jadik satu tangan, dari satu tangan, jadik dua tangan sudahnyer ada yang sampai inai ke kaki.. uhuhu...

Dah kul 1 tak larat.. p masuk tido.. azri sambung borak ngan pakcik makcik ntah sampai pukul baper.. masing-masing bukak citer lama.. ehehe...


BBQ session


dah mula ribut.. dan hujan...

From BBQ @ Pengkalan Balak

Sedang ingin bercinta

27 November 2008

Gel kaler-kaler

Nah.. compare gel yg dibeli kat jusco ngan kedai hardware mr.diy! :) A picture speaks a thousands words!!


From Mr.DIY hardware


Bought at jusco


Hasilnya.. compare lah!

11 October 2008

Baby Humayra Hurulain

Cute sungguh baby wardah ni.. :) 3rd baby, 1st baby girl!.. Tahniah mama wardah n papa midi.. :) ehehe.. kali pertama dapat gambar dari wardah, terus tingat kat character mirmo zibang yang cute mute tu.. :) ekekeke... sama kan?..



p/s"Thanks to Nisha for the picture.."

10 October 2008

Aidilfitri 1429

Selamat Hari Raya Aidilfiltri & Maaf Zahir dan Batin dari kami berdua



Raya tahun ni giliran beraya di Pontian. Isnin tu masih kerja, kat opis tinggal 3 orang ajer.. hari selasa, pagi-pagi sebelum sahur gerak balik ke Pontian. Macam selalu, ikut jalan biasa, malas ikut highway..

Tu gambar pada pagi raya pertama. Nak bertolak ke rumah Bak.. umah atuk di Batu Pahat. Kumpul sedara mara ramai-ramai.. hanis pun ada.. datang dari muar.. tu la rutin raya setiap tahun... kumpul kat umah bak..





Alhamdulillah, sempat la berbuka puasa sehari kat Pontian.. Projek ayahnda tahun ni, buat pintu kabinet dapur.. Marvellous!! boleh bukak kedai.. :) cantik...sumer buat sendiri.. :)

Hari raya kedua plak, mama complaint, meja dapur tak cukup panjang.. uhuhu.. projek kedua, extend meja bagi panjang.. yang tu azri ada bleh tolong..

Abang amin balik raya kedua.. Seronot sungguh Haziq beraya kat pontian.. dapat bola, sumer menda lain tak kesah.. :)


Fine Bone China

Balik raya hari tu, mak azri tunjukkan satu keronsang yang jiran dia bagi..souvenir dari London... Keronsang seramik.. memang cantik.. tapi bile tengok kat kotak tu ada 'Fine Bone China' jadik ragu-ragu plak..Selalu dengar pasal pinggan mangkuk, rupa-rupanya ada jugak keronsang.. mesti ada produk lain jugak..

Teringat dengan emel-emel yang pernah diterima.. Dok buat research gak kat internet.. sikit-sikit je.. mana-mana yang boleh kongsi, kat bawah ni petikan artikel berkaitan.. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya..


Bone China is porcelain that contains animal ash, mostly ox bone, The bone is burned and ground to a fine powder. This gives the ware strength and whitens it. The only difference between porcelain and bone china is the whiteness of bone china.


Sumber: Wiki Answer

Sebab ada abu tulang haiwan.. dia declare ox bone.. tp takut yg 'ox oink oink' pun masuk jugak.. kita pakai buat p solat kat masjid.. uhuhu.. kalo pinggan mangkuk plak?.. uhuhu ngeri ngeri.. baik pakai pinggan claytan air hitam jek.. :p



Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.


Selanjutnya...


Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.

Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumsalam,
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.

Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj yang bererti :

Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.


Sumber: Jabatan Mufti Selangor

08 October 2008

Susah sangat ker nak tukar alamat?

Banyak sungguh kerja tertangguh... :(
sibuk mengemas rumah.. kerja-kerja mengecat pun tak habis lagi ni..

Dengan streamyx yang lambat pindah.. ingatkan request awal, cepat la dia bleh buat kerja.. makin lambat ada la.. sebab dia letak kat tepi, lepas tu dia luper la agaknyer.. billing address TM.. streamyx, 2 account TM Net kitorang pun tak tuko-tuko lagi.. Streamyx nyer kes, azri kene berulang p TM Cyber untuk pastikan alamat dah tuko ke blom.. TM Net nyer plak, masih tak tuko lagi.. walaupun dah request sekali dengan Streamyx.. bila azri phone, asyik salah department jek.. suh call sana, call sana, suh call sini plak.. call sini, suh call sinun.. siap tanya fix phone line lagi untuk attach ke account TM Net 1515.. Dey!!! ini dial up la.. bukan Streamyx.. tak paham sungguh.. satu account senang je tuko.. bila call balik untuk tuko satu lagi account, banyak plak cekadaknyerr... Nak diikutkan TM Net nyer billing address tu dah baper kali tuko, dah pakai since zaman belajar lagi.. sebelom ni nk tuko billing address tak le sesusah ni.. takkan sistem makin canggih makin menyusahkan plak?? hishhh dah jadik luahan perasaan kat TM plak... orang-orang TM yang ada akses ke Perbualan-Telefon-Yang-Telah-Direkodkan bleh la cek call hari ni dlm kul 12-1 tengah hari.. Mujur la azri tu penyabar orangnyer.. kalo saya yang bercakap, huhh.. tak bleh la nk jadik sesabar itu...

Sebenarnya posting kali ni nak bercerita tentang kerja... tapi sebab dah terganggu dengan TM nyer cerita, tak dak mood plak nk cerita.. (mood jadik tak seronot plak)

Kiss The Rain - Billie Myers



Kiss the Rain

Hello, Can you hear me?
Am I gettin' through to you?

Hello, Is it late there?
There's a laughter on the line
Are you sure you're there alone?

Cause I'm, Tryin' to explain
Somethin's wrong,
Ya just don't sound the same

Why don't you, Why don't you
Go outside, Go outside
Kiss the rain, Whenever you need me
Kiss the rain, Whenever I'm gone, too long.

If your lips, Feel lonely and thirsty
Kiss the rain, And wait for the dawn.

Keep in mind, We're under the same sky
And the nights, As empty for me, as for you
If ya feel, You can't wait till mornin'
Kiss the rain, Kiss the rain, Kiss the rain

Hello, Do you miss me?
I hear you say you do
But not the way I'm missin' you

What's new?, How's the weather?
Is it stormy where you are?
Cause you sound so close but it feels like you're so far
Oh would it mean anything
If you knew, What I'm left imagining
In my mind, In my mind
Would you go, Would you go
Kiss the rain, And you'd fall over me
Think of me, Think of me, Think of me, Only me

Kiss the rain, Whenever you need me
Kiss the rain, Whenever I'm gone too long

If your lips, Feel hungry and tempted
Kiss the rain, and wait for the dawn
Keep in mind, We're under the same skies
And the nights, As empty for me, as for you

If you feel, You can't wait till morning
Kiss the rain, Kiss the rain, Kiss the rain
Hello
Can ya hear me?


Berjalan dari selatan ke utara, utara ke selatan... dok mendengar radio jek.. radio pilihan.. Sinar FM ngan Mix FM.. orang lama.. :) Ni la antara lagu yang melekat di jiwa... lama sungguh tak dengar..

07 October 2008

Kerja lepas raya

Habis cuti raya mula kerja kat client site, Balik Pulau, Pulau Pinang.. :)
seronok tengok construction sepanjang jalan.. sekali skala boleh la.. yang lalu hari-hari tu?.. ekeke.. sabo je la.. :)










28 September 2008

Projek mengemas Working Area

Meja makan bawak naik atas jadik meja kerja.. Plan hari ni nak mengemas buku-buku sumer.. Semalam dah p beli rak buku, cat tambah lagi setong... sebelum kemas rak buku, kene mengecat dulu... nak plan cam ne nak mengecat pun pening kepala.. sebab ruang atas tu tinggi sangat, boleh buat lagi satu tingkat kat atas tu..

mula-mula kene la buat line.. agak-agak sama tinggi ngan syiling tangga.. uishhh tinggi sungguh... turun naik tangga la nak menyiapkan line semua dinding.. mujur azri dah belikan pembaris air tu.. ntah apa namanyer ntah.. tapi sungguh memudahkan kerja...

awal-awal lagi dah mula kerja, mengecat pun sekejap je.. siap bahagian dinding yang nak letak rak buku tu, azri terus pasangkan rak buku.. lepas tu kemas buku-buku sumer.. clearkan lantai.. lega rasa sumer buku dah naik ke rak.. nak sambung kerja-kerja mengecat pun lagi senang..

azri plak mengerjakan sibudak-budak kecik tu sumer.. semenjak pindah, memang tak pernah mandi lagi.. bukan semenjak pindah.. semenjak diorang lahir!.. cuma si Cibu tiger sorang je yang pernah mandi.. tu pun sebab jatuh longkang!.. hiyerkkk...

so.. inilah hasilnya.. siaplah kerja-kerja fasa 1.. cheh! fasa satu kununnn... nak makeup-makeup tu nantila... malas lagi... nak siapkan yang penting-penting dulu!









From Working Area Project

09 September 2008

Pindah Rumah

Tak sempat nk update blog.. Streamyx tak dapat on lagi.. :(
Rumusannyer:


11 August 2008

Tak Sihat IV



Dah siri ke-4?? Ni sudah menjadi siri cerita paling panjang nih... :p


10 August 2008

Tag from Nisah

Uhuhu.. tag kedua yang diterima selepas Jas

Okaylah... kita layann... :)


First Time...

...naik kapal terbang...
...tak ingat... kecik-kecik lagi dah naik dah.. katebang 20sen kat shopping kompleks tu.. ekekeke... naik katebang betul-betul masa Form 4. Masa tu ikut program anak angkat kat Padawan, Sarawak... (Apa khabar orang kampung?.. dengar cerita kampung tu dah tuko nama..)


...pergi overseas...
...mmm... banyak kali.. tapi kali pertama tu tak baper sure la.. sebab masih kecik sangat.. pasport pun tumpang pasport bonda... pergi mana?? seberang tambak Johor.. (Singapore tu kira overseas la kan??)


...dok jauh dengan family...
Mmmm... secara tak official, kecik-kecik darjah satu dua dah dok jauh dah.. asal cuti sekolah, lepak KL (lepak KL tuhhh) ekekeke.. sebenarnya pakcik makcik dan sepupu sepapat ramai di KL nih.. duduk la seminggu dua.. Officially masa form one la.. masuk sekolah kat Kajang.. uhuhu....


...rasa diri gemoks...
akakakaa... sekarang la!!! ahahaha... dah kurang bersenam!!.. dah kurang mengemas!!.. dan kurang berjalan... badan tak fit langsung rasa.. (kawan-kawan!! kata nak pergi berenang?? biler nak start??.. uhuhuu...) Tapi diorang kata I still maintain.. ekekeke.. sebenarnya BMI masih normal.. Kalo nak ikut berat badan naik mendadak masa tunggu result SPM.. masuk UTM rasa gemok giler.. ahaha..dok umah tak de aktiviti.. belajar bawak kete, main computer.. tu jek..


...kerja...
Dengan gaji atau tanpa gaji?.. :p Kerja betul-betul sebagai Research Officer seminggu lepas habis peksa.. Lepak kat umah seminggu jek.. Panas bon*** dah!! akaka..Pergi UTM, jumpa Prof, esok start kerja.. lalalala... Alhamdulillah sampai sekarang rezki kerja tak pernah putus.. :)


...bercinta....
Bercinta secara rasmi, sebetulnya tak ingat biler... banyak syok sendiri-sendiri jek.. ahahah.. perasan sungguh!.. kecik-kecik lagi terasa sumer jejaka suker kat kita.. lalalalala...


...masuk panggung wayang...
sekolah rendah.. zaman kitorang kecik-kecik dulu, masih ada lagi tiket-tiket wayang percuma diorang bagi kat budak-budak sekolah... Ingat lagi masa tu cerita hantu cina yang melompat-lompat tuh.. uhuhu.. tak senonoh sungguh!! ada ka bagi budak sekolah tengok cerita hantu cam tuh.. masa tu panggung wayang kusi kayu yang gulap gulita tuh.. tak tengok sampai abis rasanyer... boring....


...rasa diri cantik...
akakaka... kelakar sungguh.. masa form Two kalo tak silap... selama ni orang asyik cakap kita gelap jek.. tapi masa form Two, memang terasa lawa sungguh la.. :p sebab lalu kat sekumpulan dak-dak lelaki, pastu terdengar diorang berkata-kata sesama sendiri "eh!! lawa jugak si fara ni.." AKAKAKAKA.. bangga sungguh rasa.. lagi la bila ada yang sambut "ko jangan kaco, fara tu *** dah target!" KUI KUI KUI... (sampai habis sekolah tak de pun orang ngorat???)


...melahiran zuriat...
Baby ticker Muhammad Aliff Ikhwan stop at 15th week 21 November 2007... :( terpaksa abort atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. mama tengah tunggu adik Aliff.. Luv u dear :*


...masuk ward...
Columbia Asia Puchong, 20 November 2007...



Okeh... nak pass kat...
  1. Jijah
  2. Jas
  3. Arin
  4. Miza

dan semua sekali!!... :)

Tak sihat III



Masih begitu.. :(

Perasan tak kedudukan tido diorang sama macam semalam?.. ekekek.. mmg dah register macam tu.. Citih ngan Citam.. Cibu tersisih kat belakang.. :p

Semalam diorang dah bangun jalan-jalan dah.. dah bising-bising dah.. Alhamdulillah nampak sihat la sket.. Citam pun dah tak dengkot-dengkot sangat dah.. sket-sket jek... bagi diorang minum air glukos sket.. bagi bertenaga..

Tak pe ler.. rehat dulu.. petang-petang sket, insyaAllah sihat la...

09 August 2008

Tak sihat II

Pagi ni tengok masih macam tu.. si Cibu tu start muntah-muntah plak.. :(
Citih pun asyik tido je ngan Citam.. Rasa seko-seko.. mmm panas la badan diorang.. hidung pun kering jek..



Muka kesian...

Rasanyer kaki Citam tu terseliuh la.. kaki kanan blkg dia.. syiannyerr.. si Citih dah tak dengkot-dengkot lagi dah.. tapi asyik dok ngan Citam jek.. ke mana Citam pergi, dia mesti ikut.. diorang tu selalu main sama-sama.. agaknya masa main sama-sama tu la dua-dua terjatuh.. tp Citih dah baik dah.. Citam melarat sampai demam plak..



Citih ngan Citam, tido gulung2 macam Yin and Yang.. ekekek...tapi gambo tido gulung-gulung tu tak amik plak...



Cibu macam biasa, bawak diri sendiri-sendiri.. syian..

08 August 2008

Tak sihat

Hari ni cerita pasal si kecik-kecik tu semua.. Balik kerja semalam sumer aktif macam biasa.. aktif melampau!!. berlari sana sini..

Hujan-hujan tu pun sibuk nak main-main.. Diorang dah ada game baru dah.. melompat naik atas sangkar... pastu naik atas tembok umah sebelah.. lepas tu turun balik, pastu naik balik.. dok lompat turun naik je la... bergegar-gegar sangkar diorang tuh..

Selalu sampai malam dengar diorang dok main kat luar tu.. main kasut la.. main bola loceng diorang la.. segala benda yang diorang jumpa sumer jadik mainan.. tapi malam macam tak semeriah selalu.. Tengok kat celah-celah langsir si Citam Panther tu dah tido atas sangkar.. mama Tabu teman... tido bergulung2.. yang Citih ngan Cibu tu, dok dalam sangkar.. main-main lagi.. tapi tak ligat sangat.. awal sungguh plak rasa diorang tido.. mungkin sebab hujan kot.. kita pun kalo dapat tido syok gak nih!!.. :)

Pagi-pagi pun selalunya diorang dah melompat-lompat dah kat depan tu.. Tapi pagi ni tengok masih tido lagi.. Macam pelik jek.. Bila angkat seko-seko, suma muker toya jek.. lemau semacam.. last skali angkat Citam.. dia tak mo bangun.. macam kaki kanan dia sakit jek..Suh jalan pun tak mo jalan... ni mesti sebab melompat banyak sangat semalam.. pastu kitorang notice si Citih tu pun dok jalan dengkot-dengkot.. mm rasakan!! ligat sangat!!....

Azri kata biarkan dulu, tak yah p klinik lagi.. jangan manja-manja sangat.. uhuhu.. kesian dak-dak ni.. tak pe ler.. biar dia belajar..

05 August 2008

Status kemaskini blog

Uhuhu... lama tak updet blog nih.. tengok gambar2 dalam picasa dah melambak2.. ceritanya tak tertulis-tulis lagi.. So mana yang sempat tu alhamdulillah sempat la selit sket-sket la..

03 August 2008

Bubur Pulut Hitam

Bubut Pulut Hitam
Rebus pulut hitam hingga kembang.
Masukkan gula melaka daun pandan ke dalam pulut hitam yang dah kembang
Biarkan mendidih selama 5 minit dan hidangkan bersama santan pekat.

Ada jugak yang masukkan sekali santan dalam bubur tu.. Ikut suker.. :)

02 August 2008

PIKOM PC Fair lagi...

adik beradik @ PIKOM PC Fair:



Kali ni teman Nabilah beli notebook.. Budak computer... kene la ada computer.. ye tak?.. Dari umah ngan Fizah.. Yana teman Nabilah jumpa kat KLCC.. Pusing punyer pusing, jumpa la Notebook yang berkenan di hati..

Sambar jugak dua tiga barang yang telah ditarget.. Yang tak mo beli, memang tak tengok langsung! Nak cepat la konon.. Itu pun objektif baru tercapai bila dah dekat pukul 3.30 petang uhuhu.. laparnyer perut.. baru terasa lapar??!.. ajak sumer-sumer makan sekali tak mo.. nak balik cepat katanyer.. So makan bertiga je la..

Lepas makan, solat, terus tuju kereta dan balik rumah.. :) Alhamdulillah misi selesai...



Budak yang beli notebook

01 August 2008

Sangkar Kucing



Kesian... uhuhu.. tapi nasibla nak buat cam ner.. kucing kitorang asyik hilang jek.. azri belikan cage baru... memula nk beli yang tiga tingkat (sebab ada tiga ekor)... tapi pikir-pikir balik macam membazir jek.. :p baik beli kasut! ekekeke...

Sorry la ek dak2 sumer.. siang2 korang sumer lepak dalam sangkar... balik kerja baru kita kuar main2 ek... :)


Citih Polarbear yang paling payah nak masuk.. asyik bising nak keluar jek


Citam Panther ngan Cibu Tiger tak kesah..asal ada mainan, jalan!!.. :)

30 July 2008

Nasi Planta

Balik kerja Azri tanya, nak masak apa hari?.. Abang nak makan apa?.. Geti buat Nasi Planta?.. uhuhu.. Nasi Planta??? tak pernah la makan.. tapi boleh la try..




Nak masak cam ne ni ek?.. mmula macam nk taram jek.. tapi takut tak jadik plak.. cek resipi online.. ehehe.. okeh.. lulus.. seperti yang terlintas di pikiran.. :)

Nasi Planta
Masukkan planta dalam periuk nasi yang panas
Tumis bunga lawang, kayu manis, cengkih dan pelaga
Naik bau, masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis hingga wangi
Masukkan beras, dan air secukupnya
Tambah sedikit garam dan biarkan masak!

Tu jek.. Azri kata lulus!! ehehe.. ok la..
Sesuai makan dengan ayam masak merah dan acar timun.. Dalam fridge ada udang jek.. Mula-mula ingat nak masak udang masak tomato.. tapi kanda request, udang goreng kunyit jek.. ok la.. :)

Inilah hasilnya.. :)

Website baru



Inilah hasil 'kerja tangan' terbaru.. dalam sibuk-sibuk kerja bertimbun, ku gagahi jua!! Uhuhuu... material sumer dah ada, senang la.. :) sehari dah siap... tapi tunggu kata putus tuan punya website..

Ada masa, lawatilah http://bungadipcantik.blogspot.com

Senarai kerja yang masih tertunggak...? uhuhu.. berlambak!! :) yang penting, KITA ENJOY!!

28 July 2008

Bunga Dip



Lawati http://cantikbungadip.blogspot.com

Ni promosi untuk laman web untuk pakcik.. sebenarnya dalam proses nak buat website yang betul2.. tapi boleh la korang browse dulu gambar2 yang ada kat picasa album saya: Koleksi Bunga Dip

Maklumat lanjut, boleh email ke mansorb@gmail.com