Pages

28 June 2008

Side Mirror

Side mirror?? Nak cerita apa kali ni?..

Kali ni saya rasa nak menulis pasal kereta plak la.. Macam mana korang set kan side mirror korang?.. Biasanya kita akan setkan side mirror supaya kita nampak terus ke belakang.. dan biasanya akan terlihat la sedikit bahgian kiri kanan badan kenderaan kita. Kan?..

Sebenarnya cermin pandang belakang dah cukup untuk lihat pandangan belakang kenderaan kita.

Side mirror pula? uhuhuuu.. biasanya ia disalah guna untuk melihat pandangan yang sama. Tak ke membazir namanyer?.. :p

Okeh, cam ner nak guna side mirror sebetul-betulnya?.. Sepatutnya side mirror kita gunakan untuk mengurangkan blind spot semasa memandu. Bila side mirror tidak di setkan dengan betul, selalu terjadi keadaan di mana kita tak perasan ada kenderaan lain di sisi kenderaan kita semasa kita nak menukar lorong atau membelok.

Gambar ni saya pinjam dari Popular Mechanics. Bagus artikel-artikel yang ada dalam tu. Azri yang bagi.



Senang faham kan?.. aa sebetul-betulnya macam ni la kita kene setkan side mirror kita. Mula-mula memang rasa pelik sikit sebab kita dah biasa dengan cara yang salah. Tapi sebenarnya ianya memang memudahkan.

Macam mana nak set side mirror?

Macam ni:



  1. Betulkan kedudukan kerusi
  2. Untuk betulkan cermin kanan, sengetkan badan sampai kepala cecah cermin tingkap. (Buat je! jangan banyak songeh! :p) Dalam keadaan macam ni, dengan setting cermin sisi yang salah, cermin sisi kita akan penuh dengan bahagian sisi kenderaan. Kan?..
  3. Ok, betulkan cermin sisi kanan ke luar sampai kita nampak sipi-sipi bahagian sisi belakang kenderaan kita dalam cermin.
  4. Untuk cermin sisi kiri, sengetkan badan ke kiri dalam jarak yang lebih kurang dengan tadi.
  5. Betulkan cermin sisi kiri ke luar juga sampai kita nampak sedikit bahagian sisi belakang kenderaan dalam cermin sama macam cermin sisi kanan.
  6. Duduk tegak, nah!! dah siap.. macam tu la sepatutnya. Kenderaan lain yang memotong dari belakang yang kita nampak dalam cermin pandang belakang, akan masuk terus ke cermin sisi kiri/kanan bila kenderaan tersebut lalu di sebelah kenderaan kita.
Cubalah!.. memang memudahkan.. tak perlu lagi menoleh-noleh ke kiri kanan kalau nak tukar lorong. Nak keluar parking pun senang.

Ok.. semoga artikel ni memberi manfaat kepada semua. :)

2 comments:

cik meeko said...

dah try cut side mirror pak unggu.
hehehe. cun cun!!..=)..

faraazri said...

ehehe.. syiokkan?.. orang lain?.. saper lagi yang dah cuba?...