Pages

05 September 2009

Resepi Bonda - Daging Bakar Cecah Air Asam

Baru ni balik ke Sungai Petani.. mak azri masak lauk spesel yang azri suker sangat.. Daging Bakar cecah air asam.. nyumm nyummm... sedapppp sangat... azri pun selalu cakap mak terer buat daging bakar.. air asam pun terrer... tu yang tergedik-gedik mintak resepi.. ahaha..

Daging Bakar

Daging potong besar-besar
Rebus daging dulu supaya tak perlu bakar lama sangat

Sediakan bahan perap - blend kering bawang besar, bawang putih, lengkuas sket, lada merah, campurkan sedikit garam

Bila daging dah masak, toskan dan perap dengan bahan-bahan di atas

Lepas dua jam, bakar lah daging tu.. nak sedap alas dengan daun pisang.. tapi pakai aluminium foil pun ok jek..

dan inilah hasilnyer:



Air Asam
air asam je pun... tapi memang tak pernah buat.. so tak tau la..
rupa-rupanya senang ajer... tapi luper plak nak amik gambar..

Hiris kasar-kasar lada merah, cili padi, bawang besar dan tomato (kuantiti ikut keperluan)

Bakar belacan - kalau sanggup makan belacan mentah, hantam saje lah!.. :p

Blend terlebih dahulu lada merah, cili padi dan bawang besar, asam jawa, air masak serta sedikit garam dan gula.

Kemudian baru masukkan tomato supaya tomato tidak terlalu hancur.

dan siap!.. nyum nyum...

2 comments:

F a i z a h ' s said...

knp?xleh mkn belacan mentah ke?org utara mmg mkn belacan mentah pun...haha :P

Anonymous said...

nk try msak mknn org utara..nmpk sedap je tu..