Tetiba teringat pulak dengan pesanan-pesanan yang selalu keluar dari mulut ayahnda.. :)
Intro tentang ayahnda?.. masa muda sangat tegas dan garang.. Especially kepada abang-abang saya... tapi selepas zaman saya, mula la nampak kelembutannya... Maklumlah.. adinda sumernyer perempuan belaka..
Sangat kuat instinct nyer! Pernah sekali, masa cuti panjang, selepas berbincang dengan kawan-kawan merancang nak ke utara kononnya, tak semena-mena telefon berdering, ayahnda terus sampaikan pesan.. 'cuti nanti ni tak usahlah berjalan jauh-jauh, balik rumah rehat ajer... ' Uhuhuu.. berderau-derau hati hamba!... Betul!! sungguh kuat firasatnya.. Bukan sekali dua.. hampir setiap kali ada peristiwa melanda, ayahnda lah yang dulu bertanya kabar... 'Awak sihat?'... 'Duit cukup?'.... 'Tak ke mana-mana ke?'.... oh ayanda ku!..
Antara pesanan yang selalu dilontar, 'buka laci, tutup betul-betul, jangan biar isi laci terjulur ke luar'.. 'lepas makan, tolak balik kerusi ke bawah meja'... Kenapa? supaya kerusi yang telah kita gunakan tu tak menghalang laluan orang lain... 'lepas pakai barang letak balik kat tempat dia'... Supaya kita dan orang lain tak payah bersusah payah mencari bile nak gunakan semua... 'buka beg, jangan lupa tutup semula' supaya barang-barang tidak berterabur akibat terlupa menutup beg semula,..
Benda-benda kecik aja... tapi kalau kita tak biasakan diri buat perkara kecil dengan betul, akibatnya benda-benda besar pun kita akan buat sambil lewa. Itulah antara pesannya. Banyak kali kami adik beradik terpaksa ke padang sebelah rumah mengutip barang-barang yang dilempar ayahnda! Ahaha... Salah kami juga.. akibat tidak mendengar kata...
4 comments:
suka nyer baca cerita ni, pesan ayahanda eh, nak lagiiiii
nk ke utara tu dengan kamu sumer ler.. izan ngan s kan?.. ahahha...
beshnyer... pesanan ayahanda... yg paling best kutip barang kat padang... terbayang2 pulak..
nisha, kene bayangkan mengutip barang dengan air mata berjuraian.. ekekeke...
Post a Comment