Pages

06 January 2010

Spageti Daging Burger

This week memang la sangat sibuk.. Sampai je rumah, on notebook balik.. sambil ngadap Cinta Balqis (dah terjebak... nak wat cam ner... :p) sambil sambung wat kerja.. dah start balik la kerja giler2 nih.. adehhh... fenatt sungguh... nak wat cam ner.. kebetulan sumer projek dah dekat2 delivery.. uhuhuu.. sabo je le.. yg penting?.. kita enjoy!!!

Disebabkan seronok buat kerja, nak berhenti memasak pun maleh.. walaupun perut dah lapar.. so pikir punya pikir dapat la idea nak masak spageti jek.. simple jek.. dekat2 azan maghrib tu, sebelom naik mengemas diri, ke dapur panaskan air dalam periuk.. saje wat api perlahan jek.. nanti abis solat sumer air dah mendidih.. buat dua bekas satu untuk spageti, satu lagi untuk daging burger..

Lately ni memang suker masak guna spiral pasta.. yang kecik2 kaler-kaler tu.. senang nak budget.. biasanya kira pakai cup beras tu jek.. banyak mana sukat beras, banyak tu ler sukatan untuk pasta..

Rebus pasta dan daging burger dalam bekas berlainan. Kalau tak mo rebus daging burger tu pun tak per.. kalo dah rebus dulu, kurangla sket minyak dan pewarna dalam daging tu.. pastu kalo goreng lepas direbus, tak perlu la goreng lama-lama.. daging burger lembut dan tak la kecut..

Secara ringkasnya cam ni ler:

  1. Potong kiub daging burger yang telah direbus
  2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan goreng burger tadi - sila kurangkan minyak untuk kesihatan anda :p
  3. Daging burger tak perlu digoreng lama, bila agak-agak kekuningan, masukkan bawang putih yang telah diketuk, goreng hingga agak kekuningan
  4. Bagi yang suka pedas, boleh hiriskan lada kering, rendam dan gorengkan bersama daging dan bawang putih
  5. Masukkan pasta yang telah direbus dan ditos
  6. Taburkan lada hitam dan lada sulah
  7. Tuang sedikit sos tomato dan sos cili (anggaran dua sudu setiap satu)
  8. Gaul rata dah dekat-dekat nak angkat, taburkan parmesan cheese.. biar cair sedikit dan hidang..
YUMMMYYYY.. macam nak masak lagi je esok.... :D

4 comments:

jijah said...

owh senang nyer, takyah pakai sos spageti eh

faraazri said...

ha ah.. sangat senang.. menggoreng je lebih kurang 5 minit jek sebab sumer dah masak...

jijah said...

oh alahaiiiii...patut la ari tu, giler banyak minyak nyer, rupanya, i gi goreng daging tu, sepatutnya rebus. takpe, next time wat lagi...

faraazri said...

ihihi.. tak per.. banyak masa lagi.. good luck!..thanks for trying.. ihihi...