Pages

19 January 2011

Cinta hati saya...

Mak dijadualkan menjalani rawatan radiotherapy dan chemotherapy minggu ni.. Tapi sejak minggu lepas, kesihatan mak merosot sangat mendadak... Paling ketara tak dapat nak kawal tangan dan kaki.. hilang coordination nak berjalan, sukar menelan makanan... cepat sangat perubahan tu...

Warded untuk checkup condition mak.. sama ada sesuai atau tidak untuk teruskan rawatan... kami memang dah berbelah bahagi.. nak teruskan atau tak.. tapi yang bagusnya keadaan mak di hospital jauh lebih baik bila di rumah... mungkin sebab masuk air cukup dalam badan..

Kanda yang menjaga.. cuti dua hari meneman mak.. makan, minum, membersih semua kanda buat sendiri.. memang dari rumah kanda sorang yang uruskan.. awal-awal dulu ada la jugak mengadu sakit belakang... sementara nak membiasakan diri.. selain dari tu, tak pernah dengar kanda merungut atau mengeluh.. semua dibuatnya dengan ikhlas.. sekali sekala terdengar kanda ketawa kecil mengusik mak bila mana  mak merajuk tak mau bukak mata... atau tak mau buka mulut bila nak disuapkan makan... semua kanda layan dengan sabar... Memang sepenuh perhatian diberi pada mak...

Tak apa lah... sementara ada kesempatan di dunia ni...

Semoga baby daddy dalam perut mummy ni menjadi anak yang soleh dan taat dengan perintah Allah dan rasulNya... amin.... 

2 comments:

MarDiah said...

Cubalah bagi mak awak makan pil dari cendawan merah keluar Luxor. Kenap Luxor? sebab ia yang paling asli dan dari sumber semulajadi hutan khatulistiwa. Bukan yang ditanam. Boleh kurangkan simptom chemotherapy dan merawat kanser.

faraazri said...

Thanks 4 ur suggestion, mardiah...
latest update, mak dah tak boleh makan macam biasa dah.. kene guna feeding tube.. bleh minum susu je..tu pun asyik muntah-muntah... she's still conscious, tapi hilang ability untuk menelan.. chemo pun dah kensel sbb badan tak cukup kuat dah nak proceed...