Pages

05 January 2011

Permohonan Sara Ubat JHEV ATM

Dalam posting yang lepas, saya ada intro pasal permohonan Sara Ubat dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Permohonan yang dibuat adalah untuk membiayai kos ubat untuk rawatan kemoterapi mak. Ubat tu namanya Termodal dan kos keseluruhan ubat tersebut mencecah 60 ribu lebih. Memang kami tak mampu. Masa mula-mula dengar pun dah rasa terkejut amat sangat.

Alhamdulillah Neurosurgeon yang bedah mak tunjukkan jalan. Memandangkan pak pesara ATM, rugi katanya kalau mak tak teruskan dengan rawatan radioterapi dan kemoterapi. Lagipun prognosis - keadaan mak lepas operation sangat positif. Lepas beberapa hari operation, mak dah boleh bercakap dan berjalan macam biasa. Agak lemah, tapi lebih baik dari sebelum operation... Mungkin semangatnya kuat untuk lawan penyakitnya...

Kami diperkenalkan kepada supplier ubat tersebut dan beliau telah memberi panduan dan tunjuk ajar untuk memudah dan mempercepatkan urusan kami.

Borang permohonan sara ubat ni ada tiga, semuanya boleh didapati di sini. Borang JHEV-Induk, JHEV-PPK dan JHEV-Am.

JHEV-Induk: hanya perlu isi maklumat pesara.

JHEV-PPK: Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
Pengesahan oleh pegawai perubatan kerajaan berkaitan keperluan ubat/alatan yang hendak dibeli. Dalam kes mak ni, kami merujuk kepada Pakar Onkologi yang akan buat rawatan radioterapi dan kemoterapi. Pakar tersebut sudah sedia maklum akan ubat yang diperlukan. Sebutharga ubat juga telah diperolehi dari pembekal. Maka urusannya pun lebih senang.

JHEV-Am: Butiran rawatan dan keperluan perbelanjaan. Maklumat asas seperti masa dan tempat mendapatkan rawatan. Keperluan perbelanjaan diperolehi daripada sebutharga yang diberi oleh pembekal.

Salinan dokumen yang perlu disertakan, adalah seperti berikut. Untuk penjelasan lebih terperinci, rujuk panduan mengisi borang.

  1. Salinan kad pesara (bagi berpencen) ,
  2. Salinan kad pengenalan pesara/pesakit
  3. Borang permohonan (SARAUBAT JHEV INDUK, AM, PPK),
  4. Laporan/memo doktor Hospital Kerajaan,
  5. Sebutharga (Jika Berkaitan)

Borang dan dokumen dihantar ke

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Bahagian Pencen
Tingkat 8, Menara TH Perdana
1001, Jln Sultan Ismail
50250 KUALA LUMPUR
03-20508117/20508122

By hand, boleh hantar ke sini, kalau tak pasti kat mana, carik Maju Junction Mall..Menara Tabung Haji betul-betul bersebelahan

View Larger Map

Jangan risau.. urusan di kaunter pun sangat mudah dan cepat. Yang penting, isi borang dan sediakan semua dokumen seperti yang dinyatakan di dalam panduan mengisi borang. Buat dalam tiga salinan.

No comments: