Pages

10 March 2011

Semalam...

Entah tadi kenapa tiba-tiba masa menyenduk nasi hati tetiba je rasa sayu.. terbayang-bayang suasana rumah mak kat Sungai Petani.. waktu makan malam, suasananya sunyi... periuk nasi.. kipas antik pak... lauk pauk mak yang dah siap hidang atas meja.. semua dah tersedia.. anak menantu tinggal duduk menjamu selera aje...

boleh dikira sepanjang enam tahun perkahwinan kami, berapa kali je saya turun ke dapur tolong mak masak.. bukan tak nak membantu, tapi mak memang cekap uruskan semuanya... waktu orang sibuk-sibuk mengemas diri, mak dah siapkan semuanya...

Waktu sarapan, bangunlah awal mana pun, sarapan dah siap terhidang.. cawan teh siap berpiring.. pinggan masing-masing bersusun rapi...

Menjelang raya... tiga empat pagi, mak dah kat dapur.. bagun pagi, ketupat palas, rendang ayam mak dah tersedia atas meja.. mak pun dah bersiap-siap.. ceria aje.. tak nampak langsung riak letih kat muka mak..

Rasa macam baru sangat kali pertama ke rumah mak.. teringat suasana waktu sarapan pertama...

Alhamdulillah, kami memang kerap balik menjenguk mak semasa sihat mak.. kalau diikutkan, pak lagi kerap sakit sebelum ni.. pak pernah pengsan semasa dipekan.. pak yang lagi kerap berulang alik ke hospital.. tapi tu lah.. dah tersurat perjalanan hidup mak dan pak macam ni.. mak yang sihat ceria, tiba-tiba diuji dengan sakit sebegini..

Kesian bila terbayang mak pak dah tua-tua ke hospital berpanas berjalan kaki, menahan bas.. teksi... sebab itulah macam mana pun kami cuba gagahkan diri untuk balik ke SP.. tak kira awal bulan ke, tengah bulan atau hujung bulan.. bukannya kira.. carik jalan jugak... kadang-kadang tu poket kering.. redah jalan biasa.. dapat la kami berjimat duit minyak dan tol.. yang penting dapat pulang ke SP menjenguk mak dan pak.. walaupun terpaksa balik hari.. sekali sekali berkumpul dengan mak pak, makan bersama..

22 Januari 2011,
Wad Oncology, HUKM Cheras
Sekarang mak dan pak hari-hari depan mata.. tapi dah tak sama...

Pak pun mesti rindukan rumah SP... sayang tak de yang menjenguk... cuma harapkan jiran-jiran yang baik hati sentiasa tolong bersihkan laman, siramkan pokok-pokok bunga mak...

Rindu plak suasana rumah kat sana.. kalaulah saya sebagai orang baru bleh rasa macam ni, kanda, pak... anak-anak mak yang lain apatah lagi kan?....

No comments: