Pages

14 March 2011

Bihun Sup

Bihun Sup

Slurppp... nampak sedap tak?.. ekeke.. saje je... Sabtu lepas buat mi sup.. hari ni teringat-ingat lagi dengan mi sup tu.. tapi stok mi  kuning dah tak ada.. tengok dalam cupboard ada bihun jek.. bleh la..

Mi sup hari tu buat sup fishball dan fishcake.. Kali ni buat sup ayam.. fishball n fishcake sumer dah abis.. masak sup simple je.. sempat la nak buat sarapan sebelum p kerja...

Kuah Sup
Tumis bawang putih, bawang merah yang dah dihiris halus
Bila kekuningan, masukkan fishball/fishcake atau ayam yang dah dipotong cube
Gaul rata, masukkan air
masukkan carrot, celery
tambah sayuran hijau sket
tambah garam, black pepper, and pepper
cube ayam nor sket, cube ikan bilis sket..
pecahkan telur dalam mangkuk, pukul ala kadar dan masukkan dalam sup, gaulkan

Celur Mi/Bihun
Sementara sup mendidih, celur mi dalam air panas
Disebabkan saya sangat sensitif dengan rasa kapur (saya panggil rasa matahari.. tak tau naper... tp mcm sesuai ajer.. :p) mi/bihun saya bilas beberapa kali, celur dan bilas semula, toskan

Menghidang
Ambil mi/bihun sekadar diperlukan
Tuangkan kuah sup panas-panas
Kalau tak habis boleh disimpan, petang-petang panaskan balik dan campur mi/bihun selebihnya
Nak lagi sedap, pecahkan telur lagi untuk setiap hidangan.. slurppp...

2 comments:

Tihara said...

salam singgah,

nampak sedap..saya palin suka daun saderi tu

faraazri said...

ya!! celery!.. tu ler salah satu ingredient yg bleh simpan lama, dan menambah rasa.. esp kalo masak sup2.. :)