I am in my cooking-and-posting mood.. :p ehehe..
Kanda help himself with oat campur pisang and me? had myself eating two bars of kit kat for breakfast. Tu pun dah rasa kenyang.. alhamdulillah...
10 am started to carve for food. Tu lerr.. 2 bars of kit kat tu kenyang ker?.. :p Tengok dalam cupboard ada dua tin jagung krim. Ok la.. kita masak bubur jagung!.. nyum nyum...
Bubur Jagung
Panaskan dalam periuk secawan air
Campurkan dua sudu besar gula
Masukkan satu tin jagung
Masukkan sago yang telah direndam
Bila sago dah agak kembang, masukkan susu cair setengah cawan
Tambah garam secukup rasa
Masukkan sesudu besar tepung kastad yang dah dibancuh dengan air utuk pekatkan kuah
Biarkan seketika dan sedia untuk dihidang
* Jagung dalam tin ada dua jenis, Cream Style ngan yang biji-biji. Kalau suka jagung yang hancur, guna yang Cream Style. Yang biji-biji tu memang nampak la jagung sebiji.. (eh bukan sebiji.. tak de tin beso muat jagung sebiji! kiranya nampak la butiran jagung tu)
* Tak de tepung kastad, tepung jagung pun ok jek...
* Tadik dah separuh masak baru pasan stok susu cair dah abis. Selalu ada je backup dalam cupboard tu.. rasa macam baru je beli.. cek balik tengok2 ada empat tin susu pekat je... ahaha... dah la semalam baru je bukak satu tin.. masih ada lagi empat..
yang satu tu pun ntah bila nk abis.. So alternatifnya saya gunakan susu segar yang ada dalam fridge tu. Tapi jadiknya agak cair sedikit la..
No comments:
Post a Comment