Al kisah, mak skang makan memang bergantung kepada feeding tube. Yang boleh masuk pun cuma susu aje... Mak masih conscious tapi ability untuk swallow dah terganggu dek tumor yang makin membesar tu. Every three hour masa feeding mak. Ryles tube mak tu kalau ikutkan HUKM dah patut tukar last monday lagi. Isnin yang satu lagi. Dah contact HOSPIS. Tapi diorang punyer praktis tube tu cuma ditukar sebulan sekali. Tapi ada nurse nak datang jugak Isnin tu katanyer.
Tunggu punya tunggu tak de siapa yang datang atau pun call. Kitorang pun silap tak bagitau yang tube mak tu coiling kat tekak. Mak selalu batuk dan nampak tak selesa. Nak call selalu tanya pun tak sedap jugak sebab diorang tu pun charitable organization je. Diorang dah bagi pinjam ripple mattress dan promise free nurse visit tu pun dah alhamdulillah dah. So kitorang try la google home nursing service berbayar.
Teringat arwah cousin kanda dulu pakai Damansara Specialist Hospital nyer service. Try call jugak.Tak dapat-dapat dari last week.
Semalam, satu service provider feedback. Call azri bgtau nak datang petang tu. Alhamdulillah ada jugak yang respon. Tapi nak dijadikan cerita, nurse yang ditugaskan untuk datang tersesat sampai ke Seri Kembangan sana. Masa nak bagi instruction katanyer tak pe, ada GPS. Lepas maghrib pun tak sampai-sampai, bila bagi instruction kata ok, faham. Siap kitorang offer tunggu kat Petronas lagi. Setengah jam tunggu tak sampai-sampai, call pun tak dapat-dapat, sudahnyer Azri kensel je. Bukan aper.. first impression dah tak best, tak seronok jugak. Supervisor diorang call offer free service esoknya pun kanda tolak. Tak pe ler.. tak de rezki diorang ngan kitorang.
Hari ni google lagi, dan dapat satu lagi service provider. Call terus angkat dan terus confirm nak datang rumah. Alhamdulillah... kitorang pun balik la. Tunggu tak lama, sampai la saga putih parking depan rumah. Mak aihh sampai empat orang yang datang.. :p
Diorang ni dari Nurses@Home. Sangat peramah dan nampak kerjanya cekap jugak. Charge RM75 pervisit plus RM0.75 per KM. Additional cost tengok barang-barang apa yang kita pakai.. Based kat Sunway. Bit mahal jugak la sebab boleh dapat yang free service. Tapi untuk kes-kes yang urgent memang puas hati la service dia. Four and half out of five stars! Sebab respon cepat, kerja pun cekap. Nurses pun friendly.
Kalau emergency mak buyung ni nak terberanak tak de siapa nak tolong jaga mak, boleh jugak call diorang ni. :p Kalau tak sempat nak bagi mandi mak ke, macam ari tu azri meeting kat JB, boleh jugak call diorang. Charge untuk yang tu tak baper pasti. Tapi ok la.. apa-apa hal tau dah la nk mintak 'tolong' siapa.. :p yang penting uwangnyer.. uhuhu... tak pe ler.. mana2 yang patut kan?...
Diorang habis kerja, masuk kete, tetiba ada satu kancil merah plak parking depan umah. Eh saper plak tu.. macam tak kenal.. Kuar-kuar je macam pakai baju nurse.. ehehe.. Ni rumah makcik Aminah Hasim ya? ehehe.. kan betul! mesti dari HOSPIS ni.. kebetulan.. sekali datang ramai plak yang datang. Yang Damansara Specialist Hospital punyer nurse tu pun tadik ada call jugak, cakap boleh datang esok. Nampaknyer yang tu pun kensel la.
Nurse dari HOSPIS tanya naper panggil mobile nurse? Kitorang cakap la sebab tube tu coiled. Ehehe.. pastu kitorang plak yang kene sound sebab tak bagitau kat HOSPIS tube tu coil. ehehe.. ye la.. tak geti lagi. lagi pun kitorang expect ada nurse datang on Monday tu.. Nurse Hospis pun best, macam-macam ilmu kitorang dapat... dah la free... service pun bagus.. alhamdulillah... Cuma kalau kes urgent macam tukar feeding tube yg coiling tu dia kata ok la kalo panggil mobile nurse berbayar.. sebabnyer HOSPIS banyak kes kadang-kadang tak terkejar.
2 comments:
macam2 lak citer pasal nurse ni yek..along pun first time tau pasal nurse yg leh mobile ni...hmmm..quite interesting..tapi ye la..yg free nyer kena la sabar...yang berbayar ni mmg la perit nak kuar duit..tapi berbaloi..semoga your mom cpt sembuh..mak buyung pun kena jaga kesihatan sama..
ehehe.. tu la along.. bile dah berdepan ngan situasi cam ni, baru la kita tau dan terhegeh2 nak belajar macam-macam benda baru.. kalo tak, tak de nyer nak peduli kan?.. :p
Post a Comment