Ini adalah posting balas untuk along.. :)
Sama lah kitorang ni along... pernah jugak timbul isu cam tu.. tapinya skang ni dah jadik rutin bercakap pasal kematian.. tengok sekeliling, yang lagi muda, yang lagi sihat... yang tak disangka-sangka boleh sakit tiba-tiba dan pergi mengadap Illahi... ada yang tak ada pun tanda tiba-tiba eksiden meninggal dunia.. na'uzubillah... mintak dipermudahkan kehidupan dan kematian kita semua insyaAllah.. amin...
Isu nak simpan/tanam di mana pun pernah timbul.. tapi kanda dengan tegasnyer "Apa2 jadik abang nak balik SP!"... setakat ini lah.. mungkin lepas-lepas ni berubah fikiran pulak... lembut hatinya... pada saya mana-mana pun tak apa.. yang penting senangkan waris..
Kadang-kadang memang terpikir apa pun terjadi nak sentiasa bersama.. kalau sorang pergi dulu, biarlah sentiasa dekat... tak payah la hantar jauh-jauh.. al maklumlah.. sorang utara dan sorang ke selatan.. settle down kat tengah-tengah... tapi tu ler.. kita cuma merancang.. tuhan menentukan... Apa yang penting, persediaan kita menuju ke hari itu.. bersediakah kita?...
No comments:
Post a Comment