Pages

18 February 2011

Lima Sebelum Lima

**I am in my writing mood :)

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:
"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."
Dari perspektif dunia saya...

Muda sebelum tua - Skang ni tak la masuk lagi kategori tua (masih remaja :p).. tapinya, masa muda yang lebih muda dari sekarang ni banyak yang habis sia-sia.. *sdey*.. Apa yang kita buat masa muda, banyak impaknya bila dah masuk usia cam ni... menyesal pun tak guna... jadik beringatlah.. apa yang kita nak buat sekarang, akan ada kesannya bila tiba hari yang lebih tua dari hari ni... itu pun kalau sempat kita sampai hari tua tu...

Sihat sebelum sakit - Satu, masa sihat kita sebelum kita sakit.. Masa sihat ni la kita boleh buat macam-macam.. Buat lah apa-apa untuk diri sendiri atau untuk orang lain.. Untuk diri sendiri contohnya berhobi lah.. buat benda-benda yang menggembirakan dan mendatangkan faedah untuk kita.. Masa sihat ni jugak lah kita nak pergi rumah sedara, rapatkan silaturrahim.. nanti bila dah sakit, tak larat, tak de nyer nak berjalan2 jumpa sedara mara.. ntah sedara mara pun dah lupakan kite sebab kita lupakan diorang masa sihat kita... kan?

Yang kedua, masa sihat orang-orang sekeliling kita.. contohnya, suami (yang paling dekat), mak, ayah.. adik beradik.. pakcik makcik.. jiran-jiran jangan lupa... masa diorang sihat la kita tunjuk yang kita sayang dan amik berat perihal diorang.

Kaya sebelum papa - tak la kaya mana... tapi sebelum ada hutang keliling pinggang, rancanglah kewangan anda.. :p (macam iklan AKPK plak)..

Lapang sebelum sibuk - yang ini sangat relevant! ekeke.. diringkaskan cerita "bertangguh itu pencuri masa"... :p payah jugak biler kerja ikut mood.. uhuhu.. yang ni banyak menda nak kene betulkan...

Hidup sebelum mati - hari ni mungkin kita hidup sihat lagi.. esok lusa.. tak payah tunggu esok lusa.. sejam dua jam lagi pun tak tentu..

* 3 point yang terakhir tu ringkas ajer sebab tadik dah benti lama..

No comments: