Pages

13 December 2011

Rindu



Jauhnyer rasa nak sampai rumah... Tempoh ber'honey moon' ngan ukasyah habis dah.. I am no longer a wahm.. Sekarang sampai rumah dah pukul 8.. Solat, mandi2.. Bagi ukasyah makan, 9 lebih dah padam..

Mujur ukasyah bangun awal.. Kadang-kadang dengar azan je dia terus terjaga.. Kebiasaannya kul 6 lebih la.. Waktu pagi manja-manjakan sket.. Kelam kabut juga.. Tp kesian pulak tengok muka si bujang tu tersengih2 bangun tdo.. So far ukasyah bangun tdo dengan mood yang sangat baik.. Alhamdulillah..

Tak separuh perjalanan lagi ni.. Harap-harap bukit jalil tak jem la.. Tak sabar nk jumpa sayang mummy.. :)

Posted via Blogawayy

06 December 2011

The Great Planner


Cantik je susunan perjalanan hidup kitorg.. Since pregnantkan ukasyah, macam rezki yang Allah bagi.. Tak disangka-sangka..

Masa pregnant tiga bulan dapat rezki jaga mak.. Ukasyah lahir, dapat kerja kat rumah..lapan bulan stret dok mengulit si kecik tu..

Dalam tempoh pregant dan working at home, bnyk offer kerja yang datang. Bukan untuk saya sorang, kanda pun dapat jugak. Sayang sangat tak dapat terima offer2 yang sgt2 menggiurkan dek kerana komitmen menjaga orang tua. Tapi kitorg percaya, ada sesuatu yang lebih baik yang Allah nak bagi.

Akhirnya lepas raya dapat lagi satu offer.. Dua2 dapat offer tempat kerja yg sama. Hati masih brbelah bahagi. Memandangkan keadaan mak yang makin uzur. Tapi memandangkan offer yang ni amat sukar untuk dilepaskan, kami pun terima..tawakkal je.

Tender sebulan... Serah tugas awal dua minggu memandangkan belen cuti masih berbaki 16 hari. Lepas aidiladha, ukasyah mula sekolah.. Cuti, kitorang berhabis2an mengemas rumah..

Hari ketiga ukasyah sekolah, mak pergi menyahut panggilan Illahi.. alhamdulillah.. Semua urusan dipermudahkan.. Kebetulan ukasyah dah kat nurseri, bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian tolong kanda uruskan jenazah mak.

Memandangkan dalam cuti panjang, tak kesah la nak balik bila-bila masa..

Balik sini sibuk mengemas barang-barang mak dan  pak. Sediakan bilik untuk pak pulak.. Lepas ni pak tidur dah tak berteman.. :(

Habis seminggu cuti...

Lagi seminggu? Next entry.. ;)

Posted via Blogaway

02 December 2011

He is a climber


Dah start panjat tangga dah budak nih!! Pagar tak cukup.. Dapat tutup pintu dapur je... Ala.. Bukan takat tangga, segala menda yang boleh dicapai sumer nak dipanjatnyer.. Katil tok yang ngam-ngam atas kepala pun ada hati nak panjat! Tangan dok capai railing katil, kepala mendongak melangit, aim tempat landing kononnyer.. kaki plak dok angkat macam boleh sampai je gayanyer... Uhuhu.. Kjap je cikenit tu dah lapan bulan!

Posted via Blogaway

14 November 2011

Kosong



Penghuninya telah tiada.. Al-fatihah untuk allahyarhamah Aminah binti Hasim... 12/11/2011 11:30am...

Posted via Blogaway

11 November 2011

My boring face



This is me while waiting for mummy, anjang and mak tam finishing their breakfast at mcD very early morning last saturday.. So boring kan?.. Pot pet pot pet, biler nak abis makan? Can't wait to see atuk n nenek kat kampung.. Daddy tak dapat ikut balik kampung tengok lembu tumbang sebab nak jaga tok yang makin uzur.. Syian tok..

Posted via Blogaway

Eying things..

Baby cubes - check!

Next are...

Jingle Jungle Weekender Cooler Bag
Murah je.. Discounted to RM15.12 tapi cantik dan praktikal kan? nak guna untuk hantar EBM and bfast, lunch Ukasyah ke nurseri.. Reviews says, boleh muat 6-8 botol jingle jungle and an ice pack.


MAM Storage Solution
Discounted to RM38.25.. Untuk bekal makanan Ukasyah... Nak memudahkan kerja teacher dia untuk panaskan dan boleh suap terus.

Browse kat fabulousMum.com. Since the outlet ada kat Puchong Jaya, baik p je sana terus. Nak order online kene tunggu dua hari at least.. dah tak boleh sabo dah ni.


Tiny Tapir outlet at Ampang Park, Level 3 dekat post office
Ouh.. babyCubes... asalnya dah order online from TinyTapir.com semalam. Tapi payment instruction nyer email sampai lewat malam. So bila pikir balik, nak bayar, nak tunggu pos lagi.. ni dalam mood tak sabar... mana boleh tunggu kan.. lagi pun hari ni (eh semalam dah) ada urusan sket kat tengah-tengah KL nuun.. Jadiknya ajak la kanda menyinggah kejap ke Ampang Park. Yey!! Sampai dalam kul 10.30.. budget kedai dah bukak.. tengok-tengok bukak kul 11. Kanda kata tunggu la kejap.. p minum-minum, berchenta kejap... tunggu punya tunggu, dekat 11.30 baru bukak.. Bukak je terus serbu dan yes!! mission accomplished!.. Alhamdulillah...
3 trays of 10 cubes - BIG yey!!

Milestone - crawling

At seven months and two weeks, Ukasyah is officially a crawler! uhuhuu!!! He's growing so fast. Kejap je anak mummy dah dekat setahun. (> setengah tahun = dekat setahun kan? :p)

Standing still :)
After few weeks of hardworking - moving forward and backward (backward the most :p) he is finally start crawling smoothly. Tapi Ukasyah seems more interested in pulling himself up, and standing sambil bersandar suka ria kat mummy (or mummy's notebook's mini table).

Dah dua malam mummy catch him wake up in the middle of the night and start crawling serta merta! Terkejut mummy tengok... Siap senyum sengih-sengih.. Mujur mummy pasan. If not, terjun tiruk la si kecik tu. Layan la kejap. Tapi pelik jugak, ni tido ke jaga.. sebab tengah sedap sedap tido, terus bangun merangkak! After few minutes, angkat la Ukasyah dan baringkan semula.. ZzzzZzzz terus tido!!! Terrer kan?

10 November 2011

Baby Cubes

Yey!! Teruja sungguh! Asalnya plan nak beli Bunga Telur set from Tupperware. RM104.80 for 16 cute tupperware. Bila pikir-pikir balik, 16 bijik tupperware tu tak cukup la untuk simpan makanan ukasyah. Lagi pun tak berapa nak mampu kalo nak beli banyak.

Pastu teringat, browsing the net, ramai working mum prepare frozen food for their baby using ice cube tray. En. Google memperkenalkan Baby Cube ni. Browsing e-shop, mummy terjumpa offer menarik from a few websites. Paling menarik offer from Tiny Tapir. RM50 for three trays of 10 cubes each. 30 cubes total.

Semalam dah shopping segala mak nenek bahan untuk buat makanan ukasyah. This time shopping banyak jenis sket.. Ada sweet potato, Japanese sweet potato, carrot, labu, ubi, keledek.. (sweet potato tu keledek la kan?) .. Semalam dah buat sket, simpan dalam container lama.. container tak de brand. Container tu pun cute jugak. Each container cukup-cukup untuk sekali makan. Anggaran muat dalam 2oz makanan dia la.

First recipe mummy rebus Japanese sweet potato alone. Dah empuk, mummy tambah sket bubur nasi yang dah siap blend banyak-banyak sekali gus semalam. Pastu sejuk sket, blend lagi. Dapat simpan 8 cube = 8 oz. Lepas tu rebus labu ngan keledek, campur bubur nasi jugak. dapat 12 oz. Penuh dah dua tray. Last tray, penuhkan dengan carrot, ikan bilis, nasi dan daun saderi.

Ni pemandangan indah dalam fridge. Upper level khas untukmu anaknda. Kiri sekali, EBM... EBM untukUkasyah tinggal 20 botol lebih jek :( .. itu pun 2 oz je satu botol... Tengah-tengah tu belen makanan ukasyah dalam container lama. Dan kanan sekali, watak utama - baby cubes yang dah penuh dengan makanan ukasyah. Yey!! Lower level tu penuh ngan daging korban.

Tak tau la nak transfer masuk dalam bekas lain ke tak once makanan dia dah freeze. Tengok dulu la.. 30 cubes bleh dapat 15 feedings (Each feeding 2 oz).

Sekarang ni Ukasyah tak berapa nak makan nestum ngan biskut dia. Jadiknya sarapan pun bagi makan ni. So 15 feeding boleh untuk 5 hari. Mummy kerja 6 hari seminggu. Ok la tuh.. Mungkin tak transfer kot. Lagi pun nampak cute je kalo biar dalam bekas.

Next plan, nak carik steamer yang sesuai untuk memudahkan kerja. Sekarang ni boil. Next time kalo dah ada steamer, bleh steam skali harung. yey!! InsyaAllah.

Posted via Blogaway

09 November 2011

First day at nursery



Today is his first day at nursery. Nak buat cam ner... terpaksa.. dapatlah seven months bermanja ngan mummy daddy hari-hari.. Lepas ni back to normal WORKING life.. kesian.. tapi tak pe ler.. for first few days jek.. lepas ni pandailah dia berkawan.. kite tengok petang nanti macam mana.. hari ni half day je... lepas-lepas zohor nanti mummy amik ukasyah balik ek?.. Luv u...


UPDATE 6pm:
In pic - budak balik sekolah..
Mummy pickup Ukasyah around 1pm tadik. Bukak je gate, dengar suara yang cukup dikenali.. keh keh keh.. kesian.. tanya teacher dia, teacher kata terkejut dengar azan.. ye ler.. kat rumah dengar sayup-sayup je.. ni dapat nursery depan surau, mana tak terkejutnye.. :p

Tadik dah tidur kejap..

Yang terBEST ialah, in less than four hours he managed to finished up all 4oz EBM supplied.. dah la sebelum hantar tu dah topup kaw kaw punyer... sungguh tak sangka.. kat rumah sket punyer payah nak minum banyak. Takat 2 oz tu pun dah bersyukur sangat la kalo habis.

Next entry, mummy will story-mory about how mummy packing ukasyah needs for nursery.. for me - susah tau! macam nak bawak satu rumah.. keh keh keh..

Posted via Blogaway

04 November 2011

Berdiri


Mummy bz ngadap pc, ttba ukasyah berdiri sendiri kt sebelah.. Berdiri okeh?!!.. 5 second x pegang apa2.. Merangkak pun terkedek2 lg.. Ada hati nk berdiri sendiri.. ;p

Posted via Blogaway

02 November 2011

Duhai dunia


Menyesal pulak rasanya menonton buletin utama tv3. Kisah menyayat hati dua bayi malang sungguh sungguh terkesan di jiwa. Lebih-lebih lagi kisah pertama, kanak-kanak dua tahun cedera parah digilis dua kenderaan.

Berlaku di China, di tengah-tengah pasar dengan laluan kenderaan yang sempit. Kanak-kanak tersebut merayau sendirian di tepi jalan. Datang sebuah van dengan selamba menggilis kanak-kanak tersebut. Berhenti seketika. Paling tak disangka, tanpa rasa bersalah terus meggilis sekali lagi denga tayar belakang dan berlalu pergi. Meruntun-runtun jiwa tengok kanak-kanak sekecil itu menahan sakit sendirian. :(

Lagi satu kisah ibu muda sanggup merodok perut bayinyer sendiri.. speechless.. :(

Posted via Blogaway

He is now ok with bottle feed

Alhamdulillah, since yesterday Ukasyah start to bottle feed dengan senangnyer. Before this ikut suka dia, sometimes he is okay with bottle, most of the times tengok pun tak mo. Following my in laws tips, i gave him water in bottle when he starts solid. He is VERY okay with plain water in the bottle. When it comes to EBM, he is reluctant to even try.

For a month I keep consistent with water in bottle. Three times a day during his breakfast, lunch and dinner. The amount is not exact, but he never finishes 3-5 oz plain water per day. Risau jugak kalau terbagi banyak sangat air plain since water is not suitable for baby below six month old. (Ukasyah was six when I start gave him plain water - tapi tetap risau - first time mother la katakan.. :p )

For coming month preparation, (I am no longer a wahm masuk December nanti.. - which are so so sad!) starting this month, Ukasyah has to get used to daycare. Kesian dia.. mungkin lagi kesian kat mummy dia.. Ukasyah bergembira, mummy berendam air mata!! Drama kan??!!

Yesterday, I replace the plain water with 2 oz EBM, dan tanpa segan silu, Ukasyah terus belasah minum satu oz terus! Lepas tu berselang seli ngan makan nestum+EBM jugak sampai habis sebotol tu. Alhamdulillah. Petang bottle feed lagi, dan senang jugak. At the same time I pump for EBM restock. Tapi risau la... tiga botol keluar, dapat masuk ganti balik sebotol jek!!! UWAAA!!!... Kene berusaha lebih lagi! maybe sebab for the past SEVEN month, banyak bagi direct je and not pumping consistently rasanyer.

Alhamdulillah rezeki Allah bagi.. :)

27 October 2011

Demam lagi


Ukasyah is now seven months old. Sejak lahir, this is the third time dia demam. The first time masa tiga bulan. Teruk juga time tu since ukasyah batuk n selsema.

The second time, very mild fever. Demam nak tumbuh gigi. Panas sekejap je. Tak meragam sangat.. Sehari je pun.

Kali ni rasanya sebab nak tumbuh gigi lagi. Pastu pulak tengah ligat nak merangkak. Memanjat pun dah pandai. Kalau mummy daddy duduk sebelah je, terus panjat nak berdiri.

Paling suka kalo berdiri kat sofa, main langsir. Lagi suka kalo dapat notebook..

Kesian.. Demam kali ni meragam banyak. Dah besar pun ya. Pandai merengek2 dan pandai demand! Untunglah kamu anak, mummy mu ini bekerja di rumah.

Posted via Blogaway

22 October 2011

Kekuatanku


Zaman muda remaja dulu, macam2 masalah menimpa.. Siapa tak de masalah ye tak? Biasanya diri sendiri la yang menjadi penyebabnya.. Kerap  kali rasa sangat-sangat down sampai kadang-kadang dah tak tahu dah nak menempuh hari2 mendatang macam mana.. Menangis sepuas hati, simpan rasa sendiri.. Ye lah, takkan nak jaja masalah yang kita create sendiri kan? Terang-terang jalan depan mata.. Cumanya diri ni tak cukup tabah nak lari pergi jauh-jauh.. Saban hari berdoa padaNya "ya Allah, kurniakanku KEKUATAN".. Dan sungguh-sungguh tak disangka, 'kekuatanku' ada depan mata selama ini..

Sejak awal perkenalan, saya memang senang dengannya.. Bila mula  bercinta, baru tahu  AZRI maknanya KEKUATANKU... Thanks Allah... Dan saya seharunya mesti terus berdoa.. Semoga Engkau kurniakan kekuatan kepada kami berdua dalam menempuh ujian Mu ya Allah.... Amin...

Good night all!...

Posted via Blogaway

13 October 2011

Surprise surprise!!



Posted via Blogaway

08 October 2011

Gohed gostan


Ukasyah dah mula angkat-angkat bontot since semalam.. Dua tiga minggu ni dia makin rajin meniarap.. Semalam dia meniarap terus angkat tottot.. Muka sungguh gembira! Giler achievment la tu konon.. ;p

Ni ukasyah tdo dah.. Dinner kul 8 tadi.. Pastu main-main.. Kul 9.00 menyusu.. Tengok macam dah mengantuk sangat dah.. Tapi dok main gohead gostan lagi..

Angkat tottot kejap, sengih2.. Pastu terus pejam mata, tdo.. Kejap lagi bangun balik.. Pastu tdo... Macam tu la dia dekat setengah jam..

Tengok tok batuk, mummy tinggalkan dia kejap. Tengok-tengok dah gostan smpai bawah meja.. Tu pun benti sebab kepala dah sangkut.. Uhuhu..

Excited kot ari ni baru dpt skill baru.. Tu yg susah sangat nak tdo..



Posted via Blogaway

06 October 2011

My first tooth



See!! Gigi dh terkeluar sket dah.. Sikit sangat sebenarnya. Tak nampk pun dlm gambar.. ehehe.. tapi mummy terlebih xcited, post la jugak ek?.. ahaha..
Ukasyah start teething lama dah.. tapi perasan bengkak kat gusi tu dalam dua tiga minggu lepas.. cuma minggu ni dia terlebih menggigit pulak..

Lagi satu, vocab Ukasyah dah makin banyak dah.. dah start bunyik yang susah-susah pulak tuh.. dua hari lepas, Voooddd.. dok ulang vood tu je la.. semalam banyak main dengan huruf W, D, L.. Buat bunyi voood... wooodd.. doodaaa doodaaaa.. buuulaa... ahaha.. bukan daddy.. tp doodaa ya kawan-kawan.. :p makin meriah lah hidup mummy lepas ni..

Posted via Blogaway

05 October 2011

Ukasyah masuk syurga tanpa dihisab

Ibnu Abbas R.A ada menceritakan bahawa nabi SAW pernah berkata:

Semasa aku naik ke langit di malam isra' dan mikraj, aku telah dipaparkan mengenai keadaan umat-umat Islam.

Pada mulanya aku melihat seorang nabi bersama umatnya, kemudian seorang nabi bersama beberapa pengikutnya, kemudian seorang nabi dengan 10 orang pengikutnya, kemudian pula seorang nabi dengan 5 orang pengikutnya dan akhirnya seorang nabi tanpa seorang pengikut pun.

Tiba-tiba aku melihat kumpulan manusia yang banyak bagai awan yang kehitaman, lalu aku bertanya kepada Jibril: “Adakah mereka itu umatku?”. Jawab Jibril: “Bukan... Tetapi lihatlah di ufuk sana.” Lalu aku pun nampak dari jauh kumpulan-kumpulan hitam yang banyak.

Kata Jibril: “Itulah umatmu! Di barisan hadapan mereka ada kumpulan seramai 70 ribu orang semuanya yang tidak akan dihisab dan diazab oleh SWT.”

Aku bertanya kenapa?

Jawab Jibril: “Mereka itu semasa hidup di dunia tidak berubat menggunakan besi panas yang dibakar (wara’) , tidak meminta untuk dibaca mentera-mentera sihir ketika mereka sakit (sabar) , tidak melakukan tilikan mengunakan jin dan bomoh (tidak syirik) dan mereka hanya bertawakkal kepada Allah dalam setiap perkerjaan yang telah mereka usahakan.””

Lalu bangun Ukasyah bin Muhsin yang telah mendengar kata-kata itu dan berkata: "Wahai Rasulullah doakan kepada Allah agar aku bersama mereka ini."

Lalu berdoalah nabi: "Ya Allah jadikan Ukasyah bersama mereka".

Kemudian bangun pula lelaki lain dan berkata: "Wahai Rasulullah doakan kepada Allah agar aku juga bersama mereka ini."

Kata Rasulullah: "Ukasyah telah pun mendahului kamu!"

(Sahih Bukhari dengan Sarh Fath Al-Bari, Kitab al-Riqaq, Bab no. 50, hadis no. 6541)

InsyaAllah.. semoga Ukasyah menjadi orang soleh dan sentiasa berpegang pada alQuran dan hadis rasulnya... amin...

TQ dear for this link.

01 October 2011

Makan2 @ d'village view, bangi


Saya sangat mengantuk.. Jadik saya updet esok hokehh?

Posted via Blogaway

29 September 2011

Kamera hilang

Busy sket la dua tiga hari ni.. banyak citer nak updet.. kamera pun ntah ke mana.. uhuhu.. kalo bleh miskol kan senang nak carik.. uhuhuuu...

23 September 2011

Budak kene enjek


Check-up enam bulan.. Macam bulan lepas, bukak je baju dia meronta2.. Bukak pampers nangis terus.. Bilik tak la sejuk.. Ukasyah malu kot kat awek2 nurse sumer..

Selesai timbang, pakai baju, terus ok.. X nangis.. Tp mulut pot pet pot pet tak puas ati lagi.. Ihihi... Nasiblah kamu budak!! ;p

Pastu nurse kata ada injek.. Eh!! Mummy salah tengok schedule la.. Ingat x de injek bulan ni.. P je room injek, dia dah buat muka semacam.. Eh!! Macam faham plak.. Ni yang mummy rasa kagum..

Nurse panggil, mummy masuk.. Baringkan dia atas riba untuk posisi injek, terus dia meronta sket then trus diam peluk mummy kuat2.. Nurse wipe je peha, mata dah buntang.. Rasanya betul lah ukasyah faham.. Kesian plak tgk muka ngeri dia tuh.  Masuk je jarum, jerit tak hengat.. Syian anak mummy... :-(

Dah siap tu, pujuk2 sket, trus diam dan tdo. Mmg time tdo dia pun.. Nurse kata x dmm.. Tp risau gak sbb lepas kene hujan smlm bdn dia agak panas.. Sampai umah, ada rsa panas gak.. Mummy pakaikan cool fever.. Hopefully x demam la.. Atuk nenek pontian ada...

Posted via Blogaway

22 September 2011

Salam dan Mandi

Wah.. hari ni hari penuh sejarah..

Dah beberapa hari daddy dok ajar Ukasyah bersalam.. kalo tak tau lagi, en. Daddy ni fanatic citer2 P.Ramli.. Jadiknya disebabkan citer Nasib si Labu Labi baru je ditayangkan kat TV (ulangan.. biasaler kan?.. jap konpius, betul ke tak citer tu, ke citer lain.. dok tingat scene nyer.. tp tajuk tak confident plak.. uhuhuu..)

Scene yang mana? ala.. yang Labu Labi p meminang anak Ibrahim Pendek tuh.. dok salam berapa kali ntah.. cam tu ler dia dok ulang ajar kat Ukasyah.. mula-mula Ukasyah senyum, pastu ketawa.. hari ni dah pandai hulur tangan salam daddy.. mummy test, dia pun hulur tangan salam jugak.. oh anaknda... :)

kitorang dok ajar term 'Salam'.. bila test kat wan, wan dia dok 'Amin.. Amin...' aahahah.. mana Ukasyah nak layan.. :p dia dok tengok muka wan blur jek.. tak per.. wan kene berlatih lagi..

Ya Betul! confirm.. scene 1:40 - 2:20





Sejarah lagi satu.. Atuk dan Nenek Ukasyah datang lagi.. tengah hari tadik baru tau.. kelam kabut la mummy.. kan mummy ada projek rearrange furniture satu rumah.. korang ingat dah siap ker?.. ahaha.. jangan harap.. sikit-sikit lama-lama baru kemas satu rumah.. mana tak nyer.. projek asal, satu bilik, akhirnya satu rumah tonggang langgang.. tu pun mujur dapur dah built in.. kalo ku gagah sket je lagi, ngan built-in built-in cabinet sumer ku tolak.. ahaha..

Hari ni pulak bersemangat sungguh buat kerja.. awal-awal tu dah plan, 5.30 benti, kemas atas.. sudahnyer tengok jam dekat kul 6 masih ngadap notebook. Tu pun mujur berhenti sebab ada orang TNB datang betulkan wiring kat meter luar tu. Citer wiring TNB akan di updet dan akan dilinkkan di sini. :) Zohor tadik solat giler awal, tak azan lagi dah siap2 berwuduk dah.. ni tak solat asar lagi.. adehh.. leka sungguh makcik sorang ni.. nak solat, kemas2 sket, mandi... jadiknyer?.. 'Abg... (manjerr) tolong mandikan Ukasyah bleh?' ehehe.. untuk makluman sumer.. inilah kali pertama mummy mintak daddy mandikan Ukasyah.. ajaib tak?.. ahaha.. tak per.. mummy tak berkira sebab daddy pun dah ada task mandikan Tok Ukasyah hari2... so fair and square kan?..

Tapi hari ni sungguh2 darurat.. since Daddy dah ajak Mummy p Giant, Daddy pun akur lah dengan cadangan itu.. (Cadangan ke?..) Betul tau.. kiter cakap lembut2 ajer.. tak paksa pun.. tapi kalo tak mo, memang paksa jugak.. Kene p Giant jugak.. nak kene beli bantal.. sebabnya bantal2 sumer dah bawak turun guna untuk sendal Tok Ukasyah.. kesian mak.. nak buat cam ner?.. kalo tak, sakit mak dok baring satu side je, every three hours, memang kene pusing kan to another side.

Siap sumer terus kuar p Giant.. Sampai golf club, azan maghrib dah.. Solat kat masjid kinrara yang telah lama tidak ku jejak.. kali terakhir bulan puasa tahun lepas.. masa tu tengah mabuk Ukasyah dalam perut.. tak mabuk sangat. Tapi malam kul 8, 8.30 sure padam nyer.. P terawikh masjid tiga empat kali je kalo tak silap.. Dah abis tempoh mabuk, dok jaga mak pulak.. jadiknyer memang tak berkesempatan la ke kuliah masjid.. oh ilmu!! kanda pun sama..

Hujan rintik2, sempat Ukasyah tido dalam kete sebelum ke Giant.. kat Giant segar bugar.. Anjang Ukasyah jemput ayahnda bonda dah Ucu Ukasyah kat TBS.. ayahnda dah malas dah nak drive.. Bus stand pun dekat je ngan umah, so ok lah.. lepas shopping, kitorang meeting kat Pak Ali PUJ.. makan-makan dan terus balik.. nak jamu kat umah, tak sempat la nak masak.. tak per.. esok2 masih ada InsyaAllah...

Wah.. dah melarat kul 1.30 lebih dah.. dari bersemangat sambung wat keje, dok blogging plak.. ni sumer dah tdo.. kanda dok bagi mak susu.. baiklah.. tdo la.. esok Ukasyah checkup pagi2...

Assalamualaikum....

20 September 2011

Updated Blogger Interface

Eiii sukerla interface baru ni!!


19 September 2011

While mummy is working

Ni view dari meja SOHO mummy yang baru tu. Senang nak tengok dak tu dok buat apa.. Ukasyah pun dah pandai.. dok tengok TV sekali sekala pusing sini cek mummy ada ke mummy dah lari.. kalo ada, Ukasyah senyum lah kat mummy.. kalo mummy tak de, dia bunyik la sket.. mummy menyahut, dia diam la.. lama2 bosan jugak dok layan tv sorang2.. syian...

Bila dah bising sangat, terpaksalah mummy jemput si bujang tu duduk sebelah.. Sekejap boleh la dia layan buku ngan mainan dia.. Pastu ngamuk la balik.. Tak pe ler, baru nak sesuaikan ngan jadual baru, lebihkan main dari tido.. :) Luv u bebeh..

SOHO

Ukasyah dah lama dah pandai meniarap dan sekarang boleh duduk tegak dah.. tapinyer tak baper suka nak meniarap.. maka, untuk menggalakkan Ukasyah supaya lebih rajin berguling-guling, mummy letak la Ukasyah kat living room dan mummy terpaksa carik sudut baru utk SOHO mummy..

Sebelum ni kitorang sumer dok kat atas je. Kitorang buat kerja kat family hall atas, Ukasyah dok layan mobile dan mainan-mainan lain dalam cot.. cot dalam master bedroom kitorang tarik sampai dekat-dekat pintu. Senang nak tengok kalo dia menjerit bosan..

Sejak lepas raya, mummy and Ukasyah lepak bawah. Bagus jugak, dah jimat satu kipas. Kipas bilik tak yah on dah la.. Ukasyah lepak dalam rocker atau bergelimpangan tengah laman layan tv. Mummy dok kat coffee table. Tapi rasa tak efisyen plak kerja cam tuh.. Tu yang ligat je kepala otak ni dok pk cam ner nak buat sudut SOHO yang baru.

Akhirnya mummy decide untuk bawak turun meja jahit ke sudut bawah tangga belakang love seat. At least kalo ada orang datang mengejut, tak la nampak meja kerja mummy yang semestinya sentiasa bersepah tu.. Meja jahit tu sebenarnya meja belajar biasa. Beli masa bujang lagi. Beli kat giant ke kat jusco ntah.. lupa dah.. kalo ikut tahun, rasanyer beli masa 2002 dulu. Meja tu masih cantik lagi sebenarnya.. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (masa naik lori pindah dari JB ke KL) ada beberapa bahagian yang dah tercalar dan nampak lah serpihan chip wood nyer.. Lagi pun tak match la plak meja kayu budak belajo tu nak letak kat hall yang elegent tuh.. keh keh keh...
Keadaan asal meja.
Makanya timbul idea untuk balut meja tersebut dengan baki kain langsir tahun lepas.. Sebenarnya bukan baki, tapi langsir tersebut juga adanya. Langsir tu dah kene trim sebab pindah masuk bilik atas. Kalo tak trim, panjang berjela la jawabnyer. So yang lebih-lebih tu boleh la guna buat projek DIY.

Yang diperlukan: kain, gunting dan stapler tembak. 
Tara!!! Macam meja receptionist hotel kan? ;p Kalo nak lagi lawa supposedly laykan  dengan span nipis.. tapi maleh nak mencari dan yang penting kene jimat kos!! :) bagus kan?? Pandai berjimat cermat! Pastu belah dalam tu biarkan aje sebab masih lawa.. nanti kalo orang datang, kerusi tu rapat, tak pasan sangat la dalam tu.. :)
Pastu melarat ke kusi kecik ni pulak. Gambo before lupa nak capture.. Tapi burukla.. Kain asal elok lagi, tp coraknyer really not my taste!! Yang baru ni match ngan langsir.. keh keh keh.. (pstt.. sila abaikan habuknyer yang enam inci tebalnyer.. :p)
Seterusnya meja kerja kat atas. Ni sebenarnya meja makan zaman bujang2 dulu.. Elok je lagi.. Sebenarnya nak jahit alas tu macam biasa. Tapi since mesin jahit tak berapa sihat dan diri ini tengah seronok menembak, akhirnya terstapler la kain tu terus ke meja. Bagus jugak.. Nmpk neat la sket.. 

Kain masih berbaki sket.. Dah ada plan dh nak buat apa. Just wait ya?? Ehemm.. :-D

18 September 2011

Aktiviti hujung minggu


Jumaat sabtu layan kambing golek. Ahad ada jemputan gak.. Tapi tak dapat nak hadir plak. Jumaat Sabtu tu maksu ukasyah ada, boleh la.. Hari ni pagi2 lg maksu dah balik.. Keadaan mak hari ni x membolehkan kitorang tinggalkan lama2.. X Sedap ati lak..

Tu citer open house.. Ni plak citer house keeping sepanjang cuti.. Kan ada citer pasal x boleh tdo kn? Pagi-pagi buter esoknyer mula mengemas.. La ni pun x brapa nk siap kemas lagi.

Mana taknyer? Dok rearrange furniture bagai!! Plan asal master bedroom je.. Tp bila dah start, melarat-larat ke semua bilik dan hall. Huhh!! Lenguh satu badan!

Posted via Blogaway

17 September 2011

Lelaplah duhai mata


Ni yang payah.. Walau mata terpejam erat, berusaha paksa diri untuk tidur, kepala plak masih ligat plan macam-macam.. Siap terbayang measuring tape kanda yang berwarna biru kuning tu yang sedondon dengan warna tema ikea.. Oh cepatlah esok! Boleh ku redeem kepak ayam dan mulakan projek terbaru ku iteww!!

Posted via Blogaway

Ikea catalog


Bile dinda dah mula belek-belek katalog ikea tu, rasanya kanda pun mula lah pening kepala... Ekeke.. Sorry dear, dindamu ini tengah banyak idea.. Sediakan fulusnyer ajer!!

Ahaha.. Biasanya waktu listing, memang lah panjang berjela.. Mintak approval, sentiasa ok ajer.. Sampai masa, rasa bersalah tetap ada, bila mana menda tak berapa perlu pun disenarai sama.. Akhirnya pulang dengan satu dua menda ajer.. Sungguh pun sedih, rasa bangga tetap ada.. Berjaya juga selamatkan duit kanda..

Wah... Macam berpantun plak!!

Tapi tu ler hakikatnya. Adakah saya penyopping tegar ikea? Sampai ada yang tegur, elleh.. Macam tak boleh bli kat tempat lain.. Boleh... Tapi tempat lain x de katalog sehebat ikea..

Bila timbul idea, tak dpt belek yang hardcopy yang softcopy pun jadiklah..  Hardcopy bleh belek2 sambil berbaringan bersenang lenang.. Tepon ku tak mampu nak menanggung ikea catalog yg android version..

Bila timbul idea, tengok katalog, p ikea tengok, kalo  berkenan bleh trus beli.. Tak berapa ada masa lah nak window shopping sgt..

Lagipun banyak barang yang dibeli dalam category home organization.. Senang nak carik menda2 practikal dan sesuai untuk rumah kecik kitorang.. Kalo tak mampu, bleh beli sket2.. Next visit sambung projek..

Ouh.. Panjangnyer posting malam ni.. Mujur listing untuk shopping tak sepanjang ni.. Yang bestnya, total to be spent is less than rm60.. INSYAALAH...

Sweet dream!!

Posted via Blogaway

13 September 2011

Pai Megi



Semalam kemas gobok dapur terjumpa plak megi kari sepeket.. Bagus jugak.. Ari tu shopping barang dapur, ada beli daging cincang sket..

Memang dah plan nak wat pai megi.. Sebab dalam gobok tu pun ada melambak megi ayam cendawan yang tak laku.. Kanda la tu... Beli time bulan pose.. Tp mkn sepeket dah tak mo dah.. Lagipun nak try bake.. Sebelum ni dok goreng je..

Memula plan nak try rencah ayam cendawan tu.. Tp x konfiden plak.. Bagus gak jumpa megi kari tu.. Baiklah, cara-caranya;

Rebus 3 paket megi dan toskan

Panaskan caserol, masukkan daging cincang
Keringkan air
Tambah sedikit minyak
Tumis bwg putih, bwg merah bersama daging
Masukkan 2 paket perencah megi (saya pakai satu kari, satu ayam cendawan )
Tambah secubit garam
Gaul rata
Padam api.

Masukkan megi yang telah ditos
Daun sup, daun bawang
Taburkan bawang goreng
Pukul 2 biji telur
Gaul sebati
Ratakan-ratakan permukaan megi

Pukul 1 biji telur
Tuang dan ratakan ke atas megi

Masuk rmicrowave, set auto masak megi, atau agak telur masak, siaplah...

Makan cicah sos ngan mayo, sodapnyer... Mayo saya dah abis plak.. Tu yang tiada dalam gambar ;p

Posted via Blogaway

12 September 2011

Bubur labu



Hari ni menu dinner ukasyah bubur nasi campur labu.. Berselera betul dia makan.. Alhamdulilah..

Posted via Blogaway

Header blog

Ntah biler la mummy nak buat header untuk blog kite ni ek ukasyah... (blog KITE hokeyyhh?!!..  :p)

RM700 minimum


Cer teke cer teke apa yg min rm700? Ni pun dapat dari sumber terdekat.. Tak cek plak dari sumber2 rasmi.. Tak per nanti kita cek kesahihannya..

Yang saya maksudkan ialah gaji min pembantu rumah dari indonesia.. Hari tu ada la jugak dengar isu diorang baru nak request.. Tak sangka plak diorang berjaya ngan tuntutan tu.. Baik la rakyat tempatan yang tak bekerja tu kerja jadik maid.. Waktu siang je pun tak per.. Malam balik umah sendiri.. Mesti ramai majikan yg suka kan? Maksud saya bakal majikan.. Paling kurang empat lima ratus bleh dpat aper?

Posted via Blogaway

Nasi Goreng Cendawan



Hari ni breakfast nasi goreng cendawan. Nak resepi?.. ehehe.. lawak je.. sumer orang tau la cam ner nak masak nasi goreng.. tapi tak per.. kita share je.. :)

Bawang merah, bawang putih, cili padi blend kesemuanya.
Panaskan kuali dan tumis bahan blend.
Masukkan fish cake, fisha ball atau pun apa2 jua yang seangkatan dengannya.
Masukkan mix vege.
Masukkan cendawan yang dah disiat-siat.
Masukkan garam secukupnya.
Masukkan nasi dan sedikit air.
Buat lubang donut tengah-tengah kuali.
Pecah kan telur barang dua tiga biji ikut kesukaan, biarkan masak sedikit, gaul rata.
Goreng kasik lama sket..
Tabur black pepper, bawang goreng dan daun bawang, hidang..

Kesimpulannya, Nyum nyum!!.. :)

Kemaafan dendam yang terindah


Dalam sentiasa cuba mengingati mati pun, hati ni masih susah nak memaafkan apatah lagi nak melupakan kesalahan orang lain..

Forgiven not forgotten? Boleh? Forgive to forget baru betul.. Kalo sekadar memaafkan di mulut, tapi hati masih tak berhenti memaki hamun, walau pun setelah bertahun, memaafkan ke tu?

Sedih kan? Keras betul hati ni.. Macamlah awak tu tak pernah buat salah.. Tak ada faedahnya pun simpan dendam dalam hati.. Orang tu tak berkudis sikit pun.. Kite je yang hidup dalam rasa marah sendiri!! Ada faedahnye? Lu pikir la sendiri, bak kata nabil RL.. ;-)

Posted via Blogaway

Solat terakhirku...


Jika ini adalah solat terakhirku, bersediakah aku untuk  menghadapMu?... Ya Allah, permudahkanlah hidup dan matiku.. Lembutkanlah hatiku.. Semoga hatiku sentiasa mengingat mati Mu (kematian yang pasti yang telah Engkau tentukan)...

Posted via Blogaway

11 September 2011

Wishlist


Apa wishlist korang? Ikut nafsu memang panjang berjela la list ni.. Ikut kemampuan dan keutamaan mungkin tinggal satu dua je, dan mungkin jugak sumer boleh dibuang dari senarai.. Dunia dunia!!

Epal sewing machine.. 2k plus.. Tak tau apasal berkira sangat nak beli.. Dah bertahun dah menahan diri... Sdey!!

Sliding wardrobe.. 3k++ ni pun asyik bertangguh.. Konon nak renovate bathroom dlu lah.. Nak tuko lantai dulu lah.. Haishhh macam2 dalam kepala.. Satu pun tak jadik..

Baru dua menda.. Tapi hati dah mula meronta2!! Macam2 nak.. Hai hati, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada.. Lihatlah pada mereka yang tiada.. Uhuhu... Maka, baiklah saya tamatkan list ini setakat ini saje... Uhuhu...

Posted via Blogaway

10 September 2011

Bumbo seat

Someone introduce the Bumbo seat to us. Ukasyah is already 5 month plus... berbaloi ke tak nak beli Bumbo seat ni?.. Rasanya tak beli la kot.. Sebab Ukasyah dah bleh duduk tegak dah pun.. belum boleh bangun duduk sendiri, tapi kalo mummy dudukkan, dia dah boleh balance la.. boleh duduk tegak, boleh tunduk ke depan amik mainan.. sekali sekala, tumbang jugak kalo dia dok leka main.. :p for precaution, mummy never leave him sitting alone, tak stabil lagi and mummy kene ada kat situ to catch any wobbly fall.. mummy also used bunch of pillow for him to land on as additional safety precaution.

Bumbo seat ni range harga RM159 - RM249... Bleh dapat cheaper kalo pandai carik preloved one.. RM249 tu kalo including tray.. Ikut review ramai bagi five star out of five! Bumbo seat ni multi use.. Tengok tv, main, makan-makan, ada yang sampai bawak p restoran, bawak p mandi pun boleh.. Bumbo seat ni boleh pakai bila baby dah boleh nak support kepala sampai la baby dah tak muat nak masuk seat tu.. :)

As for ukasyah, i prefer to use the traditional method.. biarkan dia melepak berguling-guling atas lantai.. Tu pun tak berapa nak meniarap.. Time makan kat rumah, dah ada high chair.. Lagipun Ukasyah dah ada baby carrier yang multi-use jugak.. Brand halford.. harga tak ingat, tapi range RM300+

Baby carrier ni sebenarnya car seat. Rear facing.. Bleh pakai dari newborn sampai 13kg. Kalo Ukasyah tertido dalam ni, boleh angkut as baby carrier. Pergi shopping kadang2 angkut je masuk shopping trolley. Kesian nak angkat-angkat pindah. Baby carrier ni ada travel system set. Ada stroller yang boleh attach carrier ni. Tapi kitorang tak beli lah sebab dah ada stroller abang hadi kasik.

Sebelum ni, kalo p makan-makan, kitorang angkut carrier ni sekali since ukasyah tak geti lagi nak duduk kan.. Lepas ni boleh la pakai high chair. Kadang-kadang balik umah atuk, Ukasyah ngadap tv, makan pun dalam carrier ni.. boleh set baring, separa baring dan duduk tegak.. boleh jadik rocker jugak.. Memang berbaloi beli yang ni. Carrier ni pun ringan jek.. Puas pakai la takat ni...

Berbalik kepada bumbo seat, komfem la kitorang tak beli memandangkan Ukasyah sangat senang dalam baby carrier dia ni dalam apa jua keadaan. Cumanya kalah ngan bumbo seat sebab tak boleh bawak p mandi.. ehehe tak sesuaiii!! :p

Ukasyah sleeping soundly while mummy and daddy having breakfast

09 September 2011

My loyal babysitter


While mummy is busy working (cooking, blogging, laundrying... and the list continues), Ukasyah bleh la nak lepak tengok tv sorang-sorang... mummy tak subscribe channel katun lagi, tengok babyTv je sementara free ni.. sekali sekala menjerit jugak budak tuh.. tapi mummy wat dek jek.. lama-lama dia diam la.. kalo jeritan makin kuat, maknanya dah memang boring tahap gaban la tuh.. :)

Luv u baby!.. :-*

Posted via Blogaway

Puding roti custard

Wah.. Berjaya jugak akhirnya...

Dah lama dah berangan nak buat puding roti custard nih.. hari ni baru berjaya.. Hari tu ayanda beli roti putih jumbo tu.. tapi disebabkan banyak makanan, tak laku la roti tuh.. makanya, nampak sangat lah telah sampai seru cubaan membuat puding roti custard.. yey!..

Sumber, biasalah best friend saya, en. Google.. :)

Bahan-bahan puding:
Fresh milk 500ml
Gula 4 Sudu Besar
Roti putih 10-14 keping
Planta 2 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telur 2 biji
Esen Vanila 1/2 sudu
Kismis
Secubit Garam

Cara-caranya
Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk
Blend bahan-bahan lain kecuali kismis hingga sebati
Tuang bahan blend ke dalam roti, tambah kismis dan gaul rata
Bakar dalam suhu 180°C, 30 minit.

*Saya gunakan microwave, without lid, masak dengan medium-high 20 minit, then high 5 minit nak bagi garing sket, dah masak baru tutup untuk elak kering sangat

Sos Custard
Fresh milk 500ml
Gula 4 sudu besar
Tepung custard 2 sudu besar
Secubit garam

Gaul sebati, letak atas api pelahan, gaul sentiasa supaya tak berketul..

Version saya, saya gunakan 3 sudu besar custard, so sos custard saya tak jadik sos, jadik puding jugak.. dah pekat likat, saya tuang dan ratakan atas puding.. tabur dan tekan-tekan sket belen kismis tadik..

Puding roti tu saya masak dalam caserol besar, so dia tak tinggi sangat, leper jek.. pastu saya kurangkan sket sukatan gula sebab kitorang memang tak suka sangat makan manis-manis.. gaul-gaul masuk microwave, tinggal.. senang je kan?..

Posted via Blogaway

07 September 2011

Good night, sleep tight


Downstair, ayahnda, kanda dan pak mertua tengah melayan WWE.. The head is ayahnda of course! Sekali sekala dengar komen tak puashati ayahnda.. Kandanyer dok melayan.. Eh!! Bonda pun stay up sama? Bleh tahan!! Peneman yang setia..

Upstairs, ukasyah, anjang dan ucu lena dibuai mimpi.. Mummy? Layan blogging.. Ouh.. Mata sudah  kuyu... Cukuplah!! Good night, sleep tight!!!

Posted via Blogaway

06 September 2011

Emosi...


Rasa marah dua hari lepas masih tak hilang.. Sekali sekala teringat-ingat jugak.. Detail tak payahlah saya citer kat sini.. Memburukkan keadaan yang sedia buruk lagi hodoh.. Kalo ikut perangai zaman remaja dan kanak-kanak saya, dah lama orang yang berkenaan saya laser dan mungkin jugak kene ganyang ngan saya!! Ahaha..

Teringat pulak peristiwa zaman sekolah rendah.. Disebabkan sakit hati dan sakit kepala kene baling ngan batu, teruk jugak saya ganyang kepala sorang budak lelaki yang tak kurang beso saiznyer..

Sekolah menengah pernah saya  mengamuk terbalikkan meja.. Dan sorang budak lelaki merasa tendangan kaki emas saya.. Baran betul zaman muda-muda dulu.. Uhuhu...

Ilmu kurang.. Tu yang kejenyer nak marah orang aje.. ;p  makin tua  ni, makin nampak lah  betapa huduhnya sikap panas baran saya dulu.. Malu jek.. Semoga saya dikurniakan kesabaran dalam menempuhi ujian allah... Amin...

*semoga saya tidak dipandang sebagai orang yang berperangai huduh lagi buruk..

*sesungguhnya aku masih tidak boleh menerima sikap buruk kamu berdua!!

Posted via Blogaway

05 September 2011

Satay kajang

Dalam mulut ada daging
seketul... :p nyumm nyumm
Hari ni ayahnda belanja kitorg makan satay kajang!! Nyum nyumm.. Asalnya nak beraya umah cousin tadi, tp tak balik kje lagi rupanya.. Ye ye orr je ingat diorang cuti lagi...

Ayahnda kul 5 lagi dah siap.. Sementara tunggu 5.30, sempat lagi pergi potong rambut.. Bila sumer dah siap, x jadi plak beraya.. Postpone lepas maghrib.. Tapi memandangkan sumer dah siap lawa2, terpaksalah keluar jugak..

Nak beraya rumah orang, tak de yang dekat-dekat.. Lagipun mesti diorang penat baru balik kerja.. Sudahnya ayahnda ajak pekena satay.. Tengok jam dah 6.15... Risau plak jalan jem.. Orang sibuk balik kerja kan.. Tapi redah je la..

Alhamdulillah jalan x jem.. Order satay pun tak yah tunggu lama.. Sekejap je.. Makan2 sket, bungkus utk kanda ngan pak, then terus balik.. Sempatlah magrib kat rumah.. Alhamdulillah..

Malam, misi beraya dan menerima tetamu. Jiran2 sebelah datang rumah.. :-D

Posted via Blogaway

Too perfect to make mistake


Sesetengah orang yang celik hati dan celik mindanya, membetulkan kesalahannya dengan mencari jalan penyelesaian.. Minta maaf dan menyesali perbuatannya.. Dan tidak sekali-kali mengulanginya..

Tapi, bagi orang yang gelap dan busuk hatinya, yang tak tau berterima kasih dan bersyukur kepada allah, tanpa segan silu memburuk2 kan orang lain, tak kira banyak mana orang tu bersabar dengan perangai hodohnya, menutup segala sikap buruknya selama ni, semata-mata nak menghilangkan rasa bersalah yang makin menebal dalam diri.. Maklumlah.. Dia terlalu sempurna untuk buat silap!! *SIGH...*

Kamu, kamu, kamu dan aku tergolong dalam kumpulan mana?

*Aku dah bosan dengan sikap buruk kamu berdua!!

Posted via Blogaway

02 September 2011

Pontian



Pagi-pagi ni tingat la plak suasana kampung bile sumer siblings ada.. Hari ni baru cukUp sumer org.. KECUALI SAYA!!! :-S

Ukasyah pun x smpt nak main ngan cousins nyer... Syian...

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

01 September 2011

Raya 2011

Dah balik puj dah ni.. Tak puas beraya ngan adik beradik.. Tapi dapat berkumpul sejam dua pun alhamdulillah dah.. :-(

Tahun ni beraya di pontian paling sekejap.. Mana taknyer, pagi raya baru balik, raya ketiga dah kelam kabut balik sini.. Nak buat cam ner? Takde saper dah yang boleh diharap untuk tolong jaga mak dan pak barang sehari dua.. Mak su ukasyah balik u hari ni..

Raya pertama hari tu, lepas solat raya, kemas2 rumah sket, then bergambar ngan mak dan pak.. Gerak balik pontian dalam kul 11 lebih.. Terus singgah kampung kat sungai lurus, senggarang sebab ayahnda bonda dan adinda sekalian tgh ziarah kubur arwah embah laki dan pompuan..

Lepas tu follow diorang ke rumah kekanda2 bonda.. Lama tak jumpa diorang.. Tiba pontian dah maghrib.. Lepas dinner, flat dah masing2.. Ada tetamu, ude sekeluarga..baru nak tlg diorg kat dapur, ukasyah dah nangis plak.. Susukan ukasyah, ngan mummy2 skali padam.. Daddynyer dah lama padam dah.. ;-)

Raya kedua, balas ziarah ke rumah ude.. Kitorg bertiga plus anjang ukasyah sorang.. Yang lain2 dh pegi 1st raya ari tu.. Wah!! Ude jamu bihun tomyam maveles! Kalah tom yam kung secret recepi!!

Petang tu adinda bonda datang pulak.. Walaupun cuma satu family, meriah btul rasa.. Seronok berkumpul sedara mara!

Pagi2 hari ni, sesudah subuh, kitorang dah mula bz kat dapur.. Adinda2 bonda yang lain plak datang.. Kitorg sumer dah plan nak berkonvoi ke kota tinggi.. Itupun plan clash ngan program malamud family ayahnda... X pe la, yg belah ayahnda dah selalu jumpa..

Selepas ke felda kledang, ke kota tinggi ziarah sahabat lama ayahnda bonda.. Sekejap aje.. Sekadar menjenguk bertanya khabar.. Ikutkan ayahnda, bnyk lg tempat yg dia nk pegi... Tp kitorg terpaksa rushing bkejar balik kl sbb tiket maksu ukasyah kul 11 malam ni..

Sampai pun dah pukul 9.30 mlm.. Alhamdulillah sempat le.. Kesian kat kanda bkejar anta maksu ke pudu plak sebab tlg angkut lima beg tmasuk seko beruang besar.. Uhuu.. Balik plak nk kne uruskan mak... Syian kanda.. X pe la nk wat camner.. Dah tanggungjawab kitorg.. x baik plak merungut2 ni...

Kesian jugak kt atuk n nenek ukasyah tak puas beraya ngan ukasyah.. :-( insyaAllah kalo ada rezeki dan umur panjang, tahun depan kita balas dendam ek ukasyah.. <3

Posted via Blogaway

30 August 2011

Merahnya mak ngah!!



Ni on d way balik pontian di pagi raya.. Ukaskyah ttdo ngan duit raya wan dalam genggaman.. :-$

Posted via Blogaway

29 August 2011

Kemas rumah


Alhamdulillah.. Rumah sumer dah siap kemas dah malam tadi.. Yey!! Rasa cam rumah lawa la plak... Ekeke.. Perasaan sendiri je tu... ;p

Sebenarnya memang tertunggu-tunggu raya tahun ni. Tak sabar nak tuko langsir ngan sarung kusyen.. Sebabnya, langsir lama tu dah rasa tak best.. Maybe sebab kaler gelap kot.. Cepat bosan plak rasa..

Langsir beli baru.. Nak rotate tahun lepas-lepasnyer, ada satu je..tu pun tengah guna kat 'wad' mak.. Eh, tak pernah post pun psl ward mak tu ek? Okeh, okeh... Nanti kite citer.. (sumer menda nanti.. Uhuhu...)

Sarung kusyen pun sama.. Rasa giler buruk! Sebabnya materialnyer mmg murah giler.. Bila pakai hari2, 24 jam plak tu kitorang kat umah, lagi la cepat buruk.. Tuko balik cover yang asal..

Arm rest pun dah giler buruk.. Mana taknyer? Orang dah kata untuk tangan je berehat, kitorang dok bersandar plak kat situ.. Dah tu ada plak jari2 halus yang tak bleh tahan tengok kulit sofa tu berjerumbai.. Eh dia plak tolong 'settlekan'... Bleh plak? ;p

Penyelesaiannya kite wat la cover untuk arm rest tu.. Last year nyer dah ada..tapi silap design, so tak sumer arm rest tu covered.. Lagipun nak jimat kain masa tu..

Gambar? Mmm mungkin hupdet sekali ngan citer raya kot since notebook dah shutdown semalam.. Dan ada baju yang tak siap jahit lagi!!! Ampunkan saya pak mertua!!!

Posted via Blogaway

28 August 2011

Breathtaking breastfeeding


Alhamdulillah dah masuk five month dah breastfeeding ukasyah exclusively.. Hopefully dapatlah bertahan satu dua tahun insyaAllah..Ukasyah pulak baru je start makan solid food, mungkin demand mummy's milk akan berkurang  sket..

Supply susu ni ada pasang surutnya jugak ek sebenarnya... Especially in ramadhan.. Setengah orang cukup dengan bersahur dan makan minum banyak-banyak malam tu..

Pengalaman pertama berpuasa pada 1 ramadan lepas... Walaupun dah bersahur dan minum banyak malamnya, menjelang tengahari, susu dah kurang.. Ukasyah dah mula meragam tak kenyang.. Dekat2 asar tu, susu giler kontang.. Adeh.. Ukasyah asyik marah2, mummy plak mula tension.. Apsal susu tak generate2 ni..  try bagi botol, ukasyah refuse.. Tapi dah petang2 tu dia minum jugak botol tu...

Second day mummy tak pose, sebab susu masih kurang.. Hampir2 tahap kontang! Serius!!! Minum lah berbotol2 pun, kilang susu macam merajuk je..

Third day masih sama.. Dalam hati risau giler... Tanya bonda, bonda kata jaga2 takut berlarutan, terus kontang nanti!! Risaunyer!!! Uksyah feeding ebm.. Dalam masa yang sama bagi direct jugak.. Bila kontang, baby menyusu memang agak sakit sket.. Tapi kugagahi jua..uhuhu.. Nak meransang milk generation..

Cross check yang jadual period, mungkin dusebabkan hormon yang tengah mengong kot.. Jangan putus asa!! Terus je bagi direct.. Alhamdulillah start dua hari lepas, milk supply kembali seperti semula.. Tapinya, dok termenung mengira hari tak pose da planning bile nak menggantinyer... Anak, anak!! Berkorban apa sajer....

Posted via Blogaway

26 August 2011

Sit up straight and first solid food

Banyak betul perkembangan Ukasyah yang mummy nak kene catch up.. Banyak yang termiss tak dapat blog nih..

Since the past two days, Ukasyah dah berjaya duduk sendiri.. means bila kita dudukkan dia, dia blehla duduk tegak tak payah support.. tapinyer Ukasyah ni macam tak berapa minat nak duduk sangat.. even meniarap pun jarang2.. kerjanya nak suh orang pegang, nak berdiri jek.. boleh tak?.. risau jugak kang kalo dah terbiasa pegang je, satu kerja apa pun tak jadik.. uhuuu..

Atuk dan nenek pontian dah bising lama dah suh bagi makan bubur.. mummy tak berani lagi.. tapi kesian jugak sebab ukasyah dah nampak cam asyik lapar jek.. makin kerap menyusu.. pulak ni dalam bulan puasa, susu macam kurang je lah.. Lepas buat some research dan tanya orang-orang yang berpengalaman, mummy and daddy try belikan Heinz baby food.

First jar is Parsnips, Carrots & Sweet Potato.. Try feed dia tiga hari lepas kalo tak silap.. Ukasyah excited nak makan, tapi bila masuk mulut je, dia buat muka giler jijik ngan makanan tu.. ekeke.. mummy pun try sket.. uhuhu.. patutler tak berapa sedap.. rasa cam plastik sket.. Nampaknyer mummy la kene abiskan satu jar tu..

Pastu daddy try belikan yang lain, kali ni belikan Custard and Banana.. nampak cam manis dan sedap.. Tadik, balik dari klinik - checkup 5th month, try la bagi Ukasyah makan, amik sket je.. satu sudu besar jek.. mula-mula suap, dia macam fobia ngan parsnips, carrot ari tu.. tapi bila dia rasa sket, terus bulat mata dia dan jerit mintak lagi.. lepas tu, tak payah citer, mummy lambat je suap dia, menjerit bukan main.. Siap mummy kene tambah lagi..

Sronot tengok dia pandai makan dah.. Memang dah ready la tu nak makan.. Bila mummy nak suap jek, dia tarik tangan 'tolong' masukkan sudu dalam mulut dia.. Disebabkan Ukasyah rajin tolong mummy, maka comot lah sofa mummy.. uhuuu.. tapi tak per.. raya nak dekat dah ni, mummy memang nak tuko cover pun..  Gambar ukasyah makan mummy upload later.. camera kat mana ntah.. :p

Bubur dah masak dah.. InsyaAllah esok (eh dah esok dah... :p) bleh la bagi Ukasyah makan bubur nasi pulak.. tengok cam ner.. suka ke tak..

25 August 2011

Jusco visit

Asyik citer jalan shopping je ukasyah ni.. Tak la... This time shopping daddy and  wan.. Mummy x shopping satu apa pun...

Memandangkan after office hour time2 camni, dah hujung2 minggu puasa plak tuh.. Makanya mummy decide untuk baby wearing ukasyah jek.. Malas nak berstroller sesak-sesak camtu..

Masuk jusco memang ramai dah org.. Tapi tak lah tahap jcard day.. Still moving and tak berlaga2 ngan org lain..

Mummy shopping, ukasyah ok jek.. Tak meragam sket pun.. Dok perati sekeliling.. After around half an hour, ukasyah  dh mula lentok..kalo tak, tegak je kepala pusing sini sana..

Tak lama, terus tido sampailah balik rumah..dalam kete pun berwrap jugak.. Nak bukak kesian takut terjaga.. Next time, bleh la shopping ngan moby wrap lagi... B-)

Posted via Blogaway

24 August 2011

Kasut raya



Yey!! Kasut raya saya dah sampei semalam.. Alhamdulillah.. Besar sket, tp nanti campur socks ok la kot..

Posted via Blogaway

22 August 2011

Bright n busy bear

Ukasyah got this preloved tray with five little bears from ibu yesterday.. Abg2 n kakak hanis dah tak main dah tray ni.. Sesuai dengan namanya, ukasyah jadi sgt 'busy' ngadap menda ni.. ;p

Posted via Blogaway

Mummy tambah citer:

Dengarnya mainan ni tujuh keturunan dah.. (saje xtravaganzakan citer :p).. sebenarnya ibu Ukasyah (ibu = mak ngah yang tak mo dipanggil makngah) pun dapat dari cousin dia kalo tak silap..

Tu ler.. berbaloi jugak beli mainan ni, bleh diwariskan turun temurun.. kalo ikut usia tuan sebenar, rasanyer dah berbelas tahun dah tray ni.. lebih kurang la kalo tak silap.. tak de major defect pun melainkan kaler bear yang agak comot.. tu pun dah 95% bersih lepas mummy sental.. Tp tu ler.. mainan sekarang ni materialnyer dah tak sama ngan mainan dulu-dulu..

20 August 2011

Ikea visit


Bought this little cute froggie for ukasyah, but he is more attracted to the mesh basket lid instead... 1,2,3...




Posted via Blogaway

19 August 2011

Balik raya

Korang dah plan dah nak balik raya biler?.. Uhuhu.. kitorang masih dalam dilema.. ikut turn memang turn pontian.. tapi keadaan tak sama macam dulu-dulu..

Ini tahun pertama mummy daddy beraya ngan Ukasyah.. dan ini jugak tahun pertama Tok ngan Wan Ukasyah beraya di KL.. dan mungkin jugak ni raya terakhir Ukasyah dapat bersama Tok.. :( tapi kuasa Allah siapa yang tau kan.. Mungkin Tok dipanjangkan usia.. entah kita yang sihat-sihat ni pulak di panggil mengadap Illahi.. mungkin mummy dulu, daddy ke.. atuk ke nenek ke.. bersedia ke?.. uhuu.. dah dah... tu chapter lain.. sdey plak... ni nak cerita pasal raya planning jek.. (pun citer sdey jugak)..

Pelan asal, berpagi raya di sini, selepas solat balik ke Pontian.. tapi pelan lari dek mak su ukasyah yang terpaksa pulang awal ke U. Nak buat cam ner kan.. tak de option.. uhuuu.. Pelan asal, nak sediakan ketupat palas dan rendang.. bleh la memasak hari terakhir ramadhan tu.. then pagi raya dengan wan dan tok sebelum balik ke pontian.. Bleh la tiga empat hari kat Pontian, memandangkan tahun ni tak perlu balik ke Sg. Petani..

Tapi memandangkan tak ada siapa nak jaga Wan dan Tok, cam ne ye?.. takkan tak beraya di Pontian langsung?.. takkan jugak raya pertama Ukasyah hanya sehari dua ngan Atuk dan Nenek kat pontian?.. kalau balik pontian awal, siapa pulak nak masakkan rendang dan ketupat untuk wan?.. masak awal-awal then freeze?.. tak patut jugak.. sebab ni pun tahun pertama Wan dan Tok beraya jauh dari kampung halaman.. sungguh-sungguh dilema...

kesimpulannya... option yang ada -

  1. Raya pertama kat sini, lepas solat balik pontian, raya kedua balik sini since makSu ukasyah masuk U raya ke-3..
    PRO: Ada orang masak untuk Wan dan Tok
    CONS: Kesian plak Atuk Nenek tahun pertama beraya ngan Ukasyah sekejap sangat

  2. Hari-hari last puasa, balik Pontian
    Raya kedua balik sini
    PRO: Ukasyah dapat balik kampung lama sket tapi raya tahun pertama pun dapat sehari je, sbb raya kedua dah on d way dah :(
    CONS: Saper nak masak untuk Wan, Tok dan maksu plak?.. 
fenin.. fenin... 

*Gambo ihsan Dato' Lat dan En. Google :)

MySQL Server has gone away..

MySQL has gone away? Where to?.. Went to buy raya preparation huh?..

I was trying to restore a backup SQL script that contains very large Blob field type when MySQL administrator keep giving me this error message. Google tells me that this problem may be due to MAX_ALLOWED_PACKET variable in MySQL configuration file. It's initial value was set to 1M and it was too small to handle such a large data.


Using MySQL Administrator tools, I changed the Max. packet size from 1M to 5M, 16M, 32M, 64M and it is not big enough and still gave me the same error message. It is only restore completely when I change the value to 128M. Finally!

The variable setup page can be found in MySQL Administrator tools, under Startup Variable> Advanced Networking> Data/ Memory Size section. Checked the 'Max packet size' and set the size to desired value.

*For my future reference as i tend to forget things easily lately!.. uhuuu...



18 August 2011

Birthday ayahnda

Pagi2  lg ayahnda dah call.. "x de saper ingat birthday babah, yang kat umah ni (mama) pun x ingat... Senyap aje..."

Ahaha... Tiap2 thn cam tu.. Syian ayahnda... Mana tak nyer, besday dalam ic 20 ogos, tapi ayahnda claim lahir 18 hb... Sebabnya orang dulu2 kan selalu lambat register.. Dah tu belasah tarikh sebarang.. ;p

So  camner? Nmpknyer stat thn dpn kene wish ikut tarikh sebenar la... Bukan tarikh  daftar... ;p

Posted via Blogaway

Blogaway

Harapnya dengan blogaway ni tak brsawang la blog nih.. Kalo tak, bermusim nak tunggu saya updet.. Uhuhu..

Sejak ukasyah demam last week, kjenyer asyik nk mengempeng je ngan mummy.. Kadang-kadang sejam sekali nk nenen.. Nenen sket2, tp kerap.. Amik kesempatan btul! Mentang ler nenen mummy available 24/7 suka2 dia je nk bila2 masa...

Disebabkan itu, bnyk la masa terluang.. Dah abis level angry birds all three series bosan plak nk mengejar 3 bintang plus pisang, nenas, tembikai emas bagai.. Makanya, baiklah  mummy updet blog.. Takkan nk coding plak kan? Tp kadang2 tgh syok wat kje, sambil susukan ukasyah, sambil berkoding jugak.. Sebelah tangan pun jadik... Tapi kalo berbaringan bsenang lenang, tak dpt la mummy nak angkut notebook... :-)

Happy blogging!

Posted via Blogaway

16 August 2011

Mak...


Dua tiga hari ni mak kerap batuk plak... Kadang-kadang siksa jugak mendengar mak cuba batuk tapi tak terdaya.. Batuk yang tersekat-sekat... Kesian tengok mak..

Sedar x sedar genap setahun dah sejak peristiwa mak kne ragut..masih teringat senyum mak sambut kami balik masa hari mak kene ragut tu.. Tak merungut sakit pun walau tangan dan kaki mak bengkak lebam dan luka..

Masih sibuk memasak untuk kami.. Esoknya masa temankan mak ke bank dan jpn, mak x mengadu letih sket pun.. Mak pose hari tu.. Cuma mak asyik risau luka kat bibir tu buat gambar ic mak buruk..

Setahun dah berlalu...

Posted via Blogaway

Bunga Dip Cantik

Tiada lagi bunga dip cantik hasil tangan kreatif pakcik.. :( miss pakcik... Pakcik dah pergi dulu.. due to brain cancer..

Berbelah bahagi plak nak delete ke tak blog yang saya buat untuk pakcik tu ek? Walaupun gambar-gambar sumer masih ada dalam simpanan.. rasa berat je nak delete blog tuh...

Posted via Blogaway

Buku kisah nabi



Ukasyah dah tunjuk minat membaca.. Segala paper dan iklan kalau tunjuk kat dia, mulalah mulut riuh membaca.. Macam2 bunyi yang keluar.. Macam membaca sangat la kunun... ;p

Mummy nak cari buku  kisah nabi untuk bedtime story dia.. Tak jumpa la.. Kalo dapat nak yg satu set kisah-kisah nabi. Tak kesahlah malay ke english.. Janji ada gambar yang menarik.. Any recommendation?

Kecik2 dulu ayahnda ada belikan satu set.. Tapi adik beradik ramai, lunyai dah  sumer..plus ada yg dah bagi kat cousins..

Kalo ada yg menarik, share ek?

15 August 2011

Sewing temptation



Uhuhu.. Ni ler cabarannya bila bekerja di rumah.. Bnyk sungguh godaan.. Lagi la bila musim menjahit dh tiba.. Kene giler-giler tabah.. Mata dok menjeling mesin jahit ngan timbunan kain yg nk dijahit je.. Mujur kerja tgh bnyk.. Kalo tak mmg dh dok ngadap menjahit la pagi petang.. Uhuhu..

14 August 2011

Ukasyah and ABC

Mummy bought this wooden abc when ukasyah is still in mummy's tummy.. 37th week kalo tak silap.. mummy's plan was to use the abc as ukasyah's nursury deco sebenarnya.. But it end up selamat dlm original pack untill  yesterday.. 4 month dah ukasyah.. Since he is quite familiar with ABC (that is what mummy has in mind ;p), mummy pun kuarkan la abc tu.. As the abc has magnet attached, daddy bought him a rm5 magnetic board from daiso to compliment the abc.. Sayangnyer the board is quite small.. Abc sumer jammed dalam tu.. Nnt daddy beli bigger board ek?

Ukasyah seems so enjoy picking and throwing those colorful abc.. Rasanya tak sempat nk dapat board baru nih.. :-B

13 August 2011

Sewing Marathon again

Dengan ini mengumumkan bahawa musim menjahit telah bermula... makanya awal2 lagi makcik nak mintak maaf kat seluruh isi rumah dan jiran-jiran berhampiran sekiranya bunyi mesin jahit antik makcik mengganggu ketenteraman korang nak bersenang lenang ye.. dua hari ni jek..

08 August 2011

Me rolling up

First Ukasyah meniarap successfully was on 10th July hari tu.. Tengah lepak-lepak tengok tv, baringkan Uksyah kat sebelah, tetiba dia mengiring dan berusaha giler-giler nak meniarap.. sebelum ni mummy daddy yang tolong. That time, kitorang biar je.. Bila dah pandai meniarap, kerja nyer berguling-guling je la.. :p

Ni dah pandai meniarap laju dah.. Saje mummy blog Ukasyah nyer development.. Nak buat scrap book untuk Ukasyah tak terbuat-buat plak.. ngeee... Mummy dah tak berapa rajin la sayang.. Nanti dah beso, mummy help ukasyah buat scrap book sendiri ek?.. ekekeke.. Luv u dear..
Posted by Picasa